Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Tuesday, October 29, 2013

JUTAWAN AKHIRAT


Madrasah Tahfiz At-Taqwa 
Taman Sri Langat
Off Jalan Reko
43000 Kajang,
Selangor.

PAKEJ KE HONG KONG + DISNEYLAND + MACAU BERSAMA IZZUE ISLAM

Salam semua...

Dengan in kami menutup pakej ke Hong Kong + Disneyland + Macau bersama Izzue Islam pada 16 Disember 2013.

Buat peserta yang sudah mendaftar mohon untuk membuat pembayaran terakhir minggu ini.

Terima kasih.


Tuesday, July 9, 2013

QATAR IN JUST 36 HOURS AND GREECE IN 6 DAYS 2013.......

.....kali pertama menjejak kaki ke Doha,Qatar sewaktu saya menjadi pelajar di bumi Syam @ Syria, kota Damascus atau Damsyik antara kota kesukaan saya sekitar 90an...di kala itu kota Doha belum lagi pesat membangun seperti sekarang. Apabila saya menceburkan diri dalam bidang pelancongan, kota Doha menjadi salah satu persinggahan untuk group kami dalam perjalanan ke Syria, Jordan dan Lubnan. Singgah sebentar - 5-7 jam on transit sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang berikutnya. Dalam masa 5-7 jam tersebut kami dijamu sarapan pagi dan dibawa bersiar-siar mengelilingi kota Doha, namun tempat-tempat yang menarik pada masa itu tidaklah sebanyak sekarang!!  Doha sedang bersaing sengit dengan Dubai ..percaya atau tidak?  Hamad International Airport sedang rancak dibangunkan dan kini berada di fasa terakhir pembinaannya. 

Dulu dikenali sebagai New Doha International Airport(NDIA), dijadualkan dibuka pada pertengahan 2013. Lapangan terbang yang berkeluasan 8,640 ekar ini,  dibina 5 kilometer ke arah timur lapangan terbang Doha sekarang. Apabila siap,  Hamad International Airport, sejurusah sahaja ia dibuka,  boleh menampung 29 juta penumpang setahun 3 kali ganda dari keupayaannya sekarang. Dibandingkan dengan lain-lain lapangan terbang utama dunia, Hamad International Airport akan menjadi salah satu lapangan terbang terbesar di dunia. Selepas seluruh pembinaannya tamat, ia mampu mengendalikan 50 juta penumpang setahun walaupun setengah pihak menganggarkan Hamad International Airport masih mampu menerima 93 juta penumpang setahun! Ini menjadikan ia sebagai lapangan terbang kedua terbesar di Timur Tengah selepas Dubai dan ketiga di Dunia selepas Dubai dan Heathrow London. 

Hamad International Airport merangkumi dua pertiga dari keluasan Doha!!! 

Hamad International Airport juga dijangkakan mengendalikan 320,000 penerbangan dan 2 juta tan kargo setahun. Keluasan ruang lantai pendaftaran masuk penerbangan (check in) dan peruncitan adalah dua belas kali ganda dari keluasaan lapangan terbang sekarang, justeru menjadikan Hamad International Airport merangkumi dua pertiga dari keluasan Doha!!!  Lelantai bergerak (Moving Walkways) akan dipasang bagi kemudahan penguna. Dengan berkonsepkan oasis (Wadi); Hamad International Airport akan mempunyai bangunan-bangunan bermotifkan air dengan rekabentuk bumbung berombak dan tumbuh-tumbuhan gurun akan ditanam dan diairi oleh air yang dikitar semula.






PAKEJ KOMBINASI - DOHA  & GREECE 2 DESTINASI YANG KONTRAS!!!
berita baik untuk semua, tahun ini kami melancarkan pakej kombinasi Doha dan Greece, dua destinasi yang agak kontras antara satu sama lain - Doha yang kaya dengan hasil petrol adalah bandar serba moden yang pesat membangun - dengan mercutanda-mercutanda yang menggambarkan ketinggian teknoloji pembinaannya, manakala Greece kaya dengan peninggalan sejarah silam - puing-puing kota yang pernah mencapai puncak kegemilangan di zaman lampau pastinya turut mencabar minda untuk berfikir betapa tingginya teknoloji yang dipakai pada masa tersebut untuk membina monumen-monumen gagah dan indah, yang masih wujud hingga ke hari ini - walaupun tidak kesemuanya. 

Kedua-dua destinasti ini pasti memberikan pengalaman berharga kepada anda yang menyertai pakej kembara ini. Pengalaman dan ilmu yang berharga menjadi bekalan meneruskan perjalanan dalam sebuah kehidupan sementara, yang kemudiannya akan dicurahkan kepada generasi-generasi berikutnya agar mereka turut sama mengambil iktibar tentang kejayaan dan kegagalan manusia, kemuliaan dan kehinaan mereka, kekayaan dan kemiskinan kehidupan mereka, antara ketaatan yang dihormati dan pengkhianatan yang dibenci! Raja yang adil raja disembah dan raja yang zalim raja disanggah, rakyat yang sanggup berkorban dan rakyat yang terkorban, Setiap kota yang dikunjungi pasti ada cerita tersendiri bagi setiap orang yang memerhati!  Jadi jadikanlah perjalanan anda, adalah kembara minda dan emosi yang dipandu dan dipimpin oleh kewarasan dan kebijaksanaan akal berpaksikan ajaran agama Islam yang mulia. 





Monday, July 8, 2013

BERITA BAIK UNTUK EJEN-EJEN UMRAH SAFIRGOTRAVEL.COM

Salam semua....

Kami tahu ejen-ejen kami yang menjual pakej umrah Safirgotravel.com telah bekerja keras
dan kami berterima kasih untuk itu.

Tahun-tahun yang sebelum ini,
kami hanya memberi komisyen RM 250 per pax kepada ejen-ejen kami,
tetapi untuk pakej umrah tahun 2013/2014,
kami mempunyai insentif tambahan untuk ejen-ejen umrah kami...

PERCUTIAN PERCUMA KE DESTINASI TERPILIH !!!

Ini bermakna, selain mendapat komisyen anda juga dapat bercuti secara percuma..

Antara percutian yang kami tawarkan adalah London & Paris, Beijing, South Korea, Jordan & Al-Aqsa, dan Uzbekistan..



JUMLAH JUALAN UMRAH
PAKEJ PERCUTIAN PERCUMA SEORANG
RM 870,000.00
LONDON & PARIS
RM 250,000.00
BEIJING
RM 330,000.00
SOUTH KOREA
RM 570,000.00
JORDAN & AL-AQSA
RM 420,000.00
UZBEKISTAN


Hubungi kami jika anda berminat menjadi ejen umrah safirgotravel.com ...

Pejabat - 03-89204090
Muhamad - 019-310 7308


Sunday, July 7, 2013

JAWATAN KOSONG; UMRAH & TOUR SALES EXECUTIVE


Kami mencari umrah & tour sales executive yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-lelaki (memandangkan ianya memerlukan anda outstation dan mungkin perlu bekerja hingga malam)
-bijak berkomunikasi
-mempunyai inisiatif sendiri
-mampu mencapai target yang diberikan
-kebolehan menjual & mempromosi
-terbuka kepada lulusan SPM/sijil/ijazah atau lain2

Kami menawarkan:
-anda berpeluang melancong ke luar negara
-diberikan elaun perjalanan (kiraan per/malam) sekiranya menjadi tour leader
-komisyen per/pax untuk peserta yang mendaftar
-elaun makan
-elaun outstation
-basic salary
-epf & socso
-elaun pakaian
-insentif syarikat (keuntungan) sekiranya berjaya mencapai sasaran yang diberikan
-elaun travel fair
-elaun airport duty
-dan lain2 elaun sekiranya pihak syarikat merasakan keperluannya..

hantar resume anda ke:
NURRUL SALIA
nurrul.safirgotravel@gmail.com

Saturday, July 6, 2013

JOM KE TUNISIA - SIDI BOU SAID; PERKAMPUNGAN ANDALUSIA BIRU DAN PUTIH

Sidi Bou Said???
Di mana dan siapakah.....

Terletak 20 km ke utara Tunis, Sidi Bou Said terhutang namanya kepada seorang wali Allah swt yang bernama Abu Said bin Khalef bin Yahia El-Beji. Makam beliau terletak di bawah sebuah kubah berhampiran kafe El Allia; sebuah kafe yang masyhur di sini...

 Dilahirkan di Beja dalam tahun 1156, Abu Said belajar dan mengajar sains dan agama di Universiti Zaituniah, Tunis. Selepas kembara yang jauh di Timur Tengah, beliau bersara dari kesibukan dunia untuk bermeditasi dan menjadi seorang murabbi (pendidik kerohanian).Setelah kepulangan ke Tunis, beliau menjadikan sebuah kampung di Gunung El-Manar (gunung api di mana api yang dinyalakan sebagai panduan kepada kapal-kapal di zaman Punic dan Rom, di tapak ini terdirinya rumah api yang terdapat sekarang ini).


 Abu Said meninggal dunia dalam tahun 1231 dan dikebumikan di gunung tersebut, makamnya menjadi tempat ziarah kaum muslimin dan perkampungan Sidi Abu Said diwujudkan di sekelilingnya makam tersebut.



Dalam kurun ke 18, Gabenor-gabenor Turki yang kemudiannya menjadi raja-raja yang digelar Hussein Bey dan kemudian orang-orang kaya Tunis membina rumah-rumah besar, jalanraya dan perkampungan Sidi Bou Said secara beransur-ansur memperolehi konsep senibinanya seperti yang anda boleh saksikan pada kunjungan anda di sini.


Dengan ketibaan Baron Rodolphe d'Erlanger, warna biru muda dan putih digunakan untuk mewarna bangunan-bangunan di perkampungan ini; warna putih untuk dinding dan biru muda untuk tingkap dan pintunya. Amat indah dan mengkagumkan. 














Hubungi kami untuk maklumat lanjut...

Telefon:
Pejabat - 03-8920 4090 / 03-8912 4090

Email:
inquiry.safirgotravel@gmail.com
safirgotravel@gmail.com

Mesej/whatsapp/kakaotalk/line:
019-310 7308 - Muhamad
013-246 6622 - Fahd
019-909 7431 - Shah
019-717 9980 - Sopi

APA YANG MENARIK DI YAMAN - JOM KE YAMAN BERSAMA SAFIRGOTRAVEL.COM




KLIK SINI UNTUK LIHAT TEMPAT MENARIK DI YAMAN

KENAPA ANDA MESTI MENGUNJUNGI YAMAN?  Jawapannya...sebagaimana firman Allah swt dalam surah QURAISH.....

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


[1] Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

[2] (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),

[3] Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,

[4] Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Ayat ke 2, menceritakan tentang lumrah pedagang bangsa Quraish untuk mengadakan perjalanan dengan kafilah dagang mereka ke Yaman dalam musim sejuk, justeru walaupun dalam  musim sejuk Yaman tetap kekal berudara nyaman dengan suhu sederhana memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja yang ke sana. Bentuk topografi Yaman yang bergunung-ganang menawarkan pemandangan indah yang mengujakan. Bas pelancong hanya boleh digunakan di kawasan-kawasan tanah rendah sahaja manakala untuk ke tanah-tanah tinggi seperti Manakhah, Kawkaban ataupun Al-Hajarah, kenderaaan yang digunakan adalah pacuan empat roda.

Tiada yang lebih manis dari Madu Hadhramaut!!!!!!!

Dalam aturacara kembara ke Yaman - Utara dan Selatan, di mana tak sah kunjungan ke Yaman kalau tidak mengunjungi Wadi Hadhramaut yang subur - Wadi Do'an yang terkenal sebagai pengeluar madu Sidir Yaman yang berkualiti tinggi dan asli. Madu Yaman dianggap sebagai terbaik di dunia dan Madu Yaman yang terbaik berasal dari Wadi Do'an yang terletak di Hadhramaut

Makam cicit Rasulullah sallallahu alaihe wasalam....'

Makam yang bercat putih di mana tersemadi jasad mulia cicit Rasulullah  sallallahu alaihe wasalam.. Ahmed bin Isa Al-Muhajir tersergam dan mudah kelihatan dari jalan besar yang menghubungi Tarim dan Seiyun. Sebagai keturunan Ali radhiallahu anhu, makam ini wajar diziarahi semasa kunjungan anda di Yaman. 

Tarim - 365 Masjid

Tarim mempunyai 365 buah masjid , setiap satu untuk setiap hari dalam setahun!! Tarim sejak dulu terkenal sebagai pusat ilmu Islam, sekarang yang paling dikenali ialah Darul Mustafa. Tarim juga menjadi lokasi menara yang tertinggi di Hadhramaut yang terletak di Masjid Al-Muhdhar. 

Istana...Istana...Istana di mana sahaja di Tarim !!!

Tarim....lokasi di mana kekayaan yang dikumpulkan oleh para pedagang Hadhramaut (Hadhramis) yang telah berdagang di Asia  (India, Malaysia dan Indonesia) dizahirkan pada struktur binaan istana-istana besar dan indah yang diperbuat dari batu-batan tanah lumpur yang boleh anda saksikan bila anda berkunjung ke sini. Istana Kaff (Qasr Kaff) umpamanya mempunyai 570 buah bilik! 

Shibam - Manhattan of the Desert - Pencakar langit dari tanah???

Jangan lepaskan peluang mengunjungi Shibam - kota yang lebih dikenali dengan jolokan sebagai "MANHATTAN OF THE DESERT" .....nak tahu kenapa? Bangunan-bangunan pencakar langit di sini sebahagiannya setinggi 10 tingkat diperbuat dari tanah liat/lumpur tanpa pengunaan konkrit dan batang keluli!!!  Mengkagumkan bukan? Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana bangunan-bangunan di sini tetap utuh merentas zaman dan peredaran masa dan lebih menarik lagi ia dicat dengan berbagai warna lalu menjadi kontras dengan persekitaran sekelilingnya yang bergurun pasir diselang-seli oleh ladang-ladang tamar...ayuh...jangan bertangguh lagi...kemaskan barang-barang anda dan hubungi safirgotravel.com untuk menyertai pengembaraan sekali seumur hidup anda ini......................

Baca aturcara kembara safirgotravel.com di bawah dan buat sedikit "homework" tentang Yaman...anda pasti ketemukan jawapan..."Yah...aku mesti kunjungi Yaman sekarang?"  Anda memang seorang yang bijak jika membuat keputusan begitu!!!! Bravo kepada anda....


SHIBAM "MANHATTAN OF THE DESERT".....HADHRAMAUT ...


Aturcara kami ke Yaman melibatkan Penerbangan Domestik ke Hadhramaut demi menjimatkan masa dan mengurangkan keletihan berbanding mengikut jalan darat merentasi gurun pasir berdebu dan memakan masa hampir 12 jam.







............A litte girl from Kawkaban...comel kan?






Hmm..hmm sedapnya roti bermadu tu "Bintul Malik" (Puteri Raja) dan kuah berwarna hijau campuran herbal dan yogurt. Makanan Yaman memang enak-enak dan menyelerakan......



PILIHAN PENGEMBARA 2013


http://www.tripadvisor.in/TravelersChoice-Attractions-cLandmarks-g1



Tuesday, May 28, 2013

SMITF 26-28 APRIL 2013 (GAMBAR) - PART 2






more pictures to come..... *masa oh masa!*

Monday, May 20, 2013

SENARAI NAMA YANG AKAN KE MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA BIRTHDAY IZZUE ISLAM

Salam semua,
Izzue Islam akan mengadakan satu majlis sempena ulangtahun kelahirannya yang ke - 17..
eh bukan... yang ke-50....eh bukan juga....takpelah, tu kita tanya Izzue nanti ye...

Izzue pernah berkata, 20 yang mendaftar awal untuk pakej Hong Kong Disneyland Macau bersama Izzue akan berpeluang makan malam bersamanya di satu majlis istimewa...

Berikut adalah 20 nama yang akan ke majlis:
- SMS
- KAM
- SNAM
- SMB
- DA
- Dr Md Yuzaidy
- Dr Maizatul
- Ely
- Azaliya
- Laily
- Nadhirah Mohd Nasir
- Siti Aisyah Rosman
- Azariah Khalif
- Norhazriza Ghazally
- Nurul Ain Bahri
- Norain Zainal
- Nur Alia Safina
- Muhamad Qais Aryan
- Muhamad Qaiyum
- Kak Nora

Buat 20 orang di atas, Izzue akan menghantar kad melalui email atau pos...diharap anda membaca maklumat di kad tersebut....

OK...berita baik untuk mereka yang belum mendaftar tetapi masih berminat dan mahu menghadiri makan malam bersama Izzue...

5 orang dari senarai nama tersebut tidak dapat menghadiri majlis makan malam tersebut kerana berada di luar negara....jadi tunggu apa lagi?!

Hubungi kami:
Fahd 013-246 6622
Shah 019-909 7431
Sopi 019-717 9980
Zulkifli 013-280 1321
Pejabat 03-8920 4090

Sedikit maklumat untuk majlis tersebut:
-ianya majlis tertutup
-dibuat pada 04 jun
-restoran mewah di kuala lumpur




Monday, May 13, 2013

PHOTOSHOOT - IZZUE ISLAM (GAMBAR)

Salam semua,
bulan lepas, Izzue Islam turun Bandar Baru Bangi untuk photoshoot....


 Nasi serai, ayam masak merah, gulai ikan, acar bijan. laksam, red velvet, mango crepe, popia basah, popia goreng, talam berlauk, siput sedut masak gulai lemak....

 Nak salam dengan Izzue pun malu....

 lihatlah betapa usahanya Izzue Islam (dan Awin juga!) 
dalam cubaan agar Khadeejah tidak malu-malu dengan mereka...

p/s: Izzue puji red velvet sedap....big thanks to Byfash...


Berminat untuk ke Hong Kong + Disneyland + Macau bersama Izzue Islam pada Disember ini?
Hubungi (sms/whatsapp) :
Muhamad - 019-310 7308
Fahd - 013-246 6622
Shah - 019-909 7431
Zulkifli - 013-280 1321
Zulhariza - 017-769 6199

Atau hubungi pejabat:
03-89204090 / 03-89124090

Saturday, May 11, 2013

ABU DHABI & DUBAI

Salam semua...
baru-baru ini, saya membuat inspection untuk satu group insentif yang akan ke Dubai...jadi, alang kepalang, saya buat inspection di Abu Dhabi juga untuk pakej "Keriangan Berterusan Di Abu Dhabi dan Dubai bersama bintang popular Zizan Raja Lawak & Johan As'ari" selama 6 hari 4 malam pada bulan November nanti...




 JW Marriott Marquis di Dubai


 Dubai Aquarium & Underwater Zoo di Dubai Mall




 Dubai Mall


Menyaksikan pertunjukan air terjun muzikal di Dubai Mall


 Dinner di atas bot..
terdapat kejadian ketika kami berada di atas bot, Dubai dilanda ribut pasir...
angin yang agak kuat memaksa bot untuk berhenti....
tidak lama kemudian tanah Dubai dibasahi hujan....
ye, hujan di Dubai...



 Dalam perjalanan ke Abu Dhabi yang mengambil masa lebih kurang 1-1 1/2 jam...
bergantung kepada cara pemanduan si pemandu...
maklumlah pemandu di Dubai, wow, boleh tahan bahaya juga...


 Kami melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi..
cuaca kurang baik kerana ribut pasir...






 Kami singgah di Emirates Palace...
menjejak kaki di sini terasa seperti memasuki sebuah istana...
sangat mewah....

buat pengetahuan anda, di atas kek tersebut ada saduran emas yang boleh dimakan...
sekecil itu berharga 45 dirham!

betapa kecilnya dunia, rupanya lelaki Jordan ini merupakan kenalan rakan saya 
semasa di saya menetap Syria...what a small world!


Heritage Village...


 Kemudian kami ke Yas Island....
kami merentasi dari Abu Dhabi ke Pulau Yas...


Di Crowne Plaza...
merasa masakan di restoran Crown Plaza hotel....
sangat sedap....pelbagai masakan Asia terdapat di sini...



 Kami singgah di Ferrari World....
memandangkan cuaca kurang baik, maka roller coaster ditutup....


 Lewat petang kami tiba semula di Dubai....


 Kami singgah sebentar di Dubai Marina....
pemandangan yang cantik....





Malam pula kami ke Atlantis...
tak banyak gambar yang diambil kerana bateri kamera lupa caj....


 Antara makanan manis di Dubai...



Wafi Mall...



Sebelum ke airport kami singgah di Jumeira Beach Resort untuk memeriksa restoran...
Ianya bertentangan dengan Burj Arab....
cantik pemandangannya...


Masakan Thai di restoran di Jumeira Beach Resort...
Nasi Pattaya, Rendang Daging, Tom Yam beserta nasi, dan Kuey Tiaw..
saya sukankan Kuey Tiaw kerana walaupun agak manis tapi ianya sedap!


Kami tidak berkesempatan untuk singgah di Burj Khalifa memandangkan inspection ini dibuat pada saat-saat akhir dan untuk menaiki level 124 di Burj Khalifa, ianya memerlukan tempahan sebulan sebelumnya...


P/s: Tandas awam di Abu Dhabi & Dubai bersih! Tiada bau...

Ingin maklumat lanjut tentang pakej Keriangan Berterusan Di Abu Dhabi dan Dubai bersama bintang popular Zizan Raja Lawak & Johan As'ari" selama 6 hari 4 malam pada bulan November??

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Muhamad - 019-310 7308
Fahd - 013-246 6622
Shah - 019-909 7431
Zulkifli - 013-280 1321
Zulhariza - 017- 769 6199
Saufi - 019-717 9980