Di mana dan siapakah.....
Terletak 20 km ke utara Tunis, Sidi Bou Said terhutang namanya kepada seorang wali Allah swt yang bernama Abu Said bin Khalef bin Yahia El-Beji. Makam beliau terletak di bawah sebuah kubah berhampiran kafe El Allia; sebuah kafe yang masyhur di sini...
Dilahirkan di Beja dalam tahun 1156, Abu Said belajar dan mengajar sains dan agama di Universiti Zaituniah, Tunis. Selepas kembara yang jauh di Timur Tengah, beliau bersara dari kesibukan dunia untuk bermeditasi dan menjadi seorang murabbi (pendidik kerohanian).Setelah kepulangan ke Tunis, beliau menjadikan sebuah kampung di Gunung El-Manar (gunung api di mana api yang dinyalakan sebagai panduan kepada kapal-kapal di zaman Punic dan Rom, di tapak ini terdirinya rumah api yang terdapat sekarang ini).
Abu Said meninggal dunia dalam tahun 1231 dan dikebumikan di gunung tersebut, makamnya menjadi tempat ziarah kaum muslimin dan perkampungan Sidi Abu Said diwujudkan di sekelilingnya makam tersebut.
Dalam
kurun ke 18, Gabenor-gabenor Turki yang kemudiannya menjadi raja-raja
yang digelar Hussein Bey dan kemudian orang-orang kaya Tunis membina
rumah-rumah besar, jalanraya dan perkampungan Sidi Bou Said secara
beransur-ansur memperolehi konsep senibinanya seperti yang anda boleh
saksikan pada kunjungan anda di sini.
Dengan ketibaan Baron Rodolphe d'Erlanger, warna biru muda dan putih digunakan untuk mewarna bangunan-bangunan di perkampungan ini; warna putih untuk dinding dan biru muda untuk tingkap dan pintunya. Amat indah dan mengkagumkan.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut...
Telefon:
Pejabat - 03-8920 4090 / 03-8912 4090
Email:
inquiry.safirgotravel@gmail.com
safirgotravel@gmail.com
Mesej/whatsapp/kakaotalk/line:
019-310 7308 - Muhamad
013-246 6622 - Fahd
019-909 7431 - Shah
019-717 9980 - Sopi
No comments:
Post a Comment