Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Friday, June 11, 2010

KEMBARA DI BUMI ALLAH


Ibnu Battutah pernah mengatakan bahawa kembara adalah anda hanya perlu melakukan langkah yang pertama dan seterusnya kehidupan anda akan dipenuhi dengan berbagai pengalaman yang menarik dan ilmu pengetahuan mengenai kebesaran Allah swt, adat resam dan budaya, tradisi dan cara hidup.

Mengembaralah di permukaan bumi dan saksikanlah keajaiban alam ciptaan Allah swt. Tidak kira di mana anda mengembara walaupun di tanah air sendiri. Melancong bukan sekadar untuk membeli belah atau meredakan tekanan yang dialami pada hari-hari bekerja. Islam tidak pernah melarang umatnya melancong asalkan ia tidak bertentangan dengan perintah Allah swt. Allah swt berfirman mengenai tujuan kembara pelancongan yang dilakukan (yang bermaksud);

“Apakah tidak mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memahami atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

No comments:

Post a Comment