Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Monday, July 12, 2010

JAJAH DI MASJID AL-AQSA

Pada 5 April 2010, Jajah telah mengikuti rombongan Umrah & Ziarah (Jordan, Syria & Jerusalem) selama lebih kurang dua minggu.
Gambar-gambar di bawah adalah ketika Jajah menziarahi Al-Aqsa.





Ketika menunggu babah dan ahli rombongan yang lain solat maghrib jemaah di Masjid Al-Aqsa.
Tidak lama kemudian, Jajah didatangi beberapa kanak-kanak Palestin yang ingin bermain-main bersama Jajah.
Kanak-kanak perempuan pula memuji jubah ummi (Malaysian Made).

Selepas solat, kami semua pulang untuk makan malam di hotel dan tidur.

Keesokan paginya, kami menziarahi Al-Aqsa sekali lagi. Cuaca agak sejuk juga.
Kali ini, tour guide menceritakan pelbagai kisah dan sejarah serta melawat beberapa tempat sekitar situ seperti Dome Of The Rock, masjid lama Al-Aqsa dan sebagainya.
Kami juga sempat solat Zuhur berjemaah di masjid Al-Aqsa tetapi Jajah solat di Dome Of The Rock bersama ummi.







Di hadapan salah satu pintu Dome Of The Rock.


Di bawah Batu Tergantung (Israk Mikraj), Dome Of The Rock.




Berlatarbelakangkan Masjid Al-Aqsa. (Selepas solat Zuhur Jemaah)

No comments:

Post a Comment