Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku


WOW!

Saturday, August 28, 2010

CERITA JAJAH TENTANG SYRIA - PART 2

Assalamualaikum semua.
Hari ni Jajah nak sambung cerita Jajah,
kali ini Cerita Jajah Tentang Syria - Part 2.
Kepada yang belum baca Part 1, klik sini ye. Terima kasih.

Dari Gunung Qosiyun, Jajah ke Damsyik "New Town".
Oh maaf, lupa. Jajah belum cerita tentang Gunung Qosiyun.
Menurut babah,
di sinilah dipercayai menjadi lokasi peristiwa pembunuhan Habil.
Jajah dan group turut ke makam Habil
(putera Nabi Adam as yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil
lalu menjadi kes pembunuhan pertama di dunia).

Cuaca agak sejuk di sini sehinggakan Jajah
terpaksa pakai baju berlapis-lapis.
Di sini juga ada gerai-gerai menjual barangan tempatan.
Jajah sempat membeli beg kecil.

Maaf tiada gambar di Gunung Qosiyun sebab kamera tertinggal dalam bas.


Kemudian Jajah ke Damsyik "New Town" untuk melawat
Muzium Kebangsaan, Tuqqaiyeh Suleimanieh
Babah kata,
ia adalah contoh senibina Usmaniah
yang dibina oleh Sultan Suleiman Al-Qanouni 1554M,
arkitek Sinan yg turut mereka Istanbul Blue Mosque.
 
 Jajah bergambar berhampiran pintu luar muzium.


 Jajah sedang tunggu babah.


 Jajah bergambar berhampiran pintu masuk muzium.


 Inilah pintu masuknya. Cantik tak?




 Kakak-kakak dan abang-abang sedang beratur menunggu cikgu masing-masing memanggil untuk masuk ke muzium.
Ada 3 orang kakak bergambar dengan Jajah tapi bukan guna kamera Jajah.


 Sekitar kawasan muzium tersebut. Sejuk mata memandang.
Tambahan pula dengan cuaca yang agak sejuk.


 Masih menunggu babah.


 Bergambar di luar dengan ummi sambil menunggu babah yang berada di dalam muzium bersama group.




 Jajah terlelap sebab lama menunggu babah.

Dari sini, kami kemudian ke Masjid Umawi.
Jajah sambung kemudian ye, sebab Jajah mahu tidur.
Selamat malam semua.
Wasalaam.

BEIJING WITH US!

 Have you been to Beijing?
Do you want to explore Beijing?

Please visit OUR WEBSITE.






Tuesday, August 24, 2010

UMAT ISLAM DIGESA ZIARAH BAITULMAQDIS

KUALA LUMPUR, 22 Jan - Umat Islam di seluruh dunia digesa menziarah Baitulmaqdis di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa sebagai tanda sokongan moral terhadap penduduk Palestin yang menetap di situ dan kini ditindas rejim Israel.
Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Ahmad Hussein berkata, aktiviti penindasan yang bertujuan menghalau penduduk Palestin dari situ dilakukan dengan pelbagai cara termasuk meroboh rumah dan menghalang mereka mendapatkan makanan untuk keluarga.
“Saya merayu supaya Baitulmaqdis tidak diketepikan. Kalau boleh lakukan aktiviti ziarah secara terus menerus kerana ia tempat bersejarah sebagai kiblat pertama umat Islam.
“Umat Islam juga perlu membuang tanggapan bahawa dengan menziarah Baitulmaqdis kita seolah-olah mengiktiraf Israel yang telah menjajahnya sejak 1967,” katanya pada sidang akhbar melawat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan Duta Palestin ke Malaysia, Abdul Elaziz Abu Ghoush.
Sebelum itu, Muhammad membacakan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM.
Kerajaan Malaysia membenarkan rakyat negara ini melawat Baitulmaqdis atau juga dikenali dengan nama Al-Quds atau Jerusalem selama dua minggu sejak termeterai rundingan damai antara Palestin dan Israel pada 1994.
Israel sejak 1967 telah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya. Langkah ini tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa yang terus mengganggap Tel Aviv sebagai ibu negara yang sah.
Menurut Muhammad, penduduk Palestin akan terus bersabar dan kekal menetap di Baitulmaqdis bagi memastikan rejim Israel tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk memusnahkan tempat suci Islam di situ.
“Keadaan kini agak genting berikutan terdapat cubaan rejim untuk meruntuhkan tempat suci Islam termasuk Masjid Al-Aqsa bagi membolehkan rumah ibadat Yahhudi dibina,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhammad berterima kasih kepada rakyat dan kerajaan Malaysia yang dianggapnya sebagai saudara kerana terus membantu penduduk Palestin.
“Rakyat dan kerajaan Malaysia selalunya akan memberi bantuan tanpa perlu kita meminta. Inilah semangat yang saya lihat wujud dari dahulu hingga sekarang,” katanya.
Beliau berkata, sokongan dari segi pendidikan turut terbukti apabila terdapat kira-kira 750 pelajar Palestin yang menuntut di universiti seluruh Malaysia termasuk lebih 50 orang di UIAM.
“Kita juga berterima kasih kepada UIAM kerana membenarkan pelajar Palestin membayar yuran pada kadar yang rendah sama seperti yang dibayar pelajar Malaysia,” ujarnya.




Sumber : Utusan Malaysia, Januari 2010

STEAMED FRUITCAKE

-Off topic-

Kek buah kukus.
Sedap dan tidak terlalu manis.
Komen yang diterima semuanya positif.
Untuk order boleh hubungi saya:
Ahmad Jazree Jazran  016 261 6730

Homemade steamed fruitcake.


JOM KE BEIJING!

 Klik untuk percutian Beijing pilihan anda.
Kami ada pakej:


atau


atau 


atau




KAMI DI MATTA FAIR








KAMI DI MASUM 2010

Perasmian.





Booth kami.



Mereka yang terlibat.






Salah seorang staff kami sedang mempromosikan pakej kami.



Terima kasih kepada mereka yang menjayakannya.


CERITA JAJAH TENTANG SYRIA - PART 1

Assalamualaikum semua.
Pada bulan April lepas, Jajah ke Syria bersama babah & ummi.

Gambar ini diambil ketika Jajah dalam bas dari Jordan ke Syria.

Ini restoran di Bosra. Jajah dan group makan tengahari di sini. Jajah makan nasi lauk ayam. Sedap...


 Bila dah kenyang, babah selaku tour leader membawa kami ke Roman Amphitheatre yang terletak tidak jauh dari situ. Jajah jalan kaki saja dari restoran. Cuaca sejuk masa ni ditambah pula dengan tiupan angin.

Pintu masuk Roman Amphitheatre.

Babah kata ini adalah kesan tinggalan sejarah yang boleh memuatkan 15000 penonton dalam sesuatu masa.
Wah ramainya!
Nampak tak Jajah kat mana?
Ya, sedang pegang tangan Aunty Ana.


Abang ni jual beg kecil dan poskad di luar kawasan Roman Amphitheatre.




Esoknya pula, Jajah dan group ke Gunung Qosiyun. 
Ummi yang ambil gambar ini sebab Jajah duduk sebelah Aunty Ana.
Rambut tu pun Aunty yang ikatkan. Terima kasih Aunty.


Dari sini Jajah boleh lihat kota Damsyik. 

Agak-agaknya pemandangan waktu malam lagi cantik kan.

 Oklah, nanti Jajah sambung lagi ya sebab Jajah nak pergi bazaar Ramadhan bersama babah.
Selamat berbuka semua.
Wasalaam.

Saturday, August 21, 2010

BOSRA - ROMAN AMPHITHEATRE



Sedikit perbincangan bersama business partner saya di Syria mengenai group saya ketika di Bosra,Syria pada bulan April 2010.

IRAN : KEINDAHAN PARSI

 11 Oct - 18 Oct 2010 / 7 hari 6 malam

 

Hari 01 (11 Okt) : Kuala Lumpur – Tehran

 

Berkumpul di KLIA 3 jam (8.10 pagi) sebelum waktu pelepasan ke Tehran untuk tujuan mendaftar masuk penerbangan ke Tehran jam 11.10 pagi pada 11 Okt. Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tehran pada jam 3.40 petang waktu tempatan, anda akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa ke hotel, mendaftar masuk hotel. Kemudian anda akan dibawa melawat Tehran Old Bazaar. Anda bebas untuk membeli-belah, kemudian makan malam di restauran tempatan dan acara bebas sebelah malam.

 

Hari 02 (12 Okt) : Lawatan Tehran

 

Selepas bersarapan pagi, anda akan dibawa bersiar-siar menikmati keindahan Bandar Tehran, lawatan termasuklah ke Sa’ad Abad Palace. Kemudian melawat Victory Monument, Niavaran Palace, Traditional Tajrish Bazaar untuk membeli-belah. Lawatan ke Muzium Permaidani Iran (yang terkenal dengan kecantikan dan ketinggian seninya) dan Muzium Kebangsaan Iran. Jewelry Museum (bergantung pada hari ianya dibuka). Pada sebelah petang, mengunjungi Ayatolah Khomeini’s House, Imam Zadeh Saleh di Utara Tehran. Makan malam di restauran tempatan. Bermalam di Tehran.

 

Hari 03 (13 Okt) : Tehran – Shiraz

 

Daftar keluar hotel awal pagi untuk penerbangan domestik ke Shiraz pada jam 07.10 pagi waktu tempatan. Anda akan dijangka tiba di Shiraz jam 08.35 pagi waktu tempatan. Selepas mendaftar masuk hotel, anda akan dibawa melawat di Kota Kuno Persepolis (yang diasaskan oleh Darius 1 Tahun 518 Masehi), ke Naghshe Rostam, Naghshe Rajab dan Afif-abad Garden serta Eran Garden. Kemudian makan tengah hari. Anda akan dibawa melawat Sadi Mausoleum dan Pasargadae, masa untuk anda membeli-belah.

 

Hari 04 (14 Okt) : Shiraz – Isfahan


Selepas bersarapan, anda akan mengunjungi Hamzeh Mirror Temple, melawat Kompleks dan Bazaar Vakil. Anda berpeluang membeli-belah. Selepas makan tengah hari, mengunjungi Vakil Rose Mosque. Menyaksikan Shahe Cheragh dari luar, Quran Gate dan Old Karim Khan Citadel. Makan malam sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan domestik ke Isfahan pada jam 9.25 malam waktu tempatan. Tiba di Isfahan pada pukul 10.40 malam waktu tempatan. Setibanya di Isfahan, mendaftar masuk ke hotel, makan malam dan berehat.

 

Hari 05 (15 Okt) : Isfahan


Selepas bersarapan, anda akan dibawa melawat kota Isfahan, lawatan termasuklah ke; Chehel Sotoun Palace, Naghshe Jahan Square (medan Al-Imam) dan Imam Plaza, Masjid Imam Sheikh Lotfollah, Aliqapu Palace, membeli-belah di bazaar Perak dan Emas. Makan tengah hari, kemudian anda akan mengunjungi Jame Mosque, menyaksikan keindahan jambatan-jambatan Khadju dan Sioesepoul. Jambatan lama Shahrestan. Melawat Friday Mosque dan Vank Cathedral. Makan malam dan acara bebas.

 

Hari 06 (16 Okt) : Isfahan – Kashan – Abyaneh – Tehran


Selepas bersarapan, bertolak ke Tehran dengan bas, perjalanan melalui Bandar Kashan dan Qom. Anda akan berpeluang melawat Finn Garden di Kashan serta perkampungan Abyaneh. Di Qom, anda akan dibawa melawat makan. Setibanya di Tehran, mendaftar masuk hotel. Makan malam di restauran tempatan dan acara bebas.

 

Hari 07 (17 Okt) : Tehran – Kuala Lumpur


Selepas bersarapan,lawatan ke Shah Palace dan White Palace, Viavaran Palace dan akhiri lawatan dengan mengunjungi Azadi Monument. Makan malam, bersiap-siap dan bertolak ke Lapangan Terbang antarabangsa Tehran untuk penerbangan balik pada pukul 8.10 malam waktu tempatan.

 

Hari 08 (18 Okt) : KLIA


Selamat sampai ke KLIA pada jam 7.25 pagi. Insyaallah.


Untuk lebih lanjut boleh layari website kami :
http://safirgotravel.com/

Atau hubungi kami di :
03-8920 4090


En Ruslan, salah seorang staff kami menghantar (check-in) Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Mohd Ismail Bin Merican bersama rakan-rakannya ke Iran pada Mei 2010. Terima kasih.

MAWI DI BUMI ANBIYA'

Gambar ketika membawa krew Mawi Di Bumi Anbiya' ke Jordan pada tahun 2008.
Penggambaran di Petra, Jordan.
Kami juga turut ke Syria, Turki & Egypt.



Tuesday, August 17, 2010

GROUP NOVEMBER 2005

Terjumpa gambar lama.
Bersama salah satu group ke Syria pada bulan November, 2005.
Atuk & Wan turut sama menyertai group ini.