Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Showing posts with label umrah ziarah. Show all posts
Showing posts with label umrah ziarah. Show all posts

Sunday, June 19, 2016

SEDEKAH - MENOLAK BENCANA

Sedekah dapat menolak bencana
Sedekah adalah merupakan satu pintu yang agung bagi kelapangan dada dan terbukanya hati nurani
Sesungguhnya berbuat kebajikan akan membuat pelakunya dikurniakan kecukupan oleh Allah dengan membuat hatinya menjadi lapang, ceria dan tenang
Bersedekahlah walaupun sedikit, kurma, roti atau segelas susu
Bersedekahlah kepada fakir miskin, berilah makan kepada orang yang lapar, ziarahilah orang yang sakit, nescaya kita akan menjumpai bahawa Allah akan meringankan kesusahan, kesedihan kita
Sesungguhnya sedekah adalah ubat yang tidak dapat ditemui, kecuali dalam syariat Islam
14 RAMADHAN 1437H
Berminat umrah atau umrah ziarah hujung tahun 2016?
Whatsapp
017 769 6199
019 310 7308
013 325 8757
013 280 1321











Wednesday, June 11, 2014

UMRAH OMAN 2013



Untuk pakej umrah dan umrah ziarah yang lain boleh hubungi kami:
03-8920 4090
019-310 7308

Sunday, January 12, 2014

UMRAH MURAH UMRAH HARAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang....

Dewasa ini semakin ramai umat Islam di Malaysia berminat untuk mengunjungi tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah, justeru itu semakin ramai pula rakyat Malaysia yang berminat menceburi bidang perniagaan pengendalian umrah samada secara sah atau sebaliknya. "Sah" yang dimaksudkan adalah samada mereka menjalankan bisnes ini dengan izin kerajaan Malaysia melalui pemberian lesen pengendalian pelancongan dalam dan luar negeri atau secara haram. Haram yang dimaksudkan di sinilah "secara tidak sah" di segi undang-undang kerajaan Malaysian atau "Illegal". Lesen ini adalah dikurniakan kepada agensi-agensi pelancongan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pendaftaran Syarikat dan syarikat tersebut mestilah sebuah syarikat "Sendirian Berhad"  (Sdn. Bhd). Pengurniaan lesen bertujuan memberi keizinan kepada syarikat bertauliah ini memunggut bayaran pendahuluan atau deposit sebagai bukti penempahan sesuatu pakej umrah yang ditawarkan dan seterusnya mengendalikan operasi perniagaan ini secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, mana-mana individu atau syarikat yang tidak mempunyai lesen pengendalian pelancongan dan pengembaraan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang didapati memunggut bayaran pendahuluan atau deposit pendaftaran sesuatu pakej Umrah adalah dianggap menyalahi undang-undang yang sudah termaktub. Individu-individu atau syarikat-syarikat ini boleh didakwa di mahkamah. Adalah penting untuk setiap orang memeriksa untuk mengenal pasti kesahihan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh individu-individu atau syarikat-syarikat ini demi mengelakkan sebarang penipuan yang akan mengakibat kerugian di pihak pendeposit. 

PETIKAN AKHBAR........

Waspada pakej murah umrah

KUANTAN 13 Nov. - Umat Islam perlu berwaspada dan tidak terpedaya dengan pakej murah ibadat umrah yang ditawarkan ejen atau syarikat pengurusan pelancongan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Pengarah Pejabat Pelancongan Pahang, Edros Yahaya berkata, kebanyakan pakej ditawarkan di bawah RM4,000 menjadi pilihan umat Islam yang pertama kali berhasrat untuk ke Tanah Suci tetapi hakikatnya harga tersebut tidak munasabah.
"Sejak kebelakangan ini kes penipuan membabitkan pakej umrah semakin menjadi-jadi dengan nilai kerugian yang dicatatkan di Tribunal Tuntutan Pengguna sejak 2009 berjumlah RM6.9 juta.
"Jadi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berusaha menganjurkan Kempen Kesedaran Industri Pelancongan-Pakej Umrah Berlesen sebagai usaha menyedarkan umat Islam daripada terlibat dalam kes penipuan melibatkan pakej umrah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen tersebut di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perlesenan Pelancongan KPK, Mahathir Bujang dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK, Badrul Hisham Khalid.
Menurut Edros, kempen itu melibatkan semua pihak berkaitan dengan ejen atau syarikat pelancongan terutama pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), imam masjid dan guru agama yang menjadi sasaran utama kes penipuan tersebut.
"Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dan mengingatkan mereka supaya tidak terpedaya dengan tawaran menarik dari agensi pelancongan tidak sah yang menjalankan pakej haji, umrah dan ziarah.
"Selain itu, peserta kempen turut didedahkan dengan isu berkaitan dengan pelesenan pelancongan yang patut diketahui dan taktik terbaharu penipuan seperti ganjaran pakej umrah daripada peraduan gores dan menang," katanya.
Tambahnya, orang ramai juga boleh mengunjungi laman web KPK atau datang terus ke pejabat pelancongan negeri bagi mendapatkan senarai syarikat atau agensi pelancongan yang sah.
"Syarikat atau agensi pelancongan yang sah akan sentiasa mempamerkan nombor lesen pada setiap iklan yang dibuat dan menampal salinan lesen di setiap premis mereka," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, daripada 114 syarikat pelancongan berlesen di negara ini hanya 10 syarikat layak dan sah menawarkan pakej haji, umrah dan ziarah.


Skandal pakej umrah


PERMINTAAN tinggi terhadap pakej umrah sering diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


IMPIAN Siti Aida Mohd. Salleh untuk mengerjakan umrah buat kali pertama bersama keluarga- nya musnah kerana ditipu sebuah agensi pelancongan.
Ketika ditemui baru- baru ini, Siti Aida memberitahu, sepatutnya dia bersama ibu dan abangnya mengerjakan umrah pada 16 Jun lalu.
Namun, agensi pelancongan terbabit sering menunda tarikh penerbangan.
Dia merupakan antara kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara yang tertipu dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM4.8 juta.
Apa yang lebih malang, wang mereka turut lesap.
Beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, syarikat itu gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah pada Jun tahun ini walau- pun bayaran penuh sebanyak RM3,999 dibuat oleh setiap bakal jemaah sejak 2012.
Menurut seorang perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul ‘Ain Hasman, dia dan 54 jemaah lain hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.
“Pada mulanya saya dimaklumkan wakil agensi, terdapat masalah berkaitan dana tidak mencukupi yang seharusnya dibiayai syarikat korporat bagi menanggung RM1,500 setiap jemaah daripada harga sebenar pakej umrah iaitu RM5,500,” katanya.
Cek tendang
Namun, sebaik sahaja ke pejabat agensi itu, ia ditutup dengan notis yang tertera ‘premis ditutup sementara’. Usaha menghubungi wakil agensi turut gagal.
Wanita ini mendakwa, kira-kira 1,200 bakal jemaah termasuk di Sabah dan Sarawak yang mengambil pakej umrah agensi itu turut gagal menunaikan umrah mereka.
Qurratul memberitahu, pada 7 Jun lalu, pegawai agensi itu menawarkan dua pilihan sama ada meneruskan penerbangan yang dijanjikan pada Ogos dan September lepas atau mengambil wang yang dibayar 45 hari selepas tarikh cek dikeluarkan.
“Tetapi cek itu cek tendang,” katanya.
Menurut konsultan Umrah-Haji.com, Hairul Azaman yang merupakan ejen penghubung bakal individu yang ingin menunaikan haji dan umrah, seseorang perlu berhati-hati memilih pakej haji atau umrah yang ditawarkan.
“Pilih syarikat yang berkemampuan dan kredibilitinya tidak dipertikaikan. Ada yang memilih pakej hanya kerana personaliti sese- orang individu.
Tipu
“Jika difikir secara logik, seorang individu hanya mampu menguruskan 40 orang maksimum dan sekiranya lebih itu tidak masuk akal,” katanya.
Jelasnya, bayaran yang dibuat lebih wajar sekiranya melalui akaun syarikat dan bukannya milik individu.
Tambahnya, mereka yang ingin mengerjakan umrah atau haji tidak seharusnya tertipu dengan agensi yang menawarkan pakej umrah dengan kadar harga rendah.
“Mengikut kadar sekarang, biasanya melebihi RM5,000 tetapi jika ada syarikat yang menawarkan hanya RM2,500, itu tidak masuk akal,” katanya.
Bagi seorang pengendali umrah dan haji, Ustaz Abdul Halim Abdullah, bagi mereka yang ingin menunaikan umrah sebaiknya mendapatkan nasihat daripada rakan- rakan atau saudara-mara mereka yang pernah menunaikannya.
“Jika mereka memberikan cadangan, lebih baik kerana ini menunjukkan agensi itu dikenali dan berjaya menganjurkan pakej umrah.
“Ini bagi memastikan kita tidak tertipu kerana banyak pihak yang mengambil kesempatan menipu pada zaman moden ini walaupun berkisar soal agama,” ujarnya.
Jelasnya lagi, taraf hidup rakyat negara ini semakin meningkat selain lebih 70,000 orang menunaikan umrah setiap tahun.
“Namun, bukan itu alasan untuk menipu orang lain,” tegasnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pula meminta kesemua mangsa memfailkan aduan rasmi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT- PM).
Pendengaran kes tersebut akan berlangsung dalam tempoh 40 hari selepas kes tersebut difailkan.
Beliau berkata, pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh TTPM, boleh didenda tidak mele- bihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali.
“Oleh itu, saya menasihatkan mangsa pakej umrah berkenaan supaya segera memfailkan kes kerana kita yakin kes tersebut dapat diselesaikan kurang 60 hari selepas ia difailkan. Wang mereka akan di- kembalikan,” katanya.

Tuesday, March 5, 2013

KURSUS UMRAH

Salam semua,
moga anda semua di bawah lindungan Allah SWT....

Di bawah adalah gambar-gambar ketika kursus umrah yang kami adakan di masjid Teras Jernang, Bangi untuk jemaah umrah kami yang mengerjakan umrah pada bulan Februari lepas..

Pencerah jemputan adalah Ust Zainal hj Bujang
Emcee : Dato Yusof
Briefing untuk jemaah ziarah Al-Aqsa: Ust Muhamad






Untuk makluman jemaah umrah kami yang akan mengerjakan umrah pada bulan Mac, kursus umrah akan diadakan pada 09 Mac ini bertempat di masjid Hasanah Bandar Baru Bangi....

Terima kasih.

Wednesday, February 20, 2013

UMRAH ZIARAH MUSCAT (OMAN) BERSAMA AL-ISLAM 06 MEI 2013



Untuk maklumat lanjut hubungi kami :
ust khairi (penulis lebih 40 buku) 016-261 6730
 ust muhamad 019-310 7308
ust fahd 013-246 6622
ust shah 019-909 7431
ust zulkifli 013-280 1321
ust zulhariza 017-769 6199
ust saufi 019-717 9980