Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Thursday, June 12, 2014

SILATURRAHIM ATAU BUSINESS? MANA LEBIH BERHARGA?

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Kita jumpa lagi di sini.
M di sini, bukan penulis sebenar blog ini.
Cuma tumpang dan singgah kejap-kejap bila ada kelapangan atau bila lihat ragam manusia.

Manusia, dari segi luaran boleh dikatakan semuanya hampir sama.
Yang berbeza saya serahkan kepada Allah SWT.
Sama-sama pakai tudung Ariani.
Sama-sama pakai Ray-Ban sunglasses.
Sama-sama rambut hitam style Side Part atau The Beard.

Tapi yang membezakan sesama kita adalah hati kita.

Saya berada di dalam industri atau bidang di mana 'people come and go'.
Bila rasa mereka semakin bagus, mereka pergi.
Ya, saya tahu kita mesti move on, tapi pergilah dalam keadaan yang diredhai kedua-dua belah pihak.
Kita fikir mungkin mereka lah yang akan berada di sisi kita tatkala susah dan senang dalam industri ini...well... I guess that's not relevant anymore.

Lebih menyedihkan bila mereka pergi meninggalkan kita dan menerima tawaran di dalam industri yang sama. Di sinilah yang saya sedih di mana adakah kebanyakkan kita memang sudah tidak menghargai silaturrahim yang terjalin? Sedarkah mereka yang sejauh mana pun kita berlari penghujungnya kita adalah sama sebab kita berlari di padang yang sama. Di mana sifat kesetiaan anda?

Sudahlah mereka menerima tawaran di dalam industri yang sama, lebih menyedihkan apabila saya dan majikan baru mereka saling mengenali antara satu sama lain, malah pernah bekerjasama. Di sini lebih menyedihkan di mana ada di antara kita yang lebih mementingkan business mereka dengan memberi tawaran kepada mereka yang pernah bersama saya.

Terus terang saya katakan sudah beberapa kali orang datang berjumpa saya untuk bekerja bersama saya, tapi saya tolak denga baik. Kenapa? :
1- Silaturrahim saya dengan mereka sudah baik sebelum ini, jadi saya tidak  mahu rosakkan dengan mengambil mereka bekerja bersama saya kerana saya lebih mementingkan silaturrahim
2- Saya kenal baik dengan majikan mereka, jadi saya tidak  mahu rosakkan dengan mengambil pekerja mereka bekerja bersama saya kerana saya lebih mementingkan silaturrahim
3- Kita berada di dalam industri yang sama, pusing macam mana pun tetap di situ juga

Bagaimana dengan anda?
Sudah pasti anda memilih business anda berbanding silaturrahim baik kita bukan? Betul kannnn




 Dear my other half, people come and go, all we need are those who stay.


-M-
(bukan penulis sebenar blog ini)

No comments:

Post a Comment