Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Tuesday, May 15, 2012

UMRAH (PAKEJ SYUKUR) - 09 MAC 2012
















Tour leader: En Zulkifli Abdullah
Kredit gambar: Hj Roslan

ISTANBUL, BOSNIA & CROATIA - 10 APRIL 2012

Bersama Kak Zaharah di Grand Bazaar

(L to R) Maimon, Ala, Burcu (T. Guide), Fariza, Zaharah, Zahariah, Bibi Sabariah....kat airport Istanbul










































Tour leader: En Zulkifli Abdullah
Kredit gambar: En Zulkifli Abdullah
Penulis Jemputan: En Zulkifli Abdullah

Monday, May 14, 2012

KISAH DI SEBALIK PAKEJ UMRAH ZIARAH Al-AQSA: TIGA MASJID UTAMA DALAM ISLAM

Salam semua
moga kita semua diberkati Allah SWT

begini kisahnya,
awal tahun baru-baru ini, saya ada menerima panggilan daripada beberapa clients saya yang regular. Clients saya kata mereka ada terlihat gambar mereka ketika di ziarah masjid al-aqsa (tetapi berlatarbelakangkan Dome of the Rock) di website travel agent lain.
Clients saya marah kerana mereka fikir saya menjual gambar mereka kepada pihak lain sedangkan saya tidak tahu menahu tentang hal ini.
Selepas diberikan alamat url oleh clients saya, maka saya dapati ada travel agent lain yang sudah menggunakan itinerary saya 'sebijik-bijik' termasuk gambar2, aturcara, dan lain-lain, boleh dikatakan hampir 98%, yang berbeza adalah person in charge atau nombor untuk dihubungi. 

Bayangkan bukan sahaja gambar clients saya sahaja ada di situ tetapi gambar saya sebagai tour leader/travel agent yang bukan dari syarikat seperti yang tertera di website tersebut turut ada di situ.
Dialong box (nota) pun ditiru bulat-bulat!

Sejurus selepas itu, saya menelefon pihak tersebut 'Hajah N' dan meminta dia mengeluarkannya, ya, selepas menelefon beberapa kali (selepas saya dapatkan khidmat nasihat peguam, malah peguam saya turut menelefon mereka), dia keluarkan, tetapi pada hari ini, 14 May, jam 6:38 PM, saya masih mendapati ianya masih di situ.

Saya sudah tidak tahu nak cakap apa. Inikah cara orang Islam berniaga?  Yang ingin diketengahkan di sini adalah hak pelanggan saya. Itu adalah gambar group pelanggan safirgotravel.com.
Bagaimana saya nak menjawab dengan pelanggan saya jika clients saya bertanya lagi?

Saya tahu sesiapa pun boleh kata "apa buktinya?"..Saya ada bukti, boleh lihat website saya, atau minta saja yang original daripada saya, atau untuk memudahkan cerita boleh jumpa saya sendiri, saya akan bentangkan buktinya.
Tapi jika si peniru beragama Islam, jawapan saya yang paling senang, Allah Maha Melihat & Allah Maha Mengetahui.

Moga Allah SWT memberi hidayah & petunjuk kepada anda, samada dalam bentuk musibah atau sebaliknya.





 copycat gambar A



 copycat gambar B


 copycat gambar C


 copycat gambar D


p.s: saya boleh sebutkan bulan & tahun bila gambar2 group di atas di ambil..



Friday, May 4, 2012

JAJAH & MAIYYA DI SOUTH KOREA 05 - 09 APRIL 2012- DAY 1

Salam semua..

Bulan lepas, Jajah & Maiyya (& of course lah kan dengan ummi juga) ikut babah ke South Korea...

Ikut perancangan nak tengok bunga Sakura...sebab kalau ikut tahun lepas, sekitar date ni memang dah ada bunga Sakura @ Cherry Blossom...

Ummi ke Korea sebab nak cari Gu Junpyo... (tak habis2 dgn Gu Junpyo, Gu Junpyo tak kenal ummi pun kan...)

Jajah + adik + ummi = satu beg besar
Babah = satu beg size medium (pakaian sahaja) + satu beg size kecil (jaket sahaja)
Makanan (untuk kami & group) = satu beg besar
Stroller
3 beg sandang (babah, ummi+adik & Jajah)

Kami naik MAS airline, flight tengah malam...
agak sesuai untuk Jajah, kanak-kanak umur 4 tahun & Maiyya, bayi umur 8 bulan...
kami tau tidur saja masa dalam plane...

Sebelum Jajah tidur, ada pakcik tu (pramugara) bagi Jajah tuna sandwich...
Jajah tak makan pun sebab dah kenyang...

Disebabkan adik masih baby, adik kena duduk dalam bassinet...
Tapi Jajah tengok macam tak muat je...

Sampai Inch-eon International Airport, jam 0655 pagi...

Kat pintu arrival tu, babah nampak ada playcard tulis "SAFIRGOTRAVEL.COM"..

Lepas dah Jajah dah shake hand dengan kak Jennifer (tour guide), kami diberi bunga sunflower setiap seorang...

 Dari airport, kami menuju ke Odusan Unification Observatory yang mengambil masa sejam kot...(hmmm  tak pasti lah, nanti Jajah tanya babah semula)...



 Jajah sedang menghayati gambar-gambar yang dipamerkan...


    Sebenarnya masa ni, Jajah bukannya menghayati betapa licin dan bersihnya lantai tu, tapi Jajah sedang merajuk dengan ummi sebab ummi tak bagi Jajah makan coklat...


Kak Jennifer sedang explain pada group...Nak tahu apa yang sedang mereka lihat?
Lihat gambar seterusnya...
Dapat bezakan tak antara South Korea & North Korea?
 

Kalau macam ni dapat bezakan tak?



Coklat tu pun sebenarnya orang bagi masa di KLIA...tapi ummi tak bagi Jajah makan...
ummi kata "nanti dulu...ummi nak cari Gu Junpyo..." (kan Jajah dah cakap, ummi ni tak habis2 dengan Gu Junpyo..) 



 Adik nangis sebab....hmm, Jajah tak pasti adik nangis sebab apa...sejuk?lapar?boring?


Lepas tu Kak Jennifer kata kena bertolak ke Nami Island...


Bila dah sampai area Nami Island, kami singgah makan dulu...

Ummi kata guna sudu, tapi Jajah taknak guna sudu sebab Jajah tahu guna chopstick...
 

Adik tak boleh makan...cuma boleh tengok kami makan...

 

 Pintu masuk untuk naik feri ke Nami Island yang rupa pulau buatan ini seperti bulan sabit...
Cuma 5-10 minit je naik feri...






Singgah solat di Nami Island...ada tempat khas(tempat solat) untuk solat di sini...atas cafe...
sementara tunggu group selesai solat, kami minum kopi dulu...dalam 3500-4500 won...
 



"Balik..balik...balik...sejuk...sejuk..."


Dari Nami Island, singgah hotel...relaks sekejap, lepas tu keluar semula untuk makan malam...restoran ni, restoran seafood....

"MAKAN!"
(yang ada dalam gambar, Tan Sri Noordin & isteri....)

OK, Jajah sambung kemudian sebab nak pergi hantar pakcik Shah (tour leader) ke airport...ada group ke Turki malam ni....bye...

 -TBC-
 JAJAH & MAIYYA DI SOUTH KOREA 05 - 09 APRIL 2012- DAY 2

Penulis jemputan: Khadeejah @ Jajah