Manusia seperti kita adalah pengunjung sementara di dunia yang diibaratkan sebuah lapangan terbang yang disinggahi banyak kapalterbang untuk satu tempoh transit yang tertentu. Kita pun turun dari kapalterbang, menjinjing cabin luggage yang tentu bersaiz kecil, merentasi sky-bridge yang menghubungkan penumpang antara perut kapalterbang dan ruang transit. Lalu kita pun memasuki ruang transit, menghabiskan masa seketika sementara penerbangan seterusnya. Ada yang tempoh transitnya sekadar 2/3 jam, ada yang lebih lama dari itu terpulang kepada jadual penerbangan yang sudah semestinya telah ditetapkan dalam satu peraturan penerbangan yang ketat dan teliti. Rasulullah sallallahu a'aihe wasallam pernah bersabda yang bermaksud, "Hendaklah kamu di dunia ini menjadi seperti seorang pengembara atau seorang yang berada dalam satu perjalanan......" Itu pesan baginda dari sekian banyak "Jawami'ul Kalim" Rasulullah sallallahu 'alaihe wasallam (perkataan yang dituturkan Rasulullah sallallahu 'alaihe wasallam dalam bahasa yang ringkas tetapi mempunyai makna dan maksud yang tersirat dan tersurat yang perlu diperjelaskan oleh alim ulama hadis). Sabdaan Rasulullah sallallahu 'alaihe wasallam ini membawa maksud mendalam bahawa kehidupan dunia dan tempoh masa yang kita miliki sepanjang usia kita adalah ibaratkan masa transit penumpang kapalterbang, singgah sebentar sementara menunggu penerbangan seterusnya. Lapangan terbang "transit" itu bukanlah maksud dan tujuan perjalanan kita tetapi maksud kita adalah destinasi terakhir yang telah ditetapkan. Dunia ini bukan tujuan kita tetapi cuma tempat persinggahan untuk menyiapkan perbekalan bagi satu perjalanan yang panjang.....alam akhirat adalah maksud dan tujuannya. Itulah kediaman terakhir dan tempat tinggal kekal abadi....sudah bersediakah kita???/
No comments:
Post a Comment