Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Sunday, December 18, 2011

EKSPLORASI JAWA TENGAH, TIMUR & BARAT - IN-DEPTH TOUR PAKEJ 2012

23 JANUARI - 01 FEBRUARI 2012

HOT & NEW TOUR !!!

Eksplorasi  Jawa Tengah, Timur & Barat – “In- Depth Tour”, Wali Songo, Keindahan Alam, Keunikan Budaya & Sejarah & Membeli belah    9 Hari  8 Malam

Aturcara:

Hari 01: KUALA LUMPUR-SURABAYA  [MT/MM]  23-1-2012
Berkumpul di KLIA jam 5 pagi untuk penerbangan ke Surabaya jam 8 pagi. Ketibaan di Surabaya anda akan dibawa terus ke Bromo. Dalam perjalanan lawatan ke cottage industry barangan kulit, pusat tenunan, suramadu dan melawat jajaran pergunungan Taman Negara Bromo Tengger Semeru. Bermalam di Bromo.

Hari 02:  BROMO-SURABAYA  [SP/MT/MM] 24-1-2012
Bangun seawal jam 3 pagi untuk memulakan perjalanan bagi melihat keindahan matahari terbit di Pergunungan Penanjakan dan lawatan pilihan (optional tour) menaiki kuda ke kawasan pergunungan Bromo (kawah gunung berapi). Sebelah petang balik ke Surabaya, menziarahi Masjid Ampel dan makam Sunan Ampel (antara wali songgo). Makan malam dan acara bebas.

Hari 03:  SURABAYA-GRESIK-LAMONGAN-TUBAN-KUDUS [SP/MT/MM]  25-1-2012
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Gresik untuk menziarahi Makam Sunan Maulana Malik Ibrahim dan Sunan Giri. Melawat pondok pesantren Mambaus Solihin dan meneruskan perjalanan ke Paciran –Lamongan bagi menziarahi makam Sunan Drajad. Bertolak ke Kudus melalui Tuban. Di Tuban, ziarah ke makam Sunan Bonang. Bermalam di Kudus.

Hari 04:  KUDUS-JEPARA-DEMAK-SEMARANG-SOLO  [SP/MT/MM] 26-1-2012
Selepas sarapan pagi menziarahi makam Sunan Kudus dan Sunan Muria serta Masjid Kudus. Ke Jepara Bandar yang terkenal dengan industri perabut jati dan seni ukir kayu berciri Islam. Meneruskan kembara ke Demak bagi menziarahi makam Sunan Kalijanga dan Masjid Demak. Terus ke Solo melalui Semarang, lawatan Semarang termasuk ke Masjid Agung Jawa Tengah, bangunan Lawang Sewu, membeli belah di Bandeng Presto dan bermalam di Solo.

Hari 05: SOLO – JOGJAKARTA [SP/MT/MM] 27-1-2012
Selepas sarapan pagi, lawatan di Solo termasuk ke Istana /Keraton Mangkunegaraan, pasar barangan antik Triwindu, Sungai Begawan Solo & pasar tradisional Klewer. Sebelah petang bertolak ke Jogjakarta. Bermalam di Jogjakarta.

Hari 06: JOGJAKARTA [SP/MT/MM] 28-1-2012
Selepas sarapan pagi lawatan di Jogjakarta termasuk ke Batik Kabul, Candi Borobudur, Taman Sari (Taman Air), batik tradisional cottage industry, Kotagede Silver Village , Keraton Jogja dan masa bebas membeli belah di Malioboro.

Hari 07: JOGJAKARTA – CIREBON  [SP/MT/MM] 29-1-2012
Selepas sarapan pagi bertolak ke Cirebon,lawatan di Cirebon termasuk ke Istana Keraton Kasepuhan, Masjid Merah dan Makam Sunan Jati.

 Hari  08:  CIREBON – BANDUNG [SP/MT/MM] 30-1-2012
Selepas sarapan pagi bertolak ke Bandung, lawatan ke Tangkuban Perahu dan masa bebas membeli belah di waktu petang.

Hari  09: BANDUNG – KUALA LUMPUR  1-2-2012
Selepas sarapan pagi masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Ketibaan di KLIA jam 12 tengahari.

HARGA SEORANG DI BILIK BERKONGSI/BERDUA
HARGA SEORANG DI BILIK SEORANG
RM 2880  (WARGA EMAS RM 2770)

RM 3630  (WARGA EMAS RM 3530)
Warga Emas:  RM 2770 Seorang

HARGA TERMASUK:-
Ø  Tiket penerbangan pergi balik dengan Garuda Airlines serta cukai lapangan terbang
Ø  08 malam penginapan di hotel pilihan
Ø  Makan & minum sebagaimana dalam aturcara
Ø  Pemandu pelancong
Ø  Pengangkutan yang terlibat di sepanjang program
Ø  Tip pemandu pelancong & pemandu bas
Ø  Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan.

HARGA TIDAK TERMASUK:
Ø  Insuran perjalanan
Ø  Perbelanjaan persendirian

NOTA:
 HARGA, ATURCARA &  TARIKH PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.

KERATON KASEPUHAN

TAMAN NASIONAL BROMO

TANGKUBAN PERAHU

WALI SONGO
 Hubungi kami di:
03-8920 4090
017-259 1932
016-261 6730 (AJJ)
019-310 7308 (AJJ)
014-712 0050 (LAN)
013-246 6622 (FAHD)
013-280 1321 (ZUL)

No comments:

Post a Comment