Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Wednesday, March 30, 2011

WE ARE HIRING !!!

Kami sedang mencari staff yang berikut SEGERA:
- Berdikari
- Inisiatif sendiri
- Berdisiplin
- Kemahiran komunikasi
- Ingin memajukan diri dan syarikat
- Menjadi penyumbang kepada syarikat bukannya penumpang

Sila hantar resume anda ke:

Human Resource
Speed Travel & Tours
45B, Jalan 3/69,
Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

atau



" Kerja itu suatu ibadah "

Bacaan tambahan :

Mengapa Majikan perlukan pekerja?

  1. Melancarkan perjalan operasi organisasi.
  2. Mengurangkan beban kerja.
  3. Memaksimakan operasi organisasi.
Mengapa Pekerja perlukan majikan?
  1. Pendapatan untuk sara diri.
  2. Minat dalam sesuatu bidang.
  3. Pengalaman pekerjaan untuk memajukan diri.
Ciri Pekerja Pilihan Majikan.
  1. Menjalankan kerja yang diberikan secara amanah dan jujur.
  2. Disiplin yang tinggi.
  3. Rajin berusaha.
  4. Sihat dan cergas.
  5. Boleh dipercayai dan setia.
Ciri Majikan Pilihan Pekerja.
  1. Tidak kedekut, cerewet.
  2. Memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pekerja.
  3. Imbuhan yang tinggi.
  4. Kerja yang mudah dan ringan.
Sebagai majikan, kadang-kadang sukar untuk kita buat keputusan. Terutamanya dalam mengambil tindakan terhadap pekerja yang ada lebih banyak memeningkan kepla berbanding memudahkan segala urusan.
Pekerja adakalanya lebih suka buat keputusan sendiri yang memberi kecacatan terhadap prestasi dan rekod disiplin seperti datang lambat, tipu masa kerja dan sebagainya. Bagai mana pula dengan pekerja yang hanya memikirkan bonus tanpa melihat diri sendiri sama layak atau tidak untuk diberikan bonus. Pekerja juga senang demand kenaikan gaji yang tinggi dengan alasan seniority, tapi mereka tidak sama sekali cermin diri adakah mereka layak mendapat kenaikan gaji.
Bagai mana majikan nak berikan bonus dan kenaikan gaji sekiranya pekerja yang ada gagal mempamerkan disiplin yang tinggi, sifat keboleh kepercayaan yang rendah dan sering ponteng walaupun kerja yang diberikan senang serta tidak efisyen dalam melaksanakan kerja.
Perlukah majikan menyimpan pekerja sebegini?

Kredit :   
http://jiwakacau.net/blog/?p=1192



Mengukuh Amalan Integriti Dalam Perkerjaan
( Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2006 )



اَلْحَمْدُ للهِ الْقَائِل فِى كِتَابِهِ الْعَزِيْزِ: مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ولَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِاَحْسَنِ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ. أَشْهَدُ اَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الَّذِيْ بَيَّنَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الأَمَانَةَ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمًّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَزْوَاجِهِ وَأَصْحَابِهِ وَذُرِّيَّتِهِ الطَّاهِرِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوْا الله، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.



Marilah kita gunakan kesempatan pada hari ini untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangannya . Mudah-mudahan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat .

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN
Sesungguhnya matlamat utama Allah s.w.t mencipta manusia hidup di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada-Nya,  di samping diberi tanggungjawab dan amanah untuk memakmurkan bumi ini mengikut acuan dan panduan yang telah ditetapkan . Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mendapat apa-apa faedah atau keuntungan daripada apa yang dilakukan oleh manusia melainkan semua amalan tersebut kembali untuk diri mereka sendiri .


Perkara ini Jelas dinyatakan didalam Al-Quran surah al-Zhariyat ayat : 56 - 58

Maksud : " dan ( ingatlah ) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu, Aku tidak sekali-sekali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesunggunhya Allah dialah sahaja yang memberi rezeki ( kepada sekalian makhluk-nya dan dialah sahaja ) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya . "

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH
Sesungguhnya agama Islam menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan kesejahteraan kualiti diri, keluarga, masyarakat dan negara . Islam melarang dan memandang reandah kepada orang yang malas bekerja dan hanya bergantung nasib kepada pertolongan orang lain .

Oleh itu, marilah  kita sama-sama bermuhasabah diri menilai kerja-kerja yang telah kita lakukan selama ini . Adakah kerja yang kita lakukan itu bertepatan dengan kehendak ajaran Islam dan dikira sebagai amal ibadah serta amal Saleh di sisi Allah s.w.t., Sesungguhnya amat malang dan rugi sekali sekiranya apa yang kita lakukan selama ini tidak mendapat apa-apa balasan dari Allah s.w.t..

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Dalam Islam ibadah tidak hanya terbatas kepada sembahyang, berzikir dan bertasbih sahaja, dimana semua pekerjaan baik yang dilakukan oleh manusia  dengan hati yang ikhlas dan tidak bercanggah dengan prinsip ajaran Islam, ia adalah satu tuntutan dan dikira sebagai ibadah serta mendapat pahala .

Kerana itu, Islam sangat menitikberatkan unsur kecemerlangan dan kualiti dalam sesuatu pekerjaan. Pekerja yang cemerlang merupakan aset yang bernilai dan membawa imej yang baik kepada sesebuah organisasi . Antara ciri-ciri pekerja yang cemerlang ialah rajin, tekun, berdisiplin, amanah  sabar , penyayang, bertanggungjawab, dan sebagainya . bukanlah dikatakan pekerja yang cemerlang sekiranya melakukan tugas secara sambil lewa, cuai, tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan dan sebagainya . Lebih-lebih lagi mereka yang bersikap suka membuang masa, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, tidak menyimpan rahsia, pecah amanah, melakukan rasuah dan sebagainya . Ini semua melambangkan sikap pekerja yang tidak  berintegriti  dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan

Sehubungan itu, mimbar Jumaat hari ini ingin mengupas tentang perlunya mengukuhkan amalan integriti dan nilai-nilai murni dalam pekerjaan sepanjang masa . Dimana setiap pekerja perlu menangkis gejala-gejala negatif dalam pekerjaan baik dalam sector kerajaan mahupun sektor swasta .
Sekiranya seseorang itu mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada-nya sedangkan ia menerima ganjaran ( upah ) seperti orang lain, ini bermakna beliau mendapat sumber pendapatan dari kegiatan tidak halal dan sengaja mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Sabda Baginda ( s.a.w.)


" كُلُّ لَحْمٍ نَّبَتَ مِنْ حَرَامٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ "


Yang bermaksud : " Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah tempatnya " .
 ( Rawahu Al-Tirmizi )

 
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Pekerja Islam adalah pekerja yang saling bantu membantu dan tolong menolong antara satu sama lain dalam erti kata bekerja sebagai satu pasukan ( Team Work ) dan bersaing dalam suasana yang dibenarkan oleh syara . Islam melarang sama sekali sikap suka memburuk-buruk atau menjatuhkan sesama sendiri bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu atau mempunyai sifat dengki, iri hati , tamak, khianat, rasuah dan sebagainya . Sifat ini sekiranya tidak dibendung, ianya boleh diibaratkan sebagai duri dalam daging dan akhirnya akan merugikan majikan dan diri sendiri, bahkan anak-anak dan keluarga juga turutmerasainya.

Cuba kita perhatikan suasana ditempat kerja kita seharian, telah mula ujud dan terdapat segelintir pekerja yang hanya bekerja dengan mementingkan diri sendiri dan mengaibaikan nilai-nilai murni dalam pekerjaan mereka, akhirnya menyusahkan orang lain akibat dari sikap tersebut . Dan yang paling ditakuti sikap seumpama ini, sesetengahnya diikuti oleh orang lain dan ianya menjadi seakan-akan satu budaya dalam pekerjaan .

Tidak ketinggalan juga, terdapat segelintir pekerja disektor swasta atau bekerja sendiri atau pengusaha yang terlalu mementing diri sendiri dan keuntungan semata-mata tanpa sedikit pun ada perasaan prihatin atau mahu membantu orang lain dan menunaikan tanggungjawab sosial. Sebagai contoh dalam suasana kita mengahadapi kenaikan harga bahan baker, pihak kerajaan telah meminta kepada semua pengusaha pengusaha dan  Peniaga-peniaga agar tidak menaikkan harga barangan atau apa-apa bayaran perkhidmatan tambahan dengan sewenangnya. Tetapi sebaliknya didapati ada yang melanggar permintaan tersebut . Perbuatan ini boleh diumpamakan sebagai menanguk diair keruh, menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri disebabkan dorong perasaan tamak dan ingin cepat kaya .

Sikap seumpama ini, bukan sahaja merugikan pada diri sendiri tetapi kepada semua, lebih-lebih lagi pada negara . Oleh itu, bersempena Menyambut hari pekerja pada 1 MEI 2006 yang akan datang marilah sama-sama kita berusaha untukmengutamakan  integriti dalam melaksanakan tugas seharian dengan bekerja penuh rasa tanggungjawab dan amanah, di samping menjauhkan diri kita dari sifat-sifat yang negatif seperti :-

  1. Suka menyalahkan orang lain dan beranggapan kitalah sahaja yang betul dalam semua keadaan .
  2. Menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja persendirian
  3. Melakukan pembaziran dan berbual-bual kosong sesama rakan sekerja .
  4. Suka menonjolkan diri, berbanding sumbangan yang diberikan terlalu kecil . ini akan melahirkan kesan yang lebih borok lagi iaitu berlakunya permusuhan dan fitnah .


HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN
Apa yang penting tujuan dan matlamat bagi setiap pekerjaan adalah untuk mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah s.w.t. dengan demikian akan wujudlah nilai keberkatan yang sebenar dalam setiap amalan dan pekerjaan  yang kita lakukan seharian . Maka kita perlulah sentiasa memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan menurut tuntutan syara’ seperti:-
  1. Niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredaan dari Allah s.w.t. di samping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal soleh .
  2. Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan daya cipta dan  kreativiti  yang berkualiti kepada organisasi dan pelanggan .
  3. Bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan terutama dalam soal mengelak berlakunya pembaziran .
  4. Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap sabar setiap masa dan bertawakal serta berdoa kepada Allah s.w.t. bagi menjamin hasil yang sempurna dan berkualiti .

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم :





Maksudnya : " ٍSesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan ia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya  kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan " .



بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Kredit : Penulis/Hak milik asal penulisan ini

No comments:

Post a Comment