Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Wednesday, June 4, 2014

HAVE FAITH IN ALLAH SWT

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Sepertimana yang kita semua sedar (atau tidak), kita sudah pun berada di pertengahan tahun 2014. Begitu cepat masa meninggalkan kita sehinggakan mungkin ada di antara kita masih terkapai-kapai atau masih tidur diulit mimpi tanpa berjaya mencapai sesuatu kejayaan, baik kejayaan duniawi mahupun kejayaan untuk akhirat kelak. Atau adakah kita memang suka berada di zon selesa kita, sehingga berasa tidak perlu untuk berubah ke arah kebaikkan?
Itu saya tinggalkan untuk anda nilaikan diri sendiri.
Setakat pertengahan 2014 ini, sebenarnya banyak yang saya pelajari. Malah untuk setiap apa yang berlaku saya bersyukur kerana Allah bukakan 'mata' saya untuk saya sedar dan ambil pengajaran atau untuk muhasabah diri.
Apa yang saya dapat untuk setiap kejadian?

Kejadian 1:
Berapa ramai di antara kita yang lebih cintakan duit dan hartabenda dari silaturrahim yang dah terjalin dengan baik? Sanggup merendahkan harga dan martabat diri sendiri demi duit dan hartabenda. Sanggup ditipu oleh orang luar demi duit. Sanggup menipu orang sekeliling kita yang sudah ada hubungan silaturrahim demi duit. Sanggup menipu dan mengkhianat orang yang percaya pada kita demi duit. 
Kenapa? Sebab kita rasa dan fikir yang duit adalah segala-galanya. Kita hidup untuk duit kah?. Hidup untuk duit atau duit untuk hidup? Yang saya hairan sangat adalah mereka yang mempelajari agama Islam yang tergamak dan mampu untuk buat begini sedangkan dalam Islam kita menitikberatkan silaturrahim. Menjaga silaturrahim untuk menambah rezeki bukan buat jahat dan aniaya dengan orang dah menolong kita. Kita lupa siapa di sisi kita yang dah bersama kita menolong ketika susah dan senang. Kita sanggup membuat kenalan baik kita kecil hati dan kecewa dengan sikap kita, mengungkit dari hal yang sekecil-kecil kuman hingga ke hal yang sebesar godzilla. 
Begitulah hebatnya kuasa dan peranan duit di mata kita. Pertama, duit. Kedua, duit. Ketiga, duit. Keempat, keluarga dan kenalan. 
Nah sekarang ni, anda fikir siapa yang anda dah buat jahat, aniaya, kecewakan seseorang atau dua orang atau ramai orang demi duit yang anda terlalu cintakan itu? Mohon anda jumpa dan minta maaf sekarang! Jagalah silaturrahim kerana Allah.

Kejadian 2:
Kita hidup di dunia untuk apa? Kerja? Beribadat? Berfoya-foya? Berlaku di depan mata saya di mana seorang bapa dalam keadaan panik menjerit nama isterinya kerana anak kecil mereka sekitar 1 tahun pengsan (tanpa sebab) ketika sedang membeli makanan untuk dibawa balik. Saya (bersama dua anak kecil) yang berada di situ risau samada sempat atau tidak dibawa ke hospital yang berdekatan. Hanya mampu doa agar semuanya selamat. Kasihan pada pasangan tersebut yang balik kerja, ambil anak dari tempat asuhan, belikan makan malam, dan kemudian anak mereka pengsan di dalam kereta.
Terfikir saya betapa bersyukur anak-anak di depan mata saya dalam keadaan sihat dan selamat. Dapat mencium mereka yang busuk ketika bangun dari tidur. Dapat memeluk mereka ketika hendak tidur. Betapa saya perlu memghargai apa yang saya ada sekarang. Betapa saya perlu meluangkan masa sepenuhnya untuk anak-anak. Kerja boleh tunggu tapi anak-anak terus membesar, mereka tidak menunggu kita.
Kelak saya tidak mahu berlaku sesuatu (samada dari segi segi tindakan, akal atau emosi) atas sebab kecuaian dan kealpaan saya dalam mengejar hal duniawi.  Jika anak-anak bukan di depan mata (ke sekolah dan sebagainya) saya doa agar Allah sentiasa jagakan mereka untuk saya.
Nah sekarang, di mana anak anda? Mohon cium dan peluk mereka sekarang!

Kejadian 3:
Masing-masing punya tanggungjawab, tugasan dan kerja dalam urusan harian kita. Tidak kiralah urusan di pejabat, rumah, sekolah atau lain-lain. Tetapi berapa ramai di antara kita yang memahami kerja orang lain. Dan yang penting berapa ramai di antara kita yang menghargai apa yang orang lain berusaha untuk menyelesaikan kerja tersebut memandangkan ianya ada kaitan dengan kita. Orang yang berduit senang akan cakap, "Itu masalah anda, saya tidak mahu ambil tahu, saya tahu apa yang nak ini selesai" , sedangkan apa salahnya kalau kita cakap, "Ada apa-apa yang boleh saya bantu untuk memudahkan kerja anda untuk urusan saya ini?" .
Saya pernah berada di satu situasi di mana, pada satu pagi saya dan pemandu-pemandu lain sedang beratur panjang untuk keluar simpang memandangkan kereta dari arah bertentangan tidak ada yang mahu mengalah menunggu dan sangat laju. Mengejutkan saya apabila kereta di hadapan saya berjaya keluar simpang dan memberhentikan kereta sekaligus menahan kereta-kereta dari arah bertentangan untuk berhenti. Ianya memudahkan kami yang sudah lama menunggu untuk keluar simpang dan berjaya mengurangkan kereta-kereta yang beratur panjang tadi. Saya terfikir, kenapa lelaki tersebut sanggup meluangkan masa, tidak kisah terlewat sampai pejabat untuk memudahkan urusan orang lain. Sedangkan lelaki tadi boleh saja cakap, "Itu masalah anda boleh keluar simpang atau tak, aku bayar cukai jalan, cukai itu ini, pihak atasan la kena fikir buat lampu isyarat ke apa," tetapi hamba Allah itu memilih untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Terima kasih Encik Kereta Toyota.
Berapa ramai di antara kita yang boleh bersikap menyelesaikan masalah bukannya menyukarkan keadaan dan menambahkan masalah?
Nah sekarang, apa yang anda buat hari membantu menyelesaikan masalah atau menambahkan masalah lagi? Mohon bantu orang sekeliling anda sekarang!

Kejadian 4:
Semua orang tahu sekarang ini kerajaan Saudi mengurangkan kuota untuk jemaah mengerjakan umrah. Ada di antara kita yang dah ambil cuti dari majikan dan pengajian untuk mengerjakan umrah. Ada yang dah merancang berbulan-bulan untuk mengerjakan umrah. Ada yang dah kumpul duit bertahun untuk mengerjakan umrah. Tiba-tiba tanpa notis awal, kerajaan Saudi mengurangkan dan membekukan kuota umrah.
Seorang kenalan pernah memberitahu saya, "Bukan senang untuk jadi tetamu Allah, hanya yang layak saja dipilihNya, sebab tu kita kena betulkan nawaitu kita nak pergi umrah ni, kadang-kadang Allah uji sebelum pergi umrah, kadang-kadang Allah uji semasa di sana, sakit lah, jatuh lah, sesat lah, hilang lah, ingat sebaik-baik perancang adalah Allah, Allah nak uji siapa lagi penting, kerja ke, bos ke, Allah ke, yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah".
Ok, itu masalah yang kerajaan Saudi sendiri beri pada kita, ada yang berjaya dapat visa, ada yang tak berjaya, tetapi peratusan untuk yang tidak berjaya lebih besar berbanding yang berjaya dapat visa. Janganlah pula yang dapat visa dan mengerjakan umrah tu 'upload gambar selfie di facebook'. Apa perasaan mereka yang tidak dapat visa tu?
Ha! Cepat 'delete' semula gambar-gambar anda semasa mengerjakan umrah baru-baru ini!

Apa yang saya dapat dari semua kejadian ini?
Itu antara saya dengan Allah. ;)



To whom it may concern, if Allah can bring you to it, Allah will bring you through it. We will never know what is going to happen in future, one thing for sure is just have faith in Allah SWT.





-M-
(bukan penulis blog ini)

No comments:

Post a Comment