Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Sunday, June 19, 2016

Sepasang kasut

Sepasang kasut ðŸ‘¢ðŸ‘ ðŸ‘¡ðŸ‘¢ðŸ‘ ðŸ‘¡ðŸ‘¢ðŸ‘ ðŸ‘¡

Saya ada sepasang kasut.
Semua orang akan ada kasut atau selipar yang disayangi.

Kasut saya tu koyak, saya tampal.
Kasut saya tu haus, saya baiki.
Kasut saya tu kotor, saya cuci.

Apa saja yang berlaku pada kasut tu saya akan usaha untuk pakai memandangkan ianya kasut saya.

Akhir-akhir ini kasut saya bukan setakat kotor, koyak tapi ada banyak paku dalam tapak kasut saya.
Sakit kan?
Tapi saya tak rasa sakit sangat sebab ada yang cuba memahami kenapa saya berjalan dalam keadaan sakit dan stoking penuh darah.

Dia bukan setakat cuba untuk membuang paku-paku tersebut, tetapi sanggup menukar sebelah kasut lagi dengan saya.
Sudah la tidak sama kerana saiz kaki saya agak kecil, tapi dia cuba sehingga dapat memakai sebelah kasut saya.

Bayangkan dia bukan setakat memahami saya yang berjalan dalam keadaan sakit tetapi, memberi saya kasut sebelahnya yang okay kepada saya, dia berasa sakit pada tapak kerana paku-paku dalam kasut saya, juga sakit pada hujung jari dan belakang kaki juga sakit kerana kasut saya yang ketat berbanding kasutnya.

Sekarang saya pula berasa bersalah kerana membiarkannya nampak saya berjalan dalam keadaan sakit kerana dia sudah rasa bagaimana rasanya memakai kasut saya.
Melihat saja sudah menyakitkan mata.

Nasihat saya, jika ada jumpa seorang seperti dia dalam hidup anda, bersyukur lah.
Doa yang baik-baik untuk orang macam ni.

"Blood makes you related, Loyalty makes you family"

Tag lah nama orang yang buat anda rasa macam ni (jika ada)

p/s:
Jom London Paris cuti sekolah hujung tahun ni.
Windsor Castle is a royal residence at Windsor in the English county of Berkshire. It is notable for its long association with the English and later British royal family and for its architecture.

#travel
#pakejmuslim
#windsorcastle
#muslimtour
#cutisekolah



No comments:

Post a Comment