Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Monday, December 5, 2011

KEMBARA ILMIAH KE INDIA BERSAMA JUARA IMAM MUDA, MUHAMMAD ASYRAF

FINAL CALL !

“Kembara Ilmiah di India bersama Juara Imam Muda  Musim 1 Muhammad Asyraf “Delhi Agra – Fatehpur Sikri –Jaipur Srinagar Gulmarg Srinagar Delhi -  8 hari 07 mlm

…KEMBARA – ILMU – PENGISIAN ROHANI – PENGALAMAN & IKTIBAR
Harga Promosi: RM5250   RM4770


Aturcara:
HARI 01: KLIA -  New Delhi  [MM]
Berkumpul di KLIA jam 3 petang untuk mendaftar masuk penerbangan ke New Delhi jam 6.20 petang. Ketibaan di New Delhi jam 9.20 malam, makan malam dan mendaftar masuk hotel.

HARI 02:  Delhi – Srinagar  [SP/MT/MM]
Selepas sarapan, menaiki k/terbang ke Srinagar (ibukota wilayah Kashmir). Ketibaan di Srinagar, perpindahan ke Deluxe Houseboat. Setengah hari lawatan di Taman Mughal yang termasyhur di dunia “Nishat Bagh” (The garden of pleasure) dan Shalimar Bagh (Adobe of love) yang teramat indah. Selepas makan tengahari menaiki Shikara di Tasik Dal bagi menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt yang sering dibandingkan dengan Venice-anda berpeluang melihat beberapa tempat menarik di sekitar tasik ini. Kembali ke Deluxe Houseboat dalam perjalanan singgah di Kilang Tenunan Permaidani Kashmir yang terkenal dengan kehalusannya (Kashimiri Carpet).


HARI 03: Srinagar Gulmarg Srinagar [SP/MT/MM]

Nikmati sarapan pagi anda dan menyambung kembara ke Gulmarg salah sebuah resort musim panas yang tercantik di Lembah Kashmir juga masyhur sebagai lapangan Golf di musim panas serta tempat permainan Ski yang tertinggi di dunia. Kagumi keindahan alam semulajadi dan gunung-ganang yang diselimuti salji. Anda boleh menaiki Gondola (dengan bayaran tambahan) dari Gulmarg ke Khalinmarg yang sering menjadi lokasi pengambaran filem Bollywood. Bermalam di hotel.

HARI 04:  Srinagar [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi lawatan di Lembah Kashmir termasuk Tasik Dal, Masjid Jami’ yang diperbuat dari 140 batang kayu; yg tertua, tercantik dan terbesar di Srinagar. Ke Masjid Hazratbal yang terletak di sebelah barat Tasik Dal; dengan keindahan Nishat Bagh yang bertentangan dengannya- maka bayangan masjid yg disaluti Marmar putih ini tampak pada permukaan tasik Dal yang berlatarbelakangkan kehijaunan gunung-ganang yg memukau. Inilah satu-satunya masjid yang mempunyai Dom di Srinagar. Dengan keindahan senibina Mughal dan Kashmiri ia mempunyai kepentingan sejarah sejak kurun ke 17 dan keunggulannya ialah kerana ia menyimpan sehelai rambut Rasulullah saw. Melawat the Bund dan sebelah petang masa bebas mengekspplorasi bazaar & masa bebas membeli belah. Bermalam di hotel.

Day 05:  Srinagar- Delhi – Agra [SP/MT/MM]
Selepas sarapan bertolak ke New Delhi, sampai Delhi terus ke Agra, pada petang hari menikmati keindahan Taj Mahal – salah satu benda ajaib di dunia – satu penyataan rasa cinta seorang raja terhadap permaisurinya dibina dengan kederat 20000 buruh selama 22 tahun. Bermalam di Agra.


Day 06: Agra – Fatehpur Sikri -  Jaipur [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, melawat Agra Fort (UNESCO Heritage Site) – kota kubu berwarna merah dan gagah berdiri di tebing Sungai Yamuna di mana pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Akbar tahun 1566. Di dalam Diwan – I-Am (dewan am) inilah Maharaja mendengar segala pengaduan awam, dewan besar bertiang batu berwarna merah dengan singgahsana bersulam batu marmar menambah keunikan senibina dewan ini. Manakala di dalam dewan khas (Diwan-I-Khas) terdapat lapangan istirehat yang diperbuat dari batu marmar bercorak bunga-bungaan. Juga lawatan ke Jahangiri Mahal yang dibina oleh Akbar untuk anaknya Jehangiri. Menziarahi Masjid Moti atau Pearl Mosque yang terdapat di dalam Agra Fort yang telah dibina oleh Shah Jahan salah satu keindahan senibina Mughal yang dibina pada pertengahan kurun ke 17.  Kemudian bertolak ke Fatehpur Sikri (UNESCO Heritage Site) yang merupakan Bandar hantu (ghost town) berbatu merah yang dijaga rapi, ia merupakan kompleks istana Maharaja Mughal yg bernama Akbar The Great dibina dalam tahun 1569, melawat ketiga2x istana yg dibina oleh Akbar untuk 3 org isterinya, bangunan perbendaharaan, Turkish Bath, Istana Akbar The Great, Menara Angin, Keravansarai dan lain-lain bangunan dengan senibina Mughal yang mengkagumkan. Menziarahi Masjid Jamek Fatehpur Sikri adalah sebuah masjid di Agra siap dibina dalam tahun 1571 dan Makam Wali Allah Sheikh Salim Chisti. Meneruskan perjalanan ke Jaipur. Hotel & bemalam di Jaipur.

Hari 07:   Jaipur Delhi  [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, lawatan di Jaipur termasuk Jal Mahal (Istana Tasik), Amber Fort, Hawa Mahal (Istana Angin) dan lain-lain. Kembali ke New Delhi. Masa bebas membeli belah, makan malam, hotel dan rehat.

Day 08:     Delhi – KLIA [BF/L/D]
Selepas sarapan pagi masa bebas. Selepas mendaftar keluar dari hotel, makan tengahari dan lawatan di kota New Delhi termasuk ke President’s House, Red Fort, Mahatma Gandhi Memorial, Masjid Jamek, Qutub Minar, India Gate dan bangunan-bangunan kerajaan.  Makan malam dan terus ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. 



HARGA PAKEJ :-

DEWASA SEORANG DI BILIK BERDUA/BERKONGSI DEWASA SEORANG DI BILIK SINGLE KANAK-KANAK SEORANG BERKATIL (3-11 TAHUN)
KANAK-KANAK SEORANG TANPA BERKATIL (3-11 TAHUN)
RM 5250  RM4770 RM 6350   RM5699 RM 4699    RM4399 RM 4599    RM3699

HARGA TERMASUK:
Ø  TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK KELAS EKONOMI DENGAN MALAYSIAN AIRLINES SYSTEM & CUKAI LAPANGAN TERBANG
Ø  SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG, PERPINDAHAN DARI L/TBG KE HTL VICE VERSA.
Ø  SEMUA PENGANGKUTAN DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN BAS MODEN & BARU BERHAWA DINGIN.
Ø  07 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL 4*/3* DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN SARAPAN PAGI.
Ø  07X MAKAN MALAM & 07X MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN TEMPATAN DI SEPANJANG PROGRAM
Ø  BAYARAN MASUK KE TEMPAT-TEMPAT LAWATAN
Ø  PEMANDU PELANCONG PROFESSIONAL BERBAHASA INGGERIS
Ø  GRUP VISA INDIA
Ø  TIP RESTAURAN DAN PENGANGKAT BARANG
Ø  MINERAL WATER SEWAKTU MAKAN
Ø  TIP PEMANDU KENDERAAN DAN PEMANDU PELANCONG
Ø  INSURAN PERJALANAN

HARGA TIDAK TERMASUK:
Ø  PERBELANJAAN PERSENDIRIAN
Ø  SOFT DRINK/AIR PANAS ATAU SEJUK YANG DIPESAN SEWAKTU MAKAN.

FLIGHT DETAILS:

TARIKH

KOD PENERBANGAN

SEKTOR

ETD

ETA

20/12/2011

MH 190

KUL-DEL

1850

2150

27/12/2011

MH 191

DEL-KUL

2310

0710 +1 


Hubungi En Ruslan/En Fahd/En Zulkifli di 03-8920 4090 maklumat lanjut dan tempahan.

No comments:

Post a Comment