Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Thursday, December 1, 2011

JORDAN & PALESTIN 2011

 FINAL CALL !!

SAFIR GO TRAVEL ZIARAH PROGRAM: 

JORDAN & PALESTINA

28 DISEMBER 2011 - 04 JANUARI 2012

Amman, Petra, Laut Mati,Karak, Mu’tah,  Jericho,Bethlehm, Hebron, Jerusalem & Al-Aqsa 

7 HARI 06 MALAM TOUR CODE: JD/JS/HV011  

KUNJUNGI PETRA- 7 BENDA AJAIB DI DUNIA (WORLD’S 7 WONDERS) & AL-AQSA TANAH SUCI KE 3 UMAT ISLAM

ATURCARA:
HARI 01/02: KLIA/BAHRAIN/AMMAN/PETRA  [MM]  28-12-2011 & 29-12-2011
Berkumpul di KLIA jam 5 petang untuk urusan pendaftaran masuk penerbangan ke Amman jam 8.00 malam  pada 28-12- 2011. Bermalam di Bahrain. Meneruskan perjalanan ke Amman jam 9.00 pagi pada 29 Dis 2011. Ketibaan di Lapangan Terbang Queen Alia di Amman, anda akan disambut oleh wakil kami, meneruskan perjalanan ke Petra, lawatan di kota Petra berusia ribuan tahun, tinggalan Arab Nabatean, lawatan melalui gaung (the Sig), sehingga ke Al-Khazanah (Treasury) di mana episod terakhir filem India Jones- The Final Crusaders dirakamkan, The Jinn Block, The Amphitheatre, Colonnaded Street dllhotel & makan malam.  rehat.

HARI 02: PETRA/KARAK/MU’TAH/AMMAN  [SP/MT/MM]  30-12-2011
Selepas sarapan pagi,. Bertolak ke Karak bagi melawat Karak Castle atau Salahuddin Al-Ayubi Castle dan ke Mu’tah bagi menziarahi medan pertempuran peperangan Mu’tah (peperangan terpenting dalam zaman Nabi Muhammad saw, dalam tahun 692 Masehi, antara para sahabat r.anhum dan tentera Bizantine (Rom Timur) & Ghassanid, menziarahi masjid Jaafar bin Abi Talib dan makam para sahabat yang gugur dalam peperangan Mu’tah: Zaid bin Harithah ra, Abdullah bin Rawahah ra dan Jaafar bin Abi Talib ra. Kembali ke Amman, mendaftar masuk hotel  dan masa bebas.

HARI 03: AMMAN/JERICHO/JERUSALEM [SP/MT/MM]  31-12-2011
Selepas sarapan pagi dan selepas sarapan pagi bertolak ke Jerusalem melalui Allenby, terus ke Jericho ziarah tempat yang dipercayai pernah menjadi persinggahan Nabi Musa as (kini merupakan sebuah masjid), sampai di Jerusalem – menziarahi makam sahabat Nabi saw di tanah perkuburan Bab Ar-Rahmah atau Bab Al-Asbadh; sahabat unggul & perawi hadis Shaddad bin Aus Al-Bukhari Al-Ansari ra, menyertai Bai’ah A-Aqaba’, lahir di Madinah dan meninggal di BaitulMaqdis 58 Hijrah di usia 75 thn. Rasulullah saw bersabda mengenai beliau maksudnya: ”Shaddad adalah dikalangan orang yang dikurniakan Allah  swt dengan ilmu dan kelembutan/Al-Hilm.” dan makam sahabat Ubadah bin As-Somit Al-Khazraji Al-Ansari ra, qadhi Islam yang pertama di BaitulMaqdis, meninggal di Ramlah pd thn 34 Hijrah di usia 72 thn, juga merupakan seorang perawi Hadis Rasulullah saw. Menziarahi Al-Haram Al-Sharif yang terdiri dari Dome of the Rock (Qubbah Al-Sakhra’- (batu tergantung yang mahsyur kisahnya dalam peristiwa Mikraj Nabi saw), masjid Al-Aqsa),  melawat ”The Wailing Wall” (tempat ibadat orang Yahudi- saksikan sendiri bagaimana mereka beribadat di sini), hotel, makan malam dan rehat. (JERICHO – terletak berhampiran Sungai Jordan di Tebing Barat Palestin, kedudukannya di bawah paras laut 16 km ke utara Laut Mati, ia merupakan lokasi terendah di dunia yang berkekalan dihuni manusia]

HARI 04: JERUSALEM/HEBRON/BETHLEHEM/JERUSALEM  [SP/MT/MM]  01-01-2012
Selepas sarapan pagi ziarah bertolak ke Hebron bagi menziarahi masjid Khalilulrahman Nabi Ibrahim as dan makam beliau, makam Nabi Ishak dan isterinya Rifqah, ke Bethlehem tempat yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as (terletak dalam Gereja Nativity), menziarahi Old City of Jerusalem (Muslim Quarter) sekali lagi anda berpeluang menziarahi Al-Haram Al-Sharif  untuk bersolat di  Masjid Al-Aqsa, Dome of the Rock, (kisah batu yang tergantung kerana cuba mengikuti Rasulullah saw dalam peristiwa Israk & Mikraj, Masjid Al-Buraq. Dom Nabi Musa, Dom Nabi Khidir, Dom Mikraj, Dom Nabi Sulaiman, Dom Nabi Yusof dan lain-lain tempat suci di sekitarnya. Menziarahi Masjid Umar,  hotel, makan malam dan rehat.


HARI 05: JERUSALEM/LAUT MATI/ AMMAN [SP/MT/MM]  02-01-2011
Selepas sarapan pagi menziarahi masjid lama Al-Aqsa, melihat tempat di mana Nabi Saw menambatkan Buraqnya dalam peristiwa Mikraj, kemudian ke gunung Zaiton (Mount of Olive) di sini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Dome of the Rock, menziarahi makam Sahabat Nabi saw Salman Al-farisi dan wali Allah Rabi’atul Adawiyyah dan gunung Sahioun bagi melawat Synagogue yang terdapat di dalamnya apa yang dipercayai sebagai Makam Nabi Daud as, Masjid Umar, Church of Nativity (gereja tertua di dunia yang dipercayai menjadi tempat Nabi Isa as disalib), kembali ke Jordan melalui Laut Mati. Sampai Amman, hotel, makan malam dan rehat.

HARI 06: AMMAN/BAHRAIN/KLIA   [SP/MT] 03-01-2012
Selepas sarapan pagi lawatan di sekitar kota Amman termasuk ke Amman Citadel,  Masjid Al-Hussaini, Amman Down Town, dan menziarahi  gua Ashabul Kahfi , bertolak ke lapangan terbang untuk ke KLIA menerusi Bahrain.

HARI 07: BAHRAIN/KLIA  [SP]  04-01-2012
Bertolak ke Malaysia jam 1.15 pagi. Sampai KLIA jam 2.10 petang insya-Allah. Semoga semua ziarah/Ibadat diterima Allah swt.

HARGA PER PAX DI DBL/BILEK BERKONGSI DAN BERSEORANGAN DI HOTEL 3* [JORDAN STANDARD] DENGAN SARAPAN PAGI.
DEWASA/BILIK BERKONGSI/BERDUA

DEWASA BILIK
SEORANG
KANAK-KANAK SEORANG
RM 6299
RM 6850
RM 5499


HARGA TERMASUK:
Ø  TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK KELAS EKONOMI DENGAN ROYAL JORDANIAN & CUKAI L/TERBANG
Ø  SEMUA PENGANGKUTAN DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN BAS MODEN & BARU BERHAWA DINGIN.
Ø  06 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL 3* DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN SARAPAN PAGI.
Ø  MAKAN MALAM & MAKAN TENGAHARI SEPERTI DALAM A/CARA
Ø  BAYARAN MASUK KE TEMPAT-TEMPAT LAWATAN DI JORDAN DAN PALESTIN SAHAJA
Ø  BAYARAN MENUNGGANG KUDA DI PETRA
Ø  PEMANDU PELANCONG PROFESSIONAL BERBAHASA INGGERIS
Ø  GRUP VISA JORDAN/JERUSALEM
Ø  CUKAI PELEPASAN DI SEMPADAN JORDAN &  CUKAI PELEPASAN DI SEMPADAN ISRAIL [USD 48 SEORANG)
Ø  TIP PEMANDU KENDERAAN DAN PEMANDU PELANCONG
Ø  MINERAL WATER SEWAKTU MAKAN
Ø  BEG KEMBARA SAFIRGOTRAVEL.COM

HARGA TIDAK TERMASUK:
Ø  PERBELANJAAN PERSENDIRIAN & TIP PENGANGKAT BARANG/BEG
Ø  SOFT DRINK/AIR PANAS ATAU SEJUK YANG DIPESAN SEWAKTU MAKAN.
Ø  INSURAN PERJALANAN



FLIGHT DETAILS: 
1 GF 283G 28DEC W KULBAH HK20 2000  2315 
2 GF 971G 29DEC Q BAHAMM HK20 0915  1110 
3 GF 972G 03JAN T AMMBAH HK20 1430  1745 
4 GF 282G 04JAN W BAHKUL HK20 0145  1410 


NOTA:
HARGA, ATURCARA DAN TARIKH PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN


Di bawah adalah gambar-gambar group ke Jordan & Jerusalem pada 19-26 November yang lepas. Terima kasih kerana melancong bersama kami.

 Di Petra, Jordan


Berlatarbelakangkan Dome of the Rock

__________






TBC....

No comments:

Post a Comment