Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Monday, May 14, 2012

KISAH DI SEBALIK PAKEJ UMRAH ZIARAH Al-AQSA: TIGA MASJID UTAMA DALAM ISLAM

Salam semua
moga kita semua diberkati Allah SWT

begini kisahnya,
awal tahun baru-baru ini, saya ada menerima panggilan daripada beberapa clients saya yang regular. Clients saya kata mereka ada terlihat gambar mereka ketika di ziarah masjid al-aqsa (tetapi berlatarbelakangkan Dome of the Rock) di website travel agent lain.
Clients saya marah kerana mereka fikir saya menjual gambar mereka kepada pihak lain sedangkan saya tidak tahu menahu tentang hal ini.
Selepas diberikan alamat url oleh clients saya, maka saya dapati ada travel agent lain yang sudah menggunakan itinerary saya 'sebijik-bijik' termasuk gambar2, aturcara, dan lain-lain, boleh dikatakan hampir 98%, yang berbeza adalah person in charge atau nombor untuk dihubungi. 

Bayangkan bukan sahaja gambar clients saya sahaja ada di situ tetapi gambar saya sebagai tour leader/travel agent yang bukan dari syarikat seperti yang tertera di website tersebut turut ada di situ.
Dialong box (nota) pun ditiru bulat-bulat!

Sejurus selepas itu, saya menelefon pihak tersebut 'Hajah N' dan meminta dia mengeluarkannya, ya, selepas menelefon beberapa kali (selepas saya dapatkan khidmat nasihat peguam, malah peguam saya turut menelefon mereka), dia keluarkan, tetapi pada hari ini, 14 May, jam 6:38 PM, saya masih mendapati ianya masih di situ.

Saya sudah tidak tahu nak cakap apa. Inikah cara orang Islam berniaga?  Yang ingin diketengahkan di sini adalah hak pelanggan saya. Itu adalah gambar group pelanggan safirgotravel.com.
Bagaimana saya nak menjawab dengan pelanggan saya jika clients saya bertanya lagi?

Saya tahu sesiapa pun boleh kata "apa buktinya?"..Saya ada bukti, boleh lihat website saya, atau minta saja yang original daripada saya, atau untuk memudahkan cerita boleh jumpa saya sendiri, saya akan bentangkan buktinya.
Tapi jika si peniru beragama Islam, jawapan saya yang paling senang, Allah Maha Melihat & Allah Maha Mengetahui.

Moga Allah SWT memberi hidayah & petunjuk kepada anda, samada dalam bentuk musibah atau sebaliknya.





 copycat gambar A



 copycat gambar B


 copycat gambar C


 copycat gambar D


p.s: saya boleh sebutkan bulan & tahun bila gambar2 group di atas di ambil..



No comments:

Post a Comment