UMRAH & ZIARAH KE TIGA MASJID UTAMA DALAM ISLAM
BERSAMA JUARA IMAM MUDA MUSIM PERTAMA,
MUHAMMAD ASYRAF
MUHAMMAD ASYRAF
UMRAH + ZIARAH JORDAN & AL-AQSA
(AMMAN, PETRA, KARAK & MU’TAH & JERUSALEM, JERICHO, HEBRON & BETHLEHM)
15 HARI 14 MALAM
(TERMASUK 2 MALAM DALAM PERJALANAN)
(TERMASUK 2 MALAM DALAM PERJALANAN)
Firman Allah swt (maksudnya): “Masa Suci Allah Yang telah memperjalankan hambaNya dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat.” (Al-Isra’: 1)
FLIGHT DETAIL : (dari Royal Jordanian)
Sector | Flight No. | Date | Dep | Arr. | |
KUL | AMM | RJ 181 | 18-4-12 | 2220 | 0515+1 |
AMM | JED | RJ 700 | 23-4-12 | 2100 | 0005 |
JED | AMM | RJ 703 | 01-5-12 | 1635 | 1735 |
AMM | KUL | RJ 180 | 02-5-12 | 0105 | 1835 |
HARI 01/02 : KUALA LUMPUR/AMMAN/PETRA [SP/MT/MM] 18-4-12 & 19-4-12
Berkumpul di KLIA jam 7 MALAM pada 18-4-2012 untuk urusan pendaftaran masuk penerbangan ke Amman jam 10.20 malam. Sampai Amman, anda akan disambut oleh wakil kami, perpindahan ke Petra, lawatan di dalam kota Petra yang menjadi salah satu dari 8 benda ajaib di dunia, dibina oleh Arab Nabatean, melalui The Jinn Block, melihat Al-Khezneh (Treasury), The Amphitheatre, Colonnaded Street dll. mendaftar masuk hotel, makan malam dan rehat.
HARI 03: PETRA/KARAK/MU’TAH/AMMAN [SP/MT/MM] 20-4-2012
Selepas sarapan Makan tengahari dan bertolak ke Karak dan Mu’tah. Memulakan ziarah di Karak dengan melawat Saladin Castle, ke Mu’tah bagi menziarahi medan pertempuran peperangan Mu’tah (peperangan terpenting dalam zaman Nabi Muhammad saw, dalam tahun 692 Masehi, antara para sahabat r.anhum dan tentera Bizantine (Rom Timur) & Ghassanid, menziarahi masjid Jaafar bin Abi Talib dan makam para sahabat yang gugur dalam peperangan Mu’tah: Zaid bin Harithah ra, Abdullah bin Rawahah ra dan Jaafar bin Abi Talib ra. Kembali ke Amman, sampai Amman mendaftar masuk hotel, makan malam dan rehat.
HARI 04: AMMAN – ALLENBY – JERICHO-JERUSALEM [SP/MT/MM 21-4-2012
Ketibaan di Queen Alia Airport Amman. Selepas sarapan pagi bertolak ke Jerusalem melalui Allenby, terus ke Jericho ziarah tempat yang dipercayai pernah menjadi persinggahan Nabi Musa as (kini merupakan sebuah masjid), sampai di Jerusalem – menziarahi makam sahabat Nabi saw di tanah perkuburan Bab Ar-Rahmah atau Bab Al-Asbadh; sahabat unggul & perawi hadis Shaddad bin Aus Al-Bukhari Al-Ansari ra, menyertai Bai’ah A-Aqaba’, lahir di Madinah dan meninggal di BaitulMaqdis 58 Hijrah di usia 75 thn. Rasulullah saw bersabda mengenai beliau maksudnya: ”Shaddad adalah dikalangan orang yang dikurniakan Allah swt dengan ilmu dan kelembutan/Al-Hilm.” dan makam sahabat Ubadah bin As-Somit Al-Khazraji Al-Ansari ra, qadhi Islam yang pertama di BaitulMaqdis, meninggal di Ramlah pd thn 34 Hijrah di usia 72 thn, juga merupakan seorang perawi Hadis Rasulullah saw. Menziarahi Al-Haram Al-Sharif yang terdiri dari Dome of the Rock (Qubbah Al-Sakhra’- (batu tergantung yang mahsyur kisahnya dalam peristiwa Mikraj Nabi saw), masjid Al-Aqsa dan Masjid Umar), melawat ”The Wailing Wall” (tempat ibadat orang Yahudi- saksikan sendiri bagaimana mereka beribadat di sini), hotel, makan malam dan rehat. (JERICHO – terletak berhampiran Sungai Jordan di Tebing Barat Palestin, kedudukannya di bawah paras laut 16 km ke utara Laut Mati, lokasi terendah di dunia yang berkekalan dihuni manusia)
HARI 05: JERUSALEM/BETHLEHEM/JERUSALEM [SP/MT/MM] 22-4-2012
Selepas sarapan pagi ziarah bertolak ke Hebron bagi menziarahi masjid Khalilulrahman Nabi Ibrahim as dan makam beliau, makam Nabi Ishak dan isterinya Rifqah, ke Bethlehem tempat yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as (terletak dalam Gereja Nativity), menziarahi Old City of Jerusalem (Muslim Quarter) sekali lagi anda berpeluang menziarahi Al-Haram Al-Sharif untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa, Dome of the Rock, (kisah batu yang tergantung kerana cuba mengikuti Rasulullah saw dalam peristiwa Israk & Mikraj, Masjid Al-Buraq. Dom Nabi Musa, Dom Nabi Khidir, Dom Mikraj, Dom Nabi Sulaiman, Dom Nabi Yusof dan lain-lain tempat suci di sekitarnya. Menziarahi Masjid Umar, hotel, makan malam dan rehat.
HARI 06: JERUSALEM/JABAL ZAITON/JABAL SAHIOUN /JERUSALEM /AMMAN/LAUT MATI/ASHABUL KAHFI/JEDDAH/MADINAH [SP/MT/MM] 23-4-2012
Selepas sarapan pagi menziarahi masjid lama Al-Aqsa, melihat tempat di mana Nabi Saw menambatkan Buraqnya dalam peristiwa Mikraj, kemudian ke gunung Zaiton (Mount of Olive) di sini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Dome of the Rock, menziarahi makam Sahabat Nabi saw Salman Al-farisi dan wali Allah Rabi’atul Adawiyyah dan gunung Sahioun bagi melawat Synagogue yang terdapat di dalamnya apa yang dipercayai sebagai Makam Nabi Daud as, makan tengahari dan meneruskan perjalanan pulang ke Amman melalui Laut Mati, gua Ashabul Kahfi dan terus ke Lapangan Terbang Queen Alia di Amman. Berlepas dari Lapangan Terbang Queen Alia pada pukul 9.35 malam dan tiba di Jeddah pada pukul 11.45 malam. Setibanya di Jeddah jemaah akan dibawa menaiki bas ke Madinah. Setibanya di Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah di Madinah dan jemaah akan dibawa ke hotel yang telah ditetapkan.
HARI 07: MADINAH (ZIARAH DALAM) [SP/MT/MM] 24-4-2012
Selepas sarapan, pukul 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi.
HARI 08: MADINAH (ZIARAH LUAR) [SP/MT/MM] 25-4-2012
Pukul 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjid Nabawi. Pukul 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.
HARI 09: MADINAH – MEKAH [SP/MT/MM] 26-4-2012
Pukul 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah dibawa membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Mekah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Mekah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.
HARI 10: MEKAH [SP/MT/MM] 27-4-2012
Pukul 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjidil Haram. Pukul 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.
HARI 11: MEKAH [SP/MT/MM] 28-4-2012
Pukul 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjidil Haram. Pukul 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat. (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.
HARI 12-13: MEKAH [SP/MT/MM] 29 & 30-4-2012
Hari ini jemaah bebas dengan aktiviti sendiri atau lawatan pilihan ke Hudaibiyyah dan ladang ternakan unta
HARI 14: MEKAH - JEDDAH – AMMAN [SP/MT/MM (ON BOARD)] 1-5-2012
Jemaah menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Mekah dan bertolak ke Jeddah pada pukul 10:35 pagi untuk penerbangan ke Amman pukul 4:35 petang. Tiba di Amman pada pukul 5:35 petang.
HARI 15: AMMAN – KLIA 2-5-2012
Bertolak dari Lapangan terbang Queen Alia Amman pada pukul 1:05 pagi dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 6:35 malam mengikut jadual yang ditetapkan. Insya Allah
HARGA:
2 ORANG SEBILIK | 3 ORANG SEBILIK | 4 ORANG SEBILIK |
RM 9490.00 SEORANG | RM 9355 SEORANG | RM 9278.00 SEORANG |
HARGA TERMASUK:
Ø TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK KELAS EKONOMI DENGAN ROYAL JORDAN, DAN CUKAI LAPANGAN TERBANG.
Ø SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG, PERPINDAHAN DARI L/TBG KE HTL VICE VERSA.
Ø SEMUA PENGANGKUTAN DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN BAS MODEN & BARU BERHAWA DINGIN.
Ø 12 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN SARAPAN PAGI.
Ø SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM SEBAGAIMANA DALAM ATURCARA
Ø BAYARAN MASUK KE TEMPAT-TEMPAT JERUSALEM SAHAJA
Ø PEMANDU PELANCONG PROFESSIONAL BERBAHASA INGGERIS
Ø GROUP VISA JORDAN/UMRAH
Ø VISA JERUSALEM (US$20 SEORANG)
Ø DEPARTURE TAX (JORDAN/ISRAIL BORDER) USD 48 SEORANG
Ø PERKHIDMATAN TAMBAHAN SESUDAH TAMAT LAWATAN HINGGA JAM 12 MALAM.
Ø TIP RESTORAN DAN PENGANGKAT BARANG.
Ø CUKAI PELEPASAN DI SEMPADAN JORDAN (US$8 SEORANG).
Ø TIP PEMANDU KENDERAAN DAN PEMANDU PELANCONG.
Ø ZIARAH DI MADINAH & MAKKAH SEPERTI BIASA
Ø VISA UMRAH & KOS MUASASAH
Ø MINERAL WATER SEWAKTU MAKAN.
Ø BUKU PANDUAN UMRAH & ZAM ZAM 10 LITER ( TERMASUK PEMBUNGKUSAN )
-HARGA TIDAK TERMASUK:
Ø PERBELANJAAN PERSENDIRIAN.
Ø SOFT DRINK/AIR PANAS ATAU SEJUK YANG DIPESAN SEWAKTU MAKAN.
HOTEL | KAT | KOTA | BIL. MLM |
Petra palace @ setaraf | 3* | Petra | 01 |
Larsa Hotel @ setaraf | 3* | Amman | 01 |
Holy Land East Hotel @ SETARAF | 3 * | JERUSALEM | 02 |
Saraya Al-Mubarakah/Holiday Inn @ setaraf | 5 * | MADINAH | 03 |
Saraya Ajyad @ SETARAF | 4 * | MEKKAH | 05 |
NOTA:
HARGA, ATURCARA DAN TARIKH PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
FIRST COME, FIRST SERVED
CONFIRMED SEATS : 32 SAHAJA
Hubungi kami di :
Muhamad 019-310 7308
Ruslan 014-712 0050
Zulkifli 013-280 1321
Fahd 013-246 6622
No comments:
Post a Comment