Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Friday, December 30, 2011

IRAN TOUR WITH CASPIAN SEA 2012

Isfahan- Shiraz – Caspian Sea– Tehran

10 hari 9 malam


HARI 01: KUL-THR [MM] 10/09/2012

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan untuk urusan daftar masuk penerbangan ke Tehran jam 11.11 pagi. Ketibaan di Tehran jam 2.40 petang. Bermalam di Tehran.



HARI 02: Tehran - Isfahan [SP/MT/MM] 11/09/2012
Selepas sarapan, setengah hari lawatan di kotya Tehran temasuk ke Nyavaran Palace dan ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Isfahan. Bermalam di Isfahan.



HARI 03: Isfahan [SP/MT/MM] 12/09/2012
Selepas sarapan pagi, sehari penuh lawatan di Isfahan termasuk ke Imam Square memiliki sejarah selama 500 thn, Masjid Imam, Aligapu Palace, Masjid Sheikh Lotfollah & Qheysarieh grand bazaar. Bermalam di Isfahan.

Photos of Aseman Hotel, Esfahan
This photo of Imam Squarel is courtesy of TripAdvisor



HARI 04: Isfahan- Shiraz [SP/MT/MM] 13/09/2012
Selepas sarapan pagi, lawatan ke Jambatan yang bertiang 33 – Khajoo Bridge, Shahrestan Bridge, Choobi Bridge, Pigeon Tower, Zoroastrian Fire Temple. Kemudian ke lapangan terbang untuk ke Shiraz. Bermalam di Shiraz.

KHAJOO BRIDGE


HARI 05: Shiraz-Tehran SP/MT/MM] 14/09/2012
Lawatan ke Persepolis, ibu kota Iran Kuno yang merupakan salah satu legasi zaman kuno yang telah diasaskan oleh Darius 1 dalam tahun 518 BC dan disempurnakan oleh Xerxes dan Artaxerxes 1 yang memerintah Iran dari tahun 486-425 BC. Raja-raja Aichamenian menggunakan istana-istana tersebut sehingga Alexandar memusnahkan mereka dalam tahun 330 BV, ke Naghshe Rostam dan kembali ke Shiraz untuk membeli belah di Vakil Bazaar sebelum ke lapangan terbang untuk kembali ke Iran.



HARI 06: Tehran- Anzali (Caspian Sea) [SP/MT/MM] 15/09/2012
Bertolak ke Lautan Caspian dalam perjalanan singgah di empangan Karaj yang masyhur itu, Namak Abroud dan keindahan hutan semulajadi dengan kereta kabel untuk ke puncak gunung (naik kereta kabel adalah acara pilihan). Ketibaan di Anzali, di sebelah malam lawatan ke pantai Laut Caspian.



HARI 07: Anzali [SP/MT/MM] 16/09/2012
Sehari penuh lawatan; melawat teluk Anzali dan ke bazaar Russia, pelabuhan dan tepian pantai.



HARI 08: Anzali-Tehran [SP/MT/MM] 17/09/2012
Selepas sarapan bertolak ke Tehran melalui Bandar Rasht, masa bebas membeli belah di Tehran.



HARI 09: Tehran –Kuala Lumpur [SP/MT/MM] 18/09/2012
Setengah hari lawatan di Tehran termasuk ke Tehran Gate, Glassware museum, ROYAL JEWELRY MUSEUM dan ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air.


HARGA KAMI SEORANG DI BILIK BERKONGSI & SEORANG:-

Adult @ Twin Sharing/Double  : RM 6785 PER PAX
Adult @ Single Room               : RM 7385 PER PAX

 
HARGA TERMASUK:

 Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi & cukai lapangan terbang
 08 malam penginapan di hotel 4 BINTANG dengan sarapan pagi
 Makan tengahari dan makan malam sebagaimana dalam program.
 Pemandu pelancong berbahasa Inggeris dari hari pertama ke hari ke lapan.
 Bayaran masuk ke tempat lawatan
 Semua cukai yang terlibat.
 Semua pengangkutan yang terlibat dalam program.
 Air mineral sewaktu makan tengahari & malam
 Tip pemandu pelancong dan pemandu kenderaan.
 Beg Kembara


HARGA TIDAK TERMASUK:
 Perbelanjaan persendirian.
 Minuman ringan/panas dan sejuk/jus buah-buahan yang dipesan sewaktu makan.



FLIGHT DETAILS:
IR 841 10/09/2012 KUL/IKA 1110/1440
IR 223 11/09/2012 THR/IFN 1520/1625
IR 329 13/09/2012 IFN/SYZ 1925/2040
IR 224 14/09/2012 SYZ/THR 2105/2359
IR 840 18/09/2012 IKA/KUL 1910/0725 +1

 
*NOTA: HARGA, ATURCARA DAN  TARIKH PENERBANGAN  TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

MAP OF IRAN

No comments:

Post a Comment