"Allah SWT ciptakan untuk setiap manusia dua kehidupan tanpa mengira siapa dia, samada orang kampung atau orang bandar, penoreh getah atau seorang jurutera, doktor mahupun penjaja di kaki lama, presiden sebuah negara atau cuma seorang buruh kasar, berwang dan berharta mahupun papa kedana...atau siapapun dia - kehidupan dunia & kehidupan akhirat. Tidak terdapat perbezaan banyak antara dua kehidupan ini dari segi kehendak dan keinginan manusia di mana naluri untuk makan, minum, bersukaria, seksual, cintakan keindahan & kecantikan semuanya wujud di dalam kedua-dua kehidupan ini. Apa yang berbeza ialah yang satu itu sementara dan yang lagi satu pula kekal. Yang sementara ialah dunia manakala yang kekal adalah akhirat.
Di dalam kedua-dua kehidupan ini, Allah swt meletakkan kejayaan manusia hanya dalam mentaati perintah-perintahNya sebagaimana yang telah diperjelaskan dan dipertunjukkan cara pelaksanaannya oleh junjungan kita Rasulullah sallallahu alaihe wasalam. Dalam ertikata lain segala perintah Allah swt dan cara pelaksanaannya yang menepati apa yang telah dipertunjukkan dan diperjelaskan oleh Rasulullah sallallahu alaihe wasalam inilah yang dinamakan agama. Ringkasnya "Agama" atau "Ad-Deen" ialah 24 jam dalam kehidupan hariannya seorang hamba itu mestilah mentaati perintah-perintah Allah swt dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihe wasalam. Sekiranya semua itu berlaku dalam bentuk amali barulah ia dipanggil agama itu sebagai cara hidup atau "Way of Life".
Apa tanggungjawab kita sekarang?
- Mengetahui perintah-perintah Allah swt pada suatu masa dan suatu ketika yang kita diperintahkan mengerjakannya samada perintah ini berbentuk "surah" (Amr) atau "larang' (nahi)
- Mempelajari cara pelaksanaan perintah ini sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihe wasalam
Wabillahi taufiq wal hidayah.......bersambung lagi
Sumber gambar: sini
".........ini alam terbentang luas bagaikan sehelai kanvas berwarna warni......melatari sebuah pentas kehidupan yang manusia adalah para pelakonnya......skripnya telahpun ditetapkan oleh Maha Pencipta Ar-Rob Al-Jaleel .....kita cuma melengkapkan aksi di antara dua pilihan yang kita bebas menentukannya ..ia cuma tentang pilihan di mana akal adalah pemandunya dan Al-Quran & Sunnah Nabi adalah petunjuk "manual"nya........"
No comments:
Post a Comment