SAFIR-GO-TRAVEL ZIARAH PROGRAM
SYRIA/JORDAN/JERICHO/BETHLEHAM/JERUSALEM/AL-AQSA -GERBANG KEMBARA ROHANI ANDA.
Damsyik, Zabadani, Homs , Hama , Crack Des Chavelier, Deir Marr Jirjis/Wadi Nasara/ Nawa & Bosra, Amman , Petra , Laut Mati, Jericho ,Bethlehm, Jerusalem & Al-Aqsa
10 HARI 09 MALAM
Tarikh-tarikh Penerbangan: 18-27 Oct 2010, 25 Nov- 4 Dis 2010, 24-2 Jan 2010
ATURCARA:
HARI 01: KUALA LUMPUR/DOHA/DAMSYIK [MM]
Peserta diminta berada di KLIA pada jam 11 MALAM (18 OCT 2010) untuk urusan pendaftaran penerbangan ke Damsyik melalui Doha. Ketibaan di Damsyik jam 3.45 petang, anda akan disambut oleh wakil kami. Mendaftar masuk hotel, makan malam dan rehat.
HARI 02: DAMSYIK/ZABADANI/QASIYUN/DAMSYIK [SP/MT/MM]
Selepas sarapan ziarah ke makam Habil (putera Nabi Adam as yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil lalu menjadi kes pembunuhan pertama di dunia) di banjaran gunung Qalamun/Anti Lebanon 45 km utara Damsyik , ke gunung Qosiyun dipercayai menjadi lokasi peristiwa pembunuhan Habil (nikmati keindahan bandar Damsyik dari atas gunung ini). Lawatan di Damsyik “New Town” termasuk: Muzium Kebangsaan, Tuqqaiyeh Suleimanieh (contoh senibina Usmaniah dibina oleh Sultan Suleiman Al-Qanouni 1554M arkitek Sinan yg turut mereka Istanbul Blue Mosque - ziarah Masjid Sultan Abdul Hamid, bazaar kraftangan dan seni Syria). Ziarah di Bab As-Saghir; makam isteri-isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihe wasallam; Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Hafsah r.anhunna, Bilal bin Ar-Rabah sahabat & juruazan Rasulullah, Mu’awiyyah ra- jurutulis wahyu dan para syuhada’ Karbala. Damascus Citadel, Masjid Umawi “architectural wonder” /dibina oleh Al-Walid ibn Abd Malek 705-715M (ziarah Nabi Yahya ‘as, menara Isa lokasi turunnya Nabi Isa ‘as di akhir zaman, mimbar empat mazhab, baitulmal, mashad Imam Husin radhiallahu anhu dll), Makam Salahuddin Al-Ayobi (pejuang yang telah membebaskan bumi Arab dari kekejaman tentera Salib), solat dan makan tengahari. Bazaar Al-Hamidiah (antara bazaar termahsyur & menarik di dunia), Madhat Pasha dan Souq At-Thawil – masa bebas membeli belah. Makan malam. Hotel. Acara bebas.
HARI 03: DAMSYIK/CRACK DES CHAVELIER/ DEIR MAR JIRJIS /WADI AN-NASARA/HOMS/HAMA/DAMSYIK [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Crack Des Chavelier castle (Crusaders/Tentera Salib Castle kurun ke 12, yg terakhir di bumi Arab ditawan Sultan Mamluk Zaher Al-Byber 1271M) lalu bumi Anbiya ini menjadi hakmilik mutlak umat Islam, 750 meter dari paras laut mengungguli pemandangan Lembah Homs yg subur dan pelabuhan Tripoli (Lubnan) boleh dilihat pd cuaca cerah dari atas kota ini. Melawat DEIR MAR JIRJIS (St-George Monastery) di Wadi An-Nasara untuk menatap manuskrip yang ditulis oleh Saidina Umar Al-Khattab ra mengenai perhubungan antara kaum muslimin & kristian di Baitulmaqdis. Makan tengahari. Solat. Ke Homs Bandar ketiga terbesar di Syria untuk melawati Masjid sahabat Khalid Al-Walid beserta makam beliau, makam anaknya Abdul Rahman dan sahabat Nabi Ubaidullah bin Umar bin Al-Khattab ranhum, meneruskan perjalanan ke Hama Bandar keempat terbesar di Syria, lawatan termasuk ke kincir air dan masjid Al-Kabir & Masjid Abu Fidak. Kembali ke Damsyik, mendaftar masuk hotel, makan malam dan rehat.
HARI 04: DAMSYIK [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi masa bebas untuk membeli belah. Atau acara pilihan ke Lubnan:-
ACARA PILIHAN KE LUBNAN (KOS TAMBAHAN: RM 300 SEORANG):-
DAMSYIK/JEITTA/BEIRUT/DAMSYIK [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Sempadan Syria/Lubnan. Selesai urusan imigresen lawatan ke Jeitta Grottoes (gua bawah tanah terindah di dunia, terbahagi lepada dua bahagian; Upper Gallery yang boleh diterokai dengan menaiki kereta kabel ; stalaktit dan stalaqmit yang berwarna warni disimbah cahaya lampu lindah beraneka warna di Upper Gallery dan anda berpeluang menyusuri Dog River di bahagian bawah gua ini – Lower Gallery – dengan bot yang disediakan).Acara pilihan menaiki kerata kabel di Jouneih bagi melihat keindahan kota Beirut dari puncak tertinggi kota ini. Masa bebas di Solidaire untuk membeli belah dan Pigeon Rock di tebing laut (water front) Beirut. Kembali ke Damsyik
HARI 05: DAMSYIK/NAWA/SHEIKH SA’AD/BOSRA/AMMAN [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, ziarah diteruskan di makam Imam An-Nawawi (pengarang kitab Riyadhussolihin) di Nawa, Makam Nabi Ayub as di Sheikh Saad dan ke kota kuno Bosra (kota Arab Anbat -Nabatean 2000 sebelum masehi), lawatan di kota kuno ini termasuklah the Roman Amphitheatre (boleh memuatkan 15000 penonton dalam satu masa), masjid Al-Umari (masjid yang pertama dibina di Syria di zaman Khalifah Umar Al-Khattab ra), solat, melawat Buheira Cathedral yg sebagai lokasi pertemuan Rasulullah sallallahu ‘alaihe wasallam dengan Buheira paderi nosterian Kristian (yang memberitahu tentang alamat kenabian pada diri baginda) sewaktu kedatangan Rasulullah ke bumi Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib di waktu umur baginda 12 tahun, Masjid Al-Mabrak Al-Naaqah (tempat unta yang pertama membawa mashaf Al-Quran yang pertama berhenti di Syria di zaman khalifah Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu), madrasah Imam Ar-Raazidan lain-lain tinggalan sejarah dalam kota zaman lampau yang mengkagumkan ini. Makan tengahari. Meneruskan perjalanan ke Amman, mendaftar masuk hotel, makan malam dan acara bebas.
HARI 06: AMMAN/KARAK/MU’TA/PETRA [SP/MT/MM]
Selepas sarapan, bertolak dari Amman untuk memulakan ziarah di Karak dengan melawat Saladin Castle yang telah ditawan oleh Salahuddin Al-Ayubi dari tentera Salib dengan menumpaskan Reynald de Chatilion dan King Guy of Jerusalem. Reynald de Chatilion telah ditawan dan merupakan satu-satunya Raja Tentera Salib yang telah dihukum pancung oleh Salahuddin Al-Ayubi (justeru perbuatannya yang banyak membunuh ramai jemaah haji yang melalui kawasan Karak & pengkhianatan beliau terhadap perjanjian damai yang telah dibuat oleh King Baldwin II dengan Salahuddin), ke Mu’tah bagi menziarahi medan pertempuran peperangan Mu’tah (peperangan terpenting dalam zaman Nabi Muhammad saw, dalam tahun 692 Masehi, antara para sahabat r.anhum dan tentera Bizantine (Rom Timur) & Ghassanid, menziarahi masjid Jaafar bin Abi Talib dan makam para sahabat yang gugur dalam peperangan Mu’tah: Zaid bin Harithah ra, Abdullah bin Rawahah ra dan Jaafar bin Abi Talib ra. Meneruskan perjalanan ke Petra, sampai Petra mendaftar masuk hotel, lawatan di dalam kota Petra yang menjadi salah satu dari 8 benda ajaib di dunia, dibina oleh Arab Nabatean, melalui The Jinn Block, perjalanan melalui gaung (the Sig) setinggi 70 meter, berpenghujung di Al-Khezneh (Treasury), The Amphitheatre, Colonnaded Street dll. Makan malam dan bermalam di Petra.
HARI 07: PETRA/JERICHO/JERUSALEM [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi bertolak ke Jerusalem melalui Allenby, terus ke Jericho ziarah tempat yang dipercayai pernah menjadi persinggahan Nabi Musa as (kini merupakan sebuah masjid), sampai di Jerusalem – menziarahi makam sahabat Nabi saw di tanah perkuburan Bab Ar-Rahmah atau Bab Al-Asbadh; sahabat unggul & perawi hadis Shaddad bin Aus Al-Bukhari Al-Ansari ra, menyertai Bai’ah A-Aqaba’, lahir di Madinah dan meninggal di BaitulMaqdis 58 Hijrah di usia 75 thn. Rasulullah saw bersabda mengenai beliau maksudnya: ”Shaddad adalah dikalangan orang yang dikurniakan Allah swt dengan ilmu dan kelembutan/Al-Hilm.” dan makam sahabat Ubadah bin As-Somit Al-Khazraji Al-Ansari ra, qadhi Islam yang pertama di BaitulMaqdis, meninggal di Ramlah pd thn 34 Hijrah di usia 72 thn, juga merupakan seorang perawi Hadis Rasulullah saw. Menziarahi Al-Haram Al-Sharif yang terdiri dari Dome of the Rock (Qubbah Al-Sakhra’- (batu tergantung yang mahsyur kisahnya dalam peristiwa Mikraj Nabi saw), masjid Al-Aqsa dan Masjid Umar), melawat ”The Wailing Wall” (tempat ibadat orang Yahudi- saksikan sendiri bagaimana mereka beribadat di sini), hotel, makan malam dan rehat. (JERICHO – terletak berhampiran Sungai Jordan di Tebing Barat Palestin, kedudukannya di bawah paras laut 16 km ke utara Laut Mati, ia merupakan lokasi terendah di dunia yang berkekalan dihuni manusia)
HARI 08: JERUSALEM/HEBRON/BETHLEHEM/JERUSALEM [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi ziarah bertolak ke Hebron bagi menziarahi masjid Khalilulrahman Nabi Ibrahim as dan makam beliau, makam Nabi Ishak dan isterinya Rifqah, ke Bethlehem tempat yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as (terletak dalam Gereja Nativity), menziarahi Old City of Jerusalem (Muslim Quarter) sekali lagi anda berpeluang menziarahi Al-Haram Al-Sharif untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa, Dome of the Rock, (kisah batu yang tergantung kerana cuba mengikuti Rasulullah saw dalam peristiwa Israk & Mikraj, Masjid Al-Buraq. Dom Nabi Musa, Dom Nabi Khidir, Dom Mikraj, Dom Nabi Sulaiman, Dom Nabi Yusof dan lain-lain tempat suci di sekitarnya. Menziarahi Masjid Umar, hotel, makan malam dan rehat.
HARI 09: JERUSALEM/JABAL ZAITON/JABAL SAHIOUN /JERUSALEM /LAUT MATI/AMMAN [BF/L/D]
Selepas sarapan pagi menziarahi masjid lama Al-Aqsa, melihat tempat di mana Nabi Saw menambatkan Buraqnya dalam peristiwa Mikraj, kemudian ke gunung Zaiton (Mount of Olive) di sini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Dome of the Rock, menziarahi makam Sahabat Nabi saw Salman Al-farisi dan wali Allah Rabi’atul Adawiyyah dan gunung Sahioun bagi melawat Synagogue yang terdapat di dalamnya apa yang dipercayai sebagai Makam Nabi Daud as, makan tengahari dan meneruskan perjalanan pulang ke Amman melalui Laut Mati, masa bebas mendaftar masuk hotel, makan malam dan rehat.
HARI 10: AMMAN/JERASH/QUEEN ALIA APT/DOHA/KLIA [SP/MT]
Selepas sarapan pagi menziarahi gua Ashabul Kahfi (Ar_Raqim di sinilah dipercayai gua yang menjadi tempat persembunyian tujuh pemuda yang beriman kepada Allah swt demi menyelamatkan iman mereka dari pemerintah Trojan yang zalim. Dengan kebesaran Allah swt mereka telah ditidurkan di dalam gua ini selama 309 tahun), Amman Citadle, menziarahi masjid Al-Hussaini (Masjid yang mempunyai stail rekaan zaman Umaiyyah ini telah dibina semula dalam tahun 1924 oleh pengasas kerajaan beraja Jordan; Raja Abdullah bin Al-Husseini. Masjid ini telah dibina di tapak asal masjid lama yang telah dibina oleh khalifah Ar-Rasyidin ke 2 sahabat Nabi saw Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu dalam tahun 640 masehi) & Balad (Old Amman), melawat Jerash (destinasi pelancongan kedua popular di Jordan selepas Petra, kota kuno Jerash/Gerasa berusia 6500 thn, ditawan oleh Pompey dalam thn 63 sm terus berada di bawah empayar Rom & merupakan salah satu dari sepuloh Decopolis Empayar Rom), makan tengahari dan terus ke lapangan.
HARI 11: KLIA
Selamat sampai di KLIA jam 12 tengahari insya-Allah
HARGA PER PAX DI DBL/BILEK BERKONGSI DAN BERSEORANGAN DI HOTEL 3*/4* [SYRIA & JORDAN STANDARD] DENGAN SARAPAN PAGI.
HARGA BILIK BERDUA/BERKONGSI | BILIK SEORANG | |
RM 8380 SEORANG | RM 8655 SEORANG | |
HARGA TERMASUK:
Ø TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK KELAS EKONOMI DENGAN QATAR AIRWAYS
Ø CUKAI LAPANGAN TERBANG RM 859
Ø SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG, PERPINDAHAN DARI L/TBG KE HTL VICE VERSA.
Ø SEMUA PENGANGKUTAN DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN BAS MODEN & BARU BERHAWA DINGIN.
Ø 09 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL 3* DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN SARAPAN PAGI.
Ø 09X MAKAN MALAM.
Ø 08X MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN TEMPATAN DI SEPANJANG PROGRAM
Ø BAYARAN MASUK KE TEMPAT-TEMPAT LAWATAN DI SYRIA DAN JORDAN SAHAJA
Ø BAYARAN MENUNGGANG KUDA DI PETRA
Ø PEMANDU PELANCONG PROFESSIONAL BERBAHASA INGGERIS/PEMBANTU GRUP BERBAHASA MELAYU DAN ARAB DI SYRIA SAHAJA
Ø GRUP VISA SYRIA/JORDAN/JERUSALEM
Ø PERKHIDMATAN TAMBAHAN SESUDAH TAMAT LAWATAN HINGGA JAM 12 MALAM.
Ø TIP RESTAURAN DAN PENGANGKAT BARANG
Ø CUKAI PELEPASAN DI SEMPADAN JORDAN (USD 8 SEORANG)
Ø CUKAI PELEPASAN DI SEMPADAN SYRIA (USD 12 PER PAX)
Ø CUKAI PELEPASAN DI SEMPADAN ISRAIL (USD 48 PER PAX)
Ø TIP PEMANDU KENDERAAN DAN PEMANDU PELANCONG
Ø MINERAL WATER SEWAKTU MAKAN
HARGA TIDAK TERMASUK:
Ø PERBELANJAAN PERSENDIRIAN
Ø SOFT DRINK/AIR PANAS ATAU SEJUK YANG DIPESAN SEWAKTU MAKAN.
FLIGHT DETAILS:
QR 623 18/10/ 2010 KUL/DOH 0255/ 0520
QR 438 18/10/2010 DOH/DAM 1245 /1540
QR 401 27/10/2010 AMM/DOH 1645 /1920
QR 624 28/10/2010 DOH/KUL 0220/ 1440
NOTA:
HARGA, ATURCARA DAN TARIKH PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
No comments:
Post a Comment