11 Oct - 18 Oct 2010 / 7 hari 6 malam
Hari 01 (11 Okt) : Kuala Lumpur – Tehran
Berkumpul di KLIA 3 jam (8.10 pagi) sebelum waktu pelepasan ke Tehran untuk tujuan mendaftar masuk penerbangan ke Tehran jam 11.10 pagi pada 11 Okt. Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tehran pada jam 3.40 petang waktu tempatan, anda akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa ke hotel, mendaftar masuk hotel. Kemudian anda akan dibawa melawat Tehran Old Bazaar. Anda bebas untuk membeli-belah, kemudian makan malam di restauran tempatan dan acara bebas sebelah malam.
Hari 02 (12 Okt) : Lawatan Tehran
Selepas bersarapan pagi, anda akan dibawa bersiar-siar menikmati keindahan Bandar Tehran, lawatan termasuklah ke Sa’ad Abad Palace. Kemudian melawat Victory Monument, Niavaran Palace, Traditional Tajrish Bazaar untuk membeli-belah. Lawatan ke Muzium Permaidani Iran (yang terkenal dengan kecantikan dan ketinggian seninya) dan Muzium Kebangsaan Iran. Jewelry Museum (bergantung pada hari ianya dibuka). Pada sebelah petang, mengunjungi Ayatolah Khomeini’s House, Imam Zadeh Saleh di Utara Tehran. Makan malam di restauran tempatan. Bermalam di Tehran.
Hari 03 (13 Okt) : Tehran – Shiraz
Daftar keluar hotel awal pagi untuk penerbangan domestik ke Shiraz pada jam 07.10 pagi waktu tempatan. Anda akan dijangka tiba di Shiraz jam 08.35 pagi waktu tempatan. Selepas mendaftar masuk hotel, anda akan dibawa melawat di Kota Kuno Persepolis (yang diasaskan oleh Darius 1 Tahun 518 Masehi), ke Naghshe Rostam, Naghshe Rajab dan Afif-abad Garden serta Eran Garden. Kemudian makan tengah hari. Anda akan dibawa melawat Sadi Mausoleum dan Pasargadae, masa untuk anda membeli-belah.
Hari 04 (14 Okt) : Shiraz – Isfahan
Selepas bersarapan, anda akan mengunjungi Hamzeh Mirror Temple, melawat Kompleks dan Bazaar Vakil. Anda berpeluang membeli-belah. Selepas makan tengah hari, mengunjungi Vakil Rose Mosque. Menyaksikan Shahe Cheragh dari luar, Quran Gate dan Old Karim Khan Citadel. Makan malam sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan domestik ke Isfahan pada jam 9.25 malam waktu tempatan. Tiba di Isfahan pada pukul 10.40 malam waktu tempatan. Setibanya di Isfahan, mendaftar masuk ke hotel, makan malam dan berehat.
Hari 05 (15 Okt) : Isfahan
Selepas bersarapan, anda akan dibawa melawat kota Isfahan, lawatan termasuklah ke; Chehel Sotoun Palace, Naghshe Jahan Square (medan Al-Imam) dan Imam Plaza, Masjid Imam Sheikh Lotfollah, Aliqapu Palace, membeli-belah di bazaar Perak dan Emas. Makan tengah hari, kemudian anda akan mengunjungi Jame Mosque, menyaksikan keindahan jambatan-jambatan Khadju dan Sioesepoul. Jambatan lama Shahrestan. Melawat Friday Mosque dan Vank Cathedral. Makan malam dan acara bebas.
Hari 06 (16 Okt) : Isfahan – Kashan – Abyaneh – Tehran
Selepas bersarapan, bertolak ke Tehran dengan bas, perjalanan melalui Bandar Kashan dan Qom. Anda akan berpeluang melawat Finn Garden di Kashan serta perkampungan Abyaneh. Di Qom, anda akan dibawa melawat makan. Setibanya di Tehran, mendaftar masuk hotel. Makan malam di restauran tempatan dan acara bebas.
Hari 07 (17 Okt) : Tehran – Kuala Lumpur
Selepas bersarapan,lawatan ke Shah Palace dan White Palace, Viavaran Palace dan akhiri lawatan dengan mengunjungi Azadi Monument. Makan malam, bersiap-siap dan bertolak ke Lapangan Terbang antarabangsa Tehran untuk penerbangan balik pada pukul 8.10 malam waktu tempatan.
Hari 08 (18 Okt) : KLIA
Selamat sampai ke KLIA pada jam 7.25 pagi. Insyaallah.
Untuk lebih lanjut boleh layari website kami :
http://safirgotravel.com/
Atau hubungi kami di :
03-8920 4090
En Ruslan, salah seorang staff kami menghantar (check-in) Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Mohd Ismail Bin Merican bersama rakan-rakannya ke Iran pada Mei 2010. Terima kasih. |
No comments:
Post a Comment