Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku


WOW!

Wednesday, March 30, 2011

WE ARE HIRING !!!

Kami sedang mencari staff yang berikut SEGERA:
- Berdikari
- Inisiatif sendiri
- Berdisiplin
- Kemahiran komunikasi
- Ingin memajukan diri dan syarikat
- Menjadi penyumbang kepada syarikat bukannya penumpang

Sila hantar resume anda ke:

Human Resource
Speed Travel & Tours
45B, Jalan 3/69,
Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

atau



" Kerja itu suatu ibadah "

Bacaan tambahan :

Mengapa Majikan perlukan pekerja?

  1. Melancarkan perjalan operasi organisasi.
  2. Mengurangkan beban kerja.
  3. Memaksimakan operasi organisasi.
Mengapa Pekerja perlukan majikan?
  1. Pendapatan untuk sara diri.
  2. Minat dalam sesuatu bidang.
  3. Pengalaman pekerjaan untuk memajukan diri.
Ciri Pekerja Pilihan Majikan.
  1. Menjalankan kerja yang diberikan secara amanah dan jujur.
  2. Disiplin yang tinggi.
  3. Rajin berusaha.
  4. Sihat dan cergas.
  5. Boleh dipercayai dan setia.
Ciri Majikan Pilihan Pekerja.
  1. Tidak kedekut, cerewet.
  2. Memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pekerja.
  3. Imbuhan yang tinggi.
  4. Kerja yang mudah dan ringan.
Sebagai majikan, kadang-kadang sukar untuk kita buat keputusan. Terutamanya dalam mengambil tindakan terhadap pekerja yang ada lebih banyak memeningkan kepla berbanding memudahkan segala urusan.
Pekerja adakalanya lebih suka buat keputusan sendiri yang memberi kecacatan terhadap prestasi dan rekod disiplin seperti datang lambat, tipu masa kerja dan sebagainya. Bagai mana pula dengan pekerja yang hanya memikirkan bonus tanpa melihat diri sendiri sama layak atau tidak untuk diberikan bonus. Pekerja juga senang demand kenaikan gaji yang tinggi dengan alasan seniority, tapi mereka tidak sama sekali cermin diri adakah mereka layak mendapat kenaikan gaji.
Bagai mana majikan nak berikan bonus dan kenaikan gaji sekiranya pekerja yang ada gagal mempamerkan disiplin yang tinggi, sifat keboleh kepercayaan yang rendah dan sering ponteng walaupun kerja yang diberikan senang serta tidak efisyen dalam melaksanakan kerja.
Perlukah majikan menyimpan pekerja sebegini?

Kredit :   
http://jiwakacau.net/blog/?p=1192



Mengukuh Amalan Integriti Dalam Perkerjaan
( Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2006 )



اَلْحَمْدُ للهِ الْقَائِل فِى كِتَابِهِ الْعَزِيْزِ: مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ولَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِاَحْسَنِ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ. أَشْهَدُ اَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الَّذِيْ بَيَّنَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الأَمَانَةَ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمًّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَزْوَاجِهِ وَأَصْحَابِهِ وَذُرِّيَّتِهِ الطَّاهِرِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوْا الله، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.



Marilah kita gunakan kesempatan pada hari ini untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangannya . Mudah-mudahan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat .

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN
Sesungguhnya matlamat utama Allah s.w.t mencipta manusia hidup di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada-Nya,  di samping diberi tanggungjawab dan amanah untuk memakmurkan bumi ini mengikut acuan dan panduan yang telah ditetapkan . Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mendapat apa-apa faedah atau keuntungan daripada apa yang dilakukan oleh manusia melainkan semua amalan tersebut kembali untuk diri mereka sendiri .


Perkara ini Jelas dinyatakan didalam Al-Quran surah al-Zhariyat ayat : 56 - 58

Maksud : " dan ( ingatlah ) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu, Aku tidak sekali-sekali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesunggunhya Allah dialah sahaja yang memberi rezeki ( kepada sekalian makhluk-nya dan dialah sahaja ) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya . "

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH
Sesungguhnya agama Islam menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan kesejahteraan kualiti diri, keluarga, masyarakat dan negara . Islam melarang dan memandang reandah kepada orang yang malas bekerja dan hanya bergantung nasib kepada pertolongan orang lain .

Oleh itu, marilah  kita sama-sama bermuhasabah diri menilai kerja-kerja yang telah kita lakukan selama ini . Adakah kerja yang kita lakukan itu bertepatan dengan kehendak ajaran Islam dan dikira sebagai amal ibadah serta amal Saleh di sisi Allah s.w.t., Sesungguhnya amat malang dan rugi sekali sekiranya apa yang kita lakukan selama ini tidak mendapat apa-apa balasan dari Allah s.w.t..

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Dalam Islam ibadah tidak hanya terbatas kepada sembahyang, berzikir dan bertasbih sahaja, dimana semua pekerjaan baik yang dilakukan oleh manusia  dengan hati yang ikhlas dan tidak bercanggah dengan prinsip ajaran Islam, ia adalah satu tuntutan dan dikira sebagai ibadah serta mendapat pahala .

Kerana itu, Islam sangat menitikberatkan unsur kecemerlangan dan kualiti dalam sesuatu pekerjaan. Pekerja yang cemerlang merupakan aset yang bernilai dan membawa imej yang baik kepada sesebuah organisasi . Antara ciri-ciri pekerja yang cemerlang ialah rajin, tekun, berdisiplin, amanah  sabar , penyayang, bertanggungjawab, dan sebagainya . bukanlah dikatakan pekerja yang cemerlang sekiranya melakukan tugas secara sambil lewa, cuai, tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan dan sebagainya . Lebih-lebih lagi mereka yang bersikap suka membuang masa, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, tidak menyimpan rahsia, pecah amanah, melakukan rasuah dan sebagainya . Ini semua melambangkan sikap pekerja yang tidak  berintegriti  dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan

Sehubungan itu, mimbar Jumaat hari ini ingin mengupas tentang perlunya mengukuhkan amalan integriti dan nilai-nilai murni dalam pekerjaan sepanjang masa . Dimana setiap pekerja perlu menangkis gejala-gejala negatif dalam pekerjaan baik dalam sector kerajaan mahupun sektor swasta .
Sekiranya seseorang itu mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada-nya sedangkan ia menerima ganjaran ( upah ) seperti orang lain, ini bermakna beliau mendapat sumber pendapatan dari kegiatan tidak halal dan sengaja mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Sabda Baginda ( s.a.w.)


" كُلُّ لَحْمٍ نَّبَتَ مِنْ حَرَامٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ "


Yang bermaksud : " Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah tempatnya " .
 ( Rawahu Al-Tirmizi )

 
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Pekerja Islam adalah pekerja yang saling bantu membantu dan tolong menolong antara satu sama lain dalam erti kata bekerja sebagai satu pasukan ( Team Work ) dan bersaing dalam suasana yang dibenarkan oleh syara . Islam melarang sama sekali sikap suka memburuk-buruk atau menjatuhkan sesama sendiri bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu atau mempunyai sifat dengki, iri hati , tamak, khianat, rasuah dan sebagainya . Sifat ini sekiranya tidak dibendung, ianya boleh diibaratkan sebagai duri dalam daging dan akhirnya akan merugikan majikan dan diri sendiri, bahkan anak-anak dan keluarga juga turutmerasainya.

Cuba kita perhatikan suasana ditempat kerja kita seharian, telah mula ujud dan terdapat segelintir pekerja yang hanya bekerja dengan mementingkan diri sendiri dan mengaibaikan nilai-nilai murni dalam pekerjaan mereka, akhirnya menyusahkan orang lain akibat dari sikap tersebut . Dan yang paling ditakuti sikap seumpama ini, sesetengahnya diikuti oleh orang lain dan ianya menjadi seakan-akan satu budaya dalam pekerjaan .

Tidak ketinggalan juga, terdapat segelintir pekerja disektor swasta atau bekerja sendiri atau pengusaha yang terlalu mementing diri sendiri dan keuntungan semata-mata tanpa sedikit pun ada perasaan prihatin atau mahu membantu orang lain dan menunaikan tanggungjawab sosial. Sebagai contoh dalam suasana kita mengahadapi kenaikan harga bahan baker, pihak kerajaan telah meminta kepada semua pengusaha pengusaha dan  Peniaga-peniaga agar tidak menaikkan harga barangan atau apa-apa bayaran perkhidmatan tambahan dengan sewenangnya. Tetapi sebaliknya didapati ada yang melanggar permintaan tersebut . Perbuatan ini boleh diumpamakan sebagai menanguk diair keruh, menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri disebabkan dorong perasaan tamak dan ingin cepat kaya .

Sikap seumpama ini, bukan sahaja merugikan pada diri sendiri tetapi kepada semua, lebih-lebih lagi pada negara . Oleh itu, bersempena Menyambut hari pekerja pada 1 MEI 2006 yang akan datang marilah sama-sama kita berusaha untukmengutamakan  integriti dalam melaksanakan tugas seharian dengan bekerja penuh rasa tanggungjawab dan amanah, di samping menjauhkan diri kita dari sifat-sifat yang negatif seperti :-

  1. Suka menyalahkan orang lain dan beranggapan kitalah sahaja yang betul dalam semua keadaan .
  2. Menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja persendirian
  3. Melakukan pembaziran dan berbual-bual kosong sesama rakan sekerja .
  4. Suka menonjolkan diri, berbanding sumbangan yang diberikan terlalu kecil . ini akan melahirkan kesan yang lebih borok lagi iaitu berlakunya permusuhan dan fitnah .


HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN
Apa yang penting tujuan dan matlamat bagi setiap pekerjaan adalah untuk mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah s.w.t. dengan demikian akan wujudlah nilai keberkatan yang sebenar dalam setiap amalan dan pekerjaan  yang kita lakukan seharian . Maka kita perlulah sentiasa memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan menurut tuntutan syara’ seperti:-
  1. Niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredaan dari Allah s.w.t. di samping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal soleh .
  2. Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan daya cipta dan  kreativiti  yang berkualiti kepada organisasi dan pelanggan .
  3. Bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan terutama dalam soal mengelak berlakunya pembaziran .
  4. Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap sabar setiap masa dan bertawakal serta berdoa kepada Allah s.w.t. bagi menjamin hasil yang sempurna dan berkualiti .

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم :





Maksudnya : " ٍSesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan ia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya  kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan " .



بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Kredit : Penulis/Hak milik asal penulisan ini

Monday, March 28, 2011

SIDANG AKHBAR KEMBARA KE UZBEKISTAN BERSAMA UST ASYRAF - PART 2

Gambar-gambar yang diambil ketika sidang akhbar 
Kembara Klasik Di Uzbekistan 
Bersama Juara Imam Muda Ust Muhammad Asyraf ...

11 Jun hingga 18 Jun 2011



















 

GAMBAR

Group photos di Uzbekistan



Sunday, March 27, 2011

SIDANG AKHBAR KEMBARA KE UZBEKISTAN BERSAMA UST ASYRAF - PART 1

Gambar-gambar yang diambil ketika sidang akhbar 
Kembara Klasik Di Uzbekistan 
Bersama Juara Imam Muda Ust Muhammad Asyraf ...

11 Jun hingga 18 Jun 2011

























AHLAN WA SAHLAN BIKUM WA MARHABAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Pada hakikatnya kehidupan kita di dunia yang sementara ini adalah satu perjalanan singkat; 60 tahun, 72 tahun, 45 tahun ataupun kurang dari itu mahupun ada yang sempat menghirup udara dunia sebentar cuma seperti kanak-kanak yang diambil oleh "Kholiq" (Pencipta) Nya di awal usia! 
Namun itulah hakikatnya. 
Keberadaan kita di dunia ini cumalah seketika bagi menjalani ujian Allah swt samada pahit atau manis, suka ataupun duka, senang ataupun susah, lapang ataupun sempit, kaya atau miskin, ternama atau tidak dikenali, popular ataupun tidak dipedulikan dan yang lebih penting dari itu beriman ataupun kafir, syukur ataupun kufur. 


Blog ini saya tulis untuk kita berkongsi pengalaman di sepanjang usia kehidupan, berkongsi rasa & perasaan, sepanjang perjalanan yang telah kita tempohari di mana-mana lokasi atau negara yang kita kunjungi. 
Berkongsi cerita tentang manusia yang pernah kita temui, masyrakat kita pernah kenali, negara yang pernah kita kunjungi, berbagai rencam adat resam dan budaya yang mungkin menarik hati, apa-apa sahaja cerita suka duka, kisah-kisah mencuit hati tetapi berbekas di hati justeru pengajaran yang mampu kita perolehi bagi jiwa yang teliti dan perasaan yang tinggi sensitivitinya. 
 
 
Sudah bertahun-tahun saya terlibat dalam industri pelancongan & pengembaraan serta ibadat umrah. 
Berbagai-bagai ragam manusia saya telah ketemui, bermacam-macam perangai dan karenah, kehendak dan keinginan, penerimaan dan penolakan. Ah, biasalah kan rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. 
Itu adalah ungkapan yang biasa kita dengar. 
Kita hanya mampu berbicara atau menghukum dari lahiriah atau luaran sahaja, itupun bagi sesiapa yang suka atau berkencederungan menghukum atau memberi pandangan ataupun kesimpulan terhadap diri orang lain. 
Namun apa yang ada di dalam hati mereka (batiniah) kita kembalikan sahaja kepada Allah swt. 
Justeru Dia sahaja yang mengetahui apa yang dizahirkan oleh manusia dan apa yang disembunyikan jauh di sudut hati.



Pengalamanlah yang mengajar manusia menjadi dewasa. 
Bukankah dikatakan pengalaman itu adalah "Guru" yang sebenarnya? Persoalannya sejauh manakah apa yang kita telah tempuhi dan lalui itu benar-benar mengajar kita? 
Benar-benar mendidik hati supaya menjadi lebih "sedar" tentang maksud dan tujuan keberadaan diri kita di dunia "Fanaa" ini? 
Sebanyak manakah pengajaran atau iktibar yang telah kita rumuskan lalu menjadi panduan yang memimpin kita untuk menjadi seorang "Manusia" yang lebih memahami hakikat sebuah kehidupan yang dipinjamkan kepada kita?



Saya pernah mengenali beberapa orang yang sering keluar negara menyertai pakej-pakej pelancongan yang dianjurkan oleh syarikat kami. 
Mereka telah mengembara ke banyak destinasi & negara, termasuk ke negara-negara yang saya sendiri tidak pernah kunjungi.
Ribuan ringgit mungkin telah dikorbankan bagi menyertai pakej-pakej pelancongan ini. 
Terdapat juga di kalangan mereka yang setiap tahun mengerjakan ibadat umrah di tanah suci. 
Ada juga yang menghabiskan sebulan Ramadhan di Madinah & Mekah. 
Namun yang menyedihkan saya, walaupun banyak wang ringgit, tenaga dan masa dihabiskan, sikap dan perangai masih sama. 
Tidak ada peningkatan, perubahan, tetap sama malahan lebih buruk dari yang sebelumnya. Saya sering bertanya diri sendiri, untuk apa mereka mengembara, melancong, ke tanah suci saban tahun? 
Apa niat mereka? 
Apa tujuan mereka? 
Apa yang mereka cari sebenarnya? 
Ataukah disebabkan mereka ke luar negara sekadar meluangkan masa? 
Atau disebabkan mereka berkemampuan berbuat sedemikian? 
Di penghujungnya saya tidak menemui jawapan. 
Justeru apa yang tersembunyi di dalam hati, itu bukan kerja saya. 
Itu kerja Allah swt.



Di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada  Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihe wasallam telah bersabda yang bermaksud: 
"Sesungguhnya semua amalan itu bermula dengan niat Sesunggunya seseorang itu akan memperolehi (ganjaran/pahala) berdasarkan apa yang diniatinya. 
Maka barangsiapa hijrahnya kerana Allah swt dan RasulNya maka ia akan memperolehi ganjaran dari Allah dan RasulNya. 
Barangsiapa berhijrah kerana dunia, maka dunia itu akan diperolehinya ataupun jika beliau berhijrah kerana untuk mengahwini seorang wanita maka dia akan mengahwini wanita itu. 
Maka sesungguhnya ganjaran hijrahnya bergantung kepada niat apa dari hijrahnya."
 
 

KEMBARA KLASIK ---MENGUTIP BERKAH AL-IMAM AL-BUKHARI DI UZBEKISTAN BERSAMA JUARA IMAM MUDA ASYRAF

Ust Aysraf (Imam Muda) ketika di sidang akhbar kami baru-baru ini.



JOM KE UZBEKISTAN BERSAMA KAMI PADA BULAN JUN 2011 !

8 HARI 7 MALAM 
Dengan Pengisian Khas dari Juara Imam Muda & 
Kenali diri & ketahuilah Aspirasi beliau dengan lebih dekat...........................


DAY 01 & 02:  KLIA/TASHKENT/BUKHARA  [MM]  11/6 & 12/6/2011 
Berkumpul di KLIA jam 06.00 petang pada 11-06-2011 bagi urusan pendaftaran masuk menaiki pesawat Uzbekistan HY 552 penerbangan ke Tashkent jam 8.55 malam. Ketibaan di Lapangan Terbang Tashkent dan menyambut perjalanan ke Bukhara. Lawatan di Bukhara termasuklah; kompleks Labi Havuz, madrassah Nadir Divan Begi, Chanaka, kompleks Boloo Hauz, Masjid Magoki Attari dan Madresse Kulkedash (kurun ke 14), Emir Alim Khan Madrassa, dan Ulubeg.



HARI 03: BUKHARA  [SP/MT/MM]  13/6/2011
Selepas sarapan pagi, kita akan melawat kota kubu kuno Ark, mausoleum Ismail Samaniy dan Chasma-I-Ayub, Madrasah Abdul Aziz & Chor Minor Mouseleum, kemudian lawatan ke “country site of Bukhara”, menziarahi makam Sheikh Baha al-Din al-Naqshbandi (Ahli Sufi Pengasas Tariqat Al-Naqshbandiah), menziarahi Masjid Abdul Aziz Faiz Khan dan Masjid Muzaffar Khan. kompleks senibina Poi-Kalyan termasuk; Menara Kalyan, ziarah khas ke Madrasah Mir Arab yang dibuka seawal kurun ke 16 dan menjadi pusat pengajian yang mengeluarkan ribuan Ilmuan Islam – sessi pertemuan dengan alik-ulama dan para pelajar & acara khas di Masjid Kaylan.



HARI 04: BUKHARA/GIJDUVAN/SAMARKAND [SP/MT/MM] 14/6/2011
Selepas sarapan, pengembaraan anda diteruskan ke Samarkand. Dalam perjalanan, lawatan termasuk ke Gijduvan Ceramic Masters, makan tengahari, menziarahi Makam dan Masjid Imam Al-Bukhari pengarang kitab hadis Sahih Al-Bukhari.  Solat Maghrib di  Masjid Imam Al-Bukhari & acara khas pengkisahan tentang Imam Al-Bukhari & Kitab Hadis Sahih Al-Bukhari.  



HARI 05: SAMARKAND  [SP/MT/MM]  15/6/2011
Selepas sarapan pagi, lawatan di kota Samarkand, lawatan anda termasuk ke kompleks Senibina Registan, madrasah Ulugbek, menziarahi Makam Muhammad Abu Mansur al-Maturidi (pengasas kaedah ilmu akidah dan Tauhid di bawah mazhab Al-Matarudiah dari kalangan mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah) & pengkisahan tentang sumbangan Sheikh terhadap perkembangan agama Islam, Madrasah Sher-dor, Tillya-Kari, historical museum, mausoleum Guri-Emir (di mana Komander Amir Temur dikebumikan), Ulubeg Observatory, masjid Bibi Khanum, kawasan perkebumian kuno Shakhi-Zinda yang terletak berhampiran “Siab” yang merupakan bazaar Oriental antara yang terbezar di Asia Tengah, makan tengahari. Membeli belah di Samarkand Market yang banyak menjual buah-buahan segar & kering serta berbagai-bagai jenis kekacang, hotel,  Makan malam, hotel dan acara bebas. Nota: Pada hari ini, anda berpeluang sekali lagi menziarahi masjid dan makam Imam Al-Bukhari. 


SAMARKAND: Bandar kedua terbesar di Uzbekistan; seusia dengan Babylon, Athens dan Rom – lebih dari 2500 tahun. Manuskrip Arab kuno merujuk Samarkand sebagai “Gem of the  East”.



HARI 06: SAMARKAND/TASHKENT  [SP/MT/MM]   16/6/2011
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Tashkent.  Sampai di Tashkent, lawatan ke Alisher Navai Opera Theatre Square, The Palace of People’s friendship, Navai Park, Amir Temur Square, ziarah ke Al-Bukhari Muslim Institute & acara bebas membeli-belah, sebagainya.. 



HARI 07: TASHKENT  [SP/MT/MM]  17/6/2011
Selepas sarapan pagi, lawatan sekitar bandar Tashkent  termasuk menziarahi Mufti Besar Uzbekistan Sheikh Muhammad Al-Sadiq Muhammad, ke Tashkent Metro (stesyen keretapi bawah tanah yang telah dibina oleh kerajaan Soviet Union), Broadway, Museum of History of Uzbekistan dan Museum of Applied Arts, Abdul Kasim Medresse, Old-Town dan Kukuedash Medresse. Anda juga akan melawat Komplek Al-Quran Imam Khasti (di mana terdapat naskah Al-Quran yang berusia 644-656 tahun tersimpan-mashaf Rasm Usmani yang terawal, mushaf inilah yang sedang dibaca oleh Saidina Usaman bin Al-Affan ketika beliau dibunuh, kesan darah beliau masih kelihatan di atas mushaf ini), Barak-Khan Medresse, masjid solat Jumaat Tilla Sheikh (Djumma Mosque).

TASKHENT: Adalah ibukota Uzbekistan yang merupakan bandar terbesar di Asia Tengah. 



HARI  08: TASHKENT/KLIA  [SP]  18/6/2011
Selepas sarapan pagi bertolak ke lapangan Tashkent untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Sampai KLIA jam 9.15 pagi waktu Malaysia.



HARGA PER PAX DI DBL/BILIK BERKONGSI DAN BERSEORANGAN DI HOTEL 4* [UZBEKISTAN STANDARD] DENGAN SARAPAN PAGI.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tgh Hari, MM: Makan Malam)

DEWASA/BILEK BERKONGSI/BERDUA
DEWASA BILEK
SEORANG
KANAK-KANAK
3-11 TAHUN BERKATIL
RM 5880 SEORANG
RM 6248
RM 5435


HARGA TERMASUK:
▪HARGA TIKET PULANG BALIK KELAS EKONOMI DENGAN PESAWAT UZBEKISTAN AIRWAYS &  CUKAI LAPANGAN TERBANG
▪TIKET PENERBANGAN DOMESTIK TASHKENT-BUKHARA [SEHALA] & CUKAI LAPANGAN TERBANG
▪ 06 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL PILIHAN 4* DENGAN SARAPAN PAGI.
▪ SEMUA PENGANGKUTAN YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM.&  ▪ MAKAN TENGAHARI DAN MALAM SBG DALAM PROGRAM.
▪ SEMUA BAYARAN MASUK KE TEMPAT LAWATAN &   YURAN VISA,  CENDERAHATI & BEG KEMBARA.
▪ TIP KEPADA PEMANDU PELANCUNG DAN BAS

HARGA TIDAK TERMASUK:
PERBELANJAAN PERSENDIRIAN.
▪ LEBIHAN BAGASI/DOBI DLL.
▪ BAYARAN FOTOGRAFI DI TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
▪ TIP PENGANGKAT BARANG DI HOTEL, TIP PENGANGKAT BARANG DI LAPANGAN TERBANG.

FLIGHT DETAILS:
11  JUN   2011           KUL/TAS                   2055/0150       HY 552
12  JUN  2011            TAS/BUK                  0730/0840       HY 1337
18  JUN  2011            TAS/KUL                   0730/0915       HY 551

NOTA:
HARGA, ATURCARA DAN TARIKH PENERBANGAN  TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.