Ust Aysraf (Imam Muda) ketika di sidang akhbar kami baru-baru ini. |
JOM KE UZBEKISTAN BERSAMA KAMI PADA BULAN JUN 2011 !
8 HARI 7 MALAM
Dengan Pengisian Khas dari Juara Imam Muda &
Kenali diri & ketahuilah Aspirasi beliau dengan lebih dekat...........................
DAY 01 & 02: KLIA/TASHKENT/BUKHARA [MM] 11/6 & 12/6/2011
Berkumpul di KLIA jam 06.00 petang pada 11-06-2011 bagi urusan pendaftaran masuk menaiki pesawat Uzbekistan HY 552 penerbangan ke Tashkent jam 8.55 malam. Ketibaan di Lapangan Terbang Tashkent dan menyambut perjalanan ke Bukhara. Lawatan di Bukhara termasuklah; kompleks Labi Havuz, madrassah Nadir Divan Begi, Chanaka, kompleks Boloo Hauz, Masjid Magoki Attari dan Madresse Kulkedash (kurun ke 14), Emir Alim Khan Madrassa, dan Ulubeg.
HARI 03: BUKHARA [SP/MT/MM] 13/6/2011
Selepas sarapan pagi, kita akan melawat kota kubu kuno Ark, mausoleum Ismail Samaniy dan Chasma-I-Ayub, Madrasah Abdul Aziz & Chor Minor Mouseleum, kemudian lawatan ke “country site of Bukhara”, menziarahi makam Sheikh Baha al-Din al-Naqshbandi (Ahli Sufi Pengasas Tariqat Al-Naqshbandiah), menziarahi Masjid Abdul Aziz Faiz Khan dan Masjid Muzaffar Khan. kompleks senibina Poi-Kalyan termasuk; Menara Kalyan, ziarah khas ke Madrasah Mir Arab yang dibuka seawal kurun ke 16 dan menjadi pusat pengajian yang mengeluarkan ribuan Ilmuan Islam – sessi pertemuan dengan alik-ulama dan para pelajar & acara khas di Masjid Kaylan.
HARI 04: BUKHARA/GIJDUVAN/SAMARKAND [SP/MT/MM] 14/6/2011
Selepas sarapan, pengembaraan anda diteruskan ke Samarkand. Dalam perjalanan, lawatan termasuk ke Gijduvan Ceramic Masters, makan tengahari, menziarahi Makam dan Masjid Imam Al-Bukhari pengarang kitab hadis Sahih Al-Bukhari. Solat Maghrib di Masjid Imam Al-Bukhari & acara khas pengkisahan tentang Imam Al-Bukhari & Kitab Hadis Sahih Al-Bukhari.
HARI 05: SAMARKAND [SP/MT/MM] 15/6/2011
Selepas sarapan pagi, lawatan di kota Samarkand, lawatan anda termasuk ke kompleks Senibina Registan, madrasah Ulugbek, menziarahi Makam Muhammad Abu Mansur al-Maturidi (pengasas kaedah ilmu akidah dan Tauhid di bawah mazhab Al-Matarudiah dari kalangan mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah) & pengkisahan tentang sumbangan Sheikh terhadap perkembangan agama Islam, Madrasah Sher-dor, Tillya-Kari, historical museum, mausoleum Guri-Emir (di mana Komander Amir Temur dikebumikan), Ulubeg Observatory, masjid Bibi Khanum, kawasan perkebumian kuno Shakhi-Zinda yang terletak berhampiran “Siab” yang merupakan bazaar Oriental antara yang terbezar di Asia Tengah, makan tengahari. Membeli belah di Samarkand Market yang banyak menjual buah-buahan segar & kering serta berbagai-bagai jenis kekacang, hotel, Makan malam, hotel dan acara bebas. Nota: Pada hari ini, anda berpeluang sekali lagi menziarahi masjid dan makam Imam Al-Bukhari. SAMARKAND: Bandar kedua terbesar di Uzbekistan; seusia dengan Babylon, Athens dan Rom – lebih dari 2500 tahun. Manuskrip Arab kuno merujuk Samarkand sebagai “Gem of the East”.
HARI 06: SAMARKAND/TASHKENT [SP/MT/MM] 16/6/2011
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Tashkent. Sampai di Tashkent, lawatan ke Alisher Navai Opera Theatre Square, The Palace of People’s friendship, Navai Park, Amir Temur Square, ziarah ke Al-Bukhari Muslim Institute & acara bebas membeli-belah, sebagainya..
HARI 07: TASHKENT [SP/MT/MM] 17/6/2011
Selepas sarapan pagi, lawatan sekitar bandar Tashkent termasuk menziarahi Mufti Besar Uzbekistan Sheikh Muhammad Al-Sadiq Muhammad, ke Tashkent Metro (stesyen keretapi bawah tanah yang telah dibina oleh kerajaan Soviet Union), Broadway, Museum of History of Uzbekistan dan Museum of Applied Arts, Abdul Kasim Medresse, Old-Town dan Kukuedash Medresse. Anda juga akan melawat Komplek Al-Quran Imam Khasti (di mana terdapat naskah Al-Quran yang berusia 644-656 tahun tersimpan-mashaf Rasm Usmani yang terawal, mushaf inilah yang sedang dibaca oleh Saidina Usaman bin Al-Affan ketika beliau dibunuh, kesan darah beliau masih kelihatan di atas mushaf ini), Barak-Khan Medresse, masjid solat Jumaat Tilla Sheikh (Djumma Mosque).
TASKHENT: Adalah ibukota Uzbekistan yang merupakan bandar terbesar di Asia Tengah.
HARI 08: TASHKENT/KLIA [SP] 18/6/2011
Selepas sarapan pagi bertolak ke lapangan Tashkent untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Sampai KLIA jam 9.15 pagi waktu Malaysia.
(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tgh Hari, MM: Makan Malam)
DEWASA/BILEK BERKONGSI/BERDUA | DEWASA BILEK SEORANG | KANAK-KANAK 3-11 TAHUN BERKATIL |
RM 5880 SEORANG | RM 6248 | RM 5435 |
HARGA TERMASUK:
▪HARGA TIKET PULANG BALIK KELAS EKONOMI DENGAN PESAWAT UZBEKISTAN AIRWAYS & CUKAI LAPANGAN TERBANG
▪TIKET PENERBANGAN DOMESTIK TASHKENT-BUKHARA [SEHALA] & CUKAI LAPANGAN TERBANG
▪ 06 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL PILIHAN 4* DENGAN SARAPAN PAGI.
▪ SEMUA PENGANGKUTAN YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM.& ▪ MAKAN TENGAHARI DAN MALAM SBG DALAM PROGRAM.
▪ SEMUA BAYARAN MASUK KE TEMPAT LAWATAN & YURAN VISA, CENDERAHATI & BEG KEMBARA.
▪ TIP KEPADA PEMANDU PELANCUNG DAN BAS
HARGA TIDAK TERMASUK:
▪PERBELANJAAN PERSENDIRIAN.
▪ LEBIHAN BAGASI/DOBI DLL.
▪ BAYARAN FOTOGRAFI DI TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
▪ TIP PENGANGKAT BARANG DI HOTEL, TIP PENGANGKAT BARANG DI LAPANGAN TERBANG.
FLIGHT DETAILS:
11 JUN 2011 KUL/TAS 2055/0150 HY 552
12 JUN 2011 TAS/BUK 0730/0840 HY 1337
18 JUN 2011 TAS/KUL 0730/0915 HY 551
NOTA:
HARGA, ATURCARA DAN TARIKH PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.
No comments:
Post a Comment