Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Saturday, July 6, 2013

APA YANG MENARIK DI YAMAN - JOM KE YAMAN BERSAMA SAFIRGOTRAVEL.COM




KLIK SINI UNTUK LIHAT TEMPAT MENARIK DI YAMAN

KENAPA ANDA MESTI MENGUNJUNGI YAMAN?  Jawapannya...sebagaimana firman Allah swt dalam surah QURAISH.....

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


[1] Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

[2] (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),

[3] Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,

[4] Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Ayat ke 2, menceritakan tentang lumrah pedagang bangsa Quraish untuk mengadakan perjalanan dengan kafilah dagang mereka ke Yaman dalam musim sejuk, justeru walaupun dalam  musim sejuk Yaman tetap kekal berudara nyaman dengan suhu sederhana memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja yang ke sana. Bentuk topografi Yaman yang bergunung-ganang menawarkan pemandangan indah yang mengujakan. Bas pelancong hanya boleh digunakan di kawasan-kawasan tanah rendah sahaja manakala untuk ke tanah-tanah tinggi seperti Manakhah, Kawkaban ataupun Al-Hajarah, kenderaaan yang digunakan adalah pacuan empat roda.

Tiada yang lebih manis dari Madu Hadhramaut!!!!!!!

Dalam aturacara kembara ke Yaman - Utara dan Selatan, di mana tak sah kunjungan ke Yaman kalau tidak mengunjungi Wadi Hadhramaut yang subur - Wadi Do'an yang terkenal sebagai pengeluar madu Sidir Yaman yang berkualiti tinggi dan asli. Madu Yaman dianggap sebagai terbaik di dunia dan Madu Yaman yang terbaik berasal dari Wadi Do'an yang terletak di Hadhramaut

Makam cicit Rasulullah sallallahu alaihe wasalam....'

Makam yang bercat putih di mana tersemadi jasad mulia cicit Rasulullah  sallallahu alaihe wasalam.. Ahmed bin Isa Al-Muhajir tersergam dan mudah kelihatan dari jalan besar yang menghubungi Tarim dan Seiyun. Sebagai keturunan Ali radhiallahu anhu, makam ini wajar diziarahi semasa kunjungan anda di Yaman. 

Tarim - 365 Masjid

Tarim mempunyai 365 buah masjid , setiap satu untuk setiap hari dalam setahun!! Tarim sejak dulu terkenal sebagai pusat ilmu Islam, sekarang yang paling dikenali ialah Darul Mustafa. Tarim juga menjadi lokasi menara yang tertinggi di Hadhramaut yang terletak di Masjid Al-Muhdhar. 

Istana...Istana...Istana di mana sahaja di Tarim !!!

Tarim....lokasi di mana kekayaan yang dikumpulkan oleh para pedagang Hadhramaut (Hadhramis) yang telah berdagang di Asia  (India, Malaysia dan Indonesia) dizahirkan pada struktur binaan istana-istana besar dan indah yang diperbuat dari batu-batan tanah lumpur yang boleh anda saksikan bila anda berkunjung ke sini. Istana Kaff (Qasr Kaff) umpamanya mempunyai 570 buah bilik! 

Shibam - Manhattan of the Desert - Pencakar langit dari tanah???

Jangan lepaskan peluang mengunjungi Shibam - kota yang lebih dikenali dengan jolokan sebagai "MANHATTAN OF THE DESERT" .....nak tahu kenapa? Bangunan-bangunan pencakar langit di sini sebahagiannya setinggi 10 tingkat diperbuat dari tanah liat/lumpur tanpa pengunaan konkrit dan batang keluli!!!  Mengkagumkan bukan? Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana bangunan-bangunan di sini tetap utuh merentas zaman dan peredaran masa dan lebih menarik lagi ia dicat dengan berbagai warna lalu menjadi kontras dengan persekitaran sekelilingnya yang bergurun pasir diselang-seli oleh ladang-ladang tamar...ayuh...jangan bertangguh lagi...kemaskan barang-barang anda dan hubungi safirgotravel.com untuk menyertai pengembaraan sekali seumur hidup anda ini......................

Baca aturcara kembara safirgotravel.com di bawah dan buat sedikit "homework" tentang Yaman...anda pasti ketemukan jawapan..."Yah...aku mesti kunjungi Yaman sekarang?"  Anda memang seorang yang bijak jika membuat keputusan begitu!!!! Bravo kepada anda....


SHIBAM "MANHATTAN OF THE DESERT".....HADHRAMAUT ...


Aturcara kami ke Yaman melibatkan Penerbangan Domestik ke Hadhramaut demi menjimatkan masa dan mengurangkan keletihan berbanding mengikut jalan darat merentasi gurun pasir berdebu dan memakan masa hampir 12 jam.







............A litte girl from Kawkaban...comel kan?






Hmm..hmm sedapnya roti bermadu tu "Bintul Malik" (Puteri Raja) dan kuah berwarna hijau campuran herbal dan yogurt. Makanan Yaman memang enak-enak dan menyelerakan......



No comments:

Post a Comment