Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku


WOW!

Saturday, December 31, 2011

UMRAH ZIARAH AL-AQSA BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF

UMRAH & ZIARAH KE TIGA MASJID UTAMA DALAM ISLAM
BERSAMA JUARA IMAM MUDA MUSIM PERTAMA,
MUHAMMAD ASYRAF
UMRAH + ZIARAH JORDAN & AL-AQSA
 (AMMAN, PETRA, KARAK & MU’TAH & JERUSALEM, JERICHO, HEBRON & BETHLEHM)
15 HARI 14 MALAM 
(TERMASUK 2 MALAM DALAM PERJALANAN)

 

 “ Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah untuk Allah “  (Al-Baqarah : 196)
Firman Allah swt (maksudnya): “Masa Suci Allah Yang telah memperjalankan hambaNya dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya  sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat.” (Al-Isra’: 1)


FLIGHT DETAIL : (dari Royal Jordanian)

Sector
Flight No.
Date
Dep
Arr.
KUL
AMM
RJ 181
18-4-12
2220
0515+1
AMM
JED
RJ 700
23-4-12
2100
0005
JED
AMM
RJ 703
01-5-12
1635
1735
AMM
KUL
RJ 180
02-5-12
0105
1835




 HARI 01/02 : KUALA LUMPUR/AMMAN/PETRA  [SP/MT/MM] 18-4-12 & 19-4-12
Berkumpul di KLIA jam 7 MALAM pada 18-4-2012 untuk urusan pendaftaran masuk penerbangan ke Amman jam 10.20 malam. Sampai Amman, anda akan disambut oleh wakil kami, perpindahan ke Petra, lawatan di dalam kota Petra yang menjadi salah satu dari 8 benda ajaib di dunia, dibina oleh Arab Nabatean, melalui The Jinn Block, melihat Al-Khezneh (Treasury), The Amphitheatre, Colonnaded Street dll.  mendaftar masuk hotel, makan malam dan rehat.

HARI 03: PETRA/KARAK/MU’TAH/AMMAN [SP/MT/MM]  20-4-2012

Selepas sarapan Makan tengahari dan bertolak ke Karak dan Mu’tah.  Memulakan ziarah di Karak dengan melawat Saladin Castle, ke Mu’tah bagi menziarahi medan pertempuran peperangan Mu’tah (peperangan terpenting dalam zaman Nabi Muhammad saw, dalam tahun 692 Masehi, antara para sahabat r.anhum dan tentera Bizantine (Rom Timur) & Ghassanid, menziarahi masjid Jaafar bin Abi Talib dan makam para sahabat yang gugur dalam peperangan Mu’tah: Zaid bin Harithah ra, Abdullah bin Rawahah ra dan Jaafar bin Abi Talib ra. Kembali ke Amman, sampai Amman mendaftar masuk hotel, makan malam dan rehat.



HARI 04: AMMAN – ALLENBY – JERICHO-JERUSALEM [SP/MT/MM  21-4-2012

Ketibaan di Queen Alia Airport Amman. Selepas sarapan pagi bertolak ke Jerusalem melalui Allenby, terus ke Jericho ziarah tempat yang dipercayai pernah menjadi persinggahan Nabi Musa as (kini merupakan sebuah masjid), sampai di Jerusalem – menziarahi makam sahabat Nabi saw di tanah perkuburan Bab Ar-Rahmah atau Bab Al-Asbadh; sahabat unggul & perawi hadis Shaddad bin Aus Al-Bukhari Al-Ansari ra, menyertai Bai’ah A-Aqaba’, lahir di Madinah dan meninggal di BaitulMaqdis 58 Hijrah di usia 75 thn. Rasulullah saw bersabda mengenai beliau maksudnya: ”Shaddad adalah dikalangan orang yang dikurniakan Allah  swt dengan ilmu dan kelembutan/Al-Hilm.” dan makam sahabat Ubadah bin As-Somit Al-Khazraji Al-Ansari ra, qadhi Islam yang pertama di BaitulMaqdis, meninggal di Ramlah pd thn 34 Hijrah di usia 72 thn, juga merupakan seorang perawi Hadis Rasulullah saw. Menziarahi Al-Haram Al-Sharif yang terdiri dari Dome of the Rock (Qubbah Al-Sakhra’- (batu tergantung yang mahsyur kisahnya dalam peristiwa Mikraj Nabi saw), masjid Al-Aqsa dan Masjid  Umar),  melawat ”The Wailing Wall” (tempat ibadat orang Yahudi- saksikan sendiri bagaimana mereka beribadat di sini), hotel, makan malam dan rehat. (JERICHO – terletak berhampiran Sungai Jordan di Tebing Barat Palestin, kedudukannya di bawah paras laut 16 km ke utara Laut Mati, lokasi terendah di dunia yang berkekalan dihuni manusia)



HARI 05: JERUSALEM/BETHLEHEM/JERUSALEM  [SP/MT/MM]   22-4-2012

Selepas sarapan pagi ziarah bertolak ke Hebron bagi menziarahi masjid Khalilulrahman Nabi Ibrahim as dan makam beliau, makam Nabi Ishak dan isterinya Rifqah, ke Bethlehem tempat yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as (terletak dalam Gereja Nativity), menziarahi Old City of Jerusalem (Muslim Quarter) sekali lagi anda berpeluang menziarahi Al-Haram Al-Sharif  untuk bersolat di  Masjid Al-Aqsa, Dome of the Rock, (kisah batu yang tergantung kerana cuba mengikuti Rasulullah saw dalam peristiwa Israk & Mikraj, Masjid Al-Buraq. Dom Nabi Musa, Dom Nabi Khidir, Dom Mikraj, Dom Nabi Sulaiman, Dom Nabi Yusof dan lain-lain tempat suci di sekitarnya. Menziarahi Masjid Umar,  hotel, makan malam dan rehat.



HARI 06: JERUSALEM/JABAL ZAITON/JABAL SAHIOUN /JERUSALEM /AMMAN/LAUT MATI/ASHABUL KAHFI/JEDDAH/MADINAH  [SP/MT/MM]   23-4-2012

Selepas sarapan pagi menziarahi masjid lama Al-Aqsa, melihat tempat di mana Nabi Saw menambatkan Buraqnya dalam peristiwa Mikraj, kemudian ke gunung Zaiton (Mount of Olive) di sini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Dome of the Rock, menziarahi makam Sahabat Nabi saw Salman Al-farisi dan wali Allah Rabi’atul Adawiyyah dan gunung Sahioun bagi melawat Synagogue yang terdapat di dalamnya apa yang dipercayai sebagai Makam Nabi Daud as, makan tengahari dan meneruskan perjalanan pulang ke Amman melalui Laut Mati, gua Ashabul Kahfi dan terus ke Lapangan Terbang Queen Alia di Amman. Berlepas dari Lapangan Terbang Queen Alia pada pukul 9.35 malam dan tiba di Jeddah pada pukul 11.45 malam. Setibanya di Jeddah jemaah akan dibawa menaiki bas ke Madinah. Setibanya di Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah di Madinah dan jemaah akan dibawa ke hotel yang telah ditetapkan.



HARI 07: MADINAH (ZIARAH DALAM) [SP/MT/MM]   24-4-2012

Selepas sarapan, pukul 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi.



HARI 08: MADINAH (ZIARAH LUAR) [SP/MT/MM]   25-4-2012

Pukul 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjid Nabawi. Pukul 7.00 pagi  jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.



HARI 09: MADINAH – MEKAH [SP/MT/MM]   26-4-2012

Pukul 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjid  Nabawi. Kemudian jemaah dibawa membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w  sebelum berangkat ke Mekah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir  Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Mekah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.



HARI 10: MEKAH [SP/MT/MM]  27-4-2012

Pukul 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjidil  Haram. Pukul 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi  tempat-tempat bersejarah di Mekah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.



HARI 11: MEKAH [SP/MT/MM]  28-4-2012

Pukul 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk solat subuh di Masjidil  Haram. Pukul 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat. (niat mengerjakan umrah) dan  seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.



HARI 12-13: MEKAH [SP/MT/MM]  29 & 30-4-2012

Hari ini jemaah bebas dengan aktiviti sendiri atau lawatan pilihan ke Hudaibiyyah dan ladang ternakan unta



HARI 14:  MEKAH - JEDDAH – AMMAN  [SP/MT/MM (ON BOARD)]    1-5-2012

Jemaah menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Mekah dan bertolak ke Jeddah pada pukul 10:35 pagi untuk penerbangan ke Amman pukul 4:35 petang. Tiba di Amman pada pukul 5:35 petang.



HARI 15: AMMAN – KLIA 2-5-2012
Bertolak dari Lapangan terbang Queen Alia Amman pada pukul 1:05 pagi dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 6:35  malam mengikut jadual yang ditetapkan. Insya Allah

 
HARGA:
 
2 ORANG SEBILIK
3 ORANG SEBILIK
4 ORANG SEBILIK
RM 9490.00   SEORANG
RM   9355 SEORANG
RM 9278.00 SEORANG



 
HARGA TERMASUK:
Ø  TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK KELAS EKONOMI DENGAN ROYAL JORDAN,  DAN CUKAI LAPANGAN TERBANG.
Ø  SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG, PERPINDAHAN DARI L/TBG KE HTL VICE VERSA.
Ø  SEMUA PENGANGKUTAN DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN BAS MODEN & BARU BERHAWA DINGIN.
Ø  12 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN SARAPAN PAGI.
Ø  SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM SEBAGAIMANA DALAM ATURCARA
Ø  BAYARAN MASUK KE TEMPAT-TEMPAT JERUSALEM SAHAJA
Ø  PEMANDU PELANCONG PROFESSIONAL BERBAHASA INGGERIS
Ø  GROUP VISA JORDAN/UMRAH
Ø  VISA JERUSALEM (US$20 SEORANG)
Ø  DEPARTURE TAX (JORDAN/ISRAIL BORDER) USD 48 SEORANG
Ø  PERKHIDMATAN TAMBAHAN SESUDAH TAMAT LAWATAN HINGGA JAM 12 MALAM.
Ø  TIP RESTORAN DAN PENGANGKAT BARANG.
Ø  CUKAI PELEPASAN DI SEMPADAN JORDAN (US$8 SEORANG).
Ø  TIP PEMANDU KENDERAAN DAN PEMANDU PELANCONG.
Ø  ZIARAH DI MADINAH & MAKKAH SEPERTI BIASA
Ø  VISA UMRAH & KOS MUASASAH
Ø  MINERAL WATER SEWAKTU MAKAN.
Ø  BUKU PANDUAN UMRAH & ZAM ZAM 10 LITER ( TERMASUK PEMBUNGKUSAN )

-HARGA TIDAK TERMASUK:
Ø  PERBELANJAAN PERSENDIRIAN.
Ø  SOFT DRINK/AIR PANAS ATAU SEJUK YANG DIPESAN SEWAKTU MAKAN.

HOTEL
KAT
KOTA
BIL. MLM
Petra palace @ setaraf
3*
Petra
01
Larsa Hotel  @ setaraf
3*
Amman
01
Holy Land East Hotel  @ SETARAF
3 *
JERUSALEM
02
Saraya Al-Mubarakah/Holiday Inn @ setaraf
5 *
MADINAH
03
Saraya Ajyad @  SETARAF
4 *
MEKKAH
05

NOTA:
HARGA, ATURCARA DAN TARIKH PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN


FIRST COME, FIRST SERVED
CONFIRMED SEATS : 32 SAHAJA
  

Hubungi kami di :
Muhamad 019-310 7308 
Ruslan 014-712 0050
Zulkifli 013-280 1321
Fahd 013-246 6622