Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Sunday, January 12, 2014

UMRAH MURAH UMRAH HARAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang....

Dewasa ini semakin ramai umat Islam di Malaysia berminat untuk mengunjungi tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah, justeru itu semakin ramai pula rakyat Malaysia yang berminat menceburi bidang perniagaan pengendalian umrah samada secara sah atau sebaliknya. "Sah" yang dimaksudkan adalah samada mereka menjalankan bisnes ini dengan izin kerajaan Malaysia melalui pemberian lesen pengendalian pelancongan dalam dan luar negeri atau secara haram. Haram yang dimaksudkan di sinilah "secara tidak sah" di segi undang-undang kerajaan Malaysian atau "Illegal". Lesen ini adalah dikurniakan kepada agensi-agensi pelancongan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pendaftaran Syarikat dan syarikat tersebut mestilah sebuah syarikat "Sendirian Berhad"  (Sdn. Bhd). Pengurniaan lesen bertujuan memberi keizinan kepada syarikat bertauliah ini memunggut bayaran pendahuluan atau deposit sebagai bukti penempahan sesuatu pakej umrah yang ditawarkan dan seterusnya mengendalikan operasi perniagaan ini secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, mana-mana individu atau syarikat yang tidak mempunyai lesen pengendalian pelancongan dan pengembaraan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang didapati memunggut bayaran pendahuluan atau deposit pendaftaran sesuatu pakej Umrah adalah dianggap menyalahi undang-undang yang sudah termaktub. Individu-individu atau syarikat-syarikat ini boleh didakwa di mahkamah. Adalah penting untuk setiap orang memeriksa untuk mengenal pasti kesahihan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh individu-individu atau syarikat-syarikat ini demi mengelakkan sebarang penipuan yang akan mengakibat kerugian di pihak pendeposit. 

PETIKAN AKHBAR........

Waspada pakej murah umrah

KUANTAN 13 Nov. - Umat Islam perlu berwaspada dan tidak terpedaya dengan pakej murah ibadat umrah yang ditawarkan ejen atau syarikat pengurusan pelancongan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Pengarah Pejabat Pelancongan Pahang, Edros Yahaya berkata, kebanyakan pakej ditawarkan di bawah RM4,000 menjadi pilihan umat Islam yang pertama kali berhasrat untuk ke Tanah Suci tetapi hakikatnya harga tersebut tidak munasabah.
"Sejak kebelakangan ini kes penipuan membabitkan pakej umrah semakin menjadi-jadi dengan nilai kerugian yang dicatatkan di Tribunal Tuntutan Pengguna sejak 2009 berjumlah RM6.9 juta.
"Jadi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berusaha menganjurkan Kempen Kesedaran Industri Pelancongan-Pakej Umrah Berlesen sebagai usaha menyedarkan umat Islam daripada terlibat dalam kes penipuan melibatkan pakej umrah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen tersebut di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perlesenan Pelancongan KPK, Mahathir Bujang dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK, Badrul Hisham Khalid.
Menurut Edros, kempen itu melibatkan semua pihak berkaitan dengan ejen atau syarikat pelancongan terutama pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), imam masjid dan guru agama yang menjadi sasaran utama kes penipuan tersebut.
"Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dan mengingatkan mereka supaya tidak terpedaya dengan tawaran menarik dari agensi pelancongan tidak sah yang menjalankan pakej haji, umrah dan ziarah.
"Selain itu, peserta kempen turut didedahkan dengan isu berkaitan dengan pelesenan pelancongan yang patut diketahui dan taktik terbaharu penipuan seperti ganjaran pakej umrah daripada peraduan gores dan menang," katanya.
Tambahnya, orang ramai juga boleh mengunjungi laman web KPK atau datang terus ke pejabat pelancongan negeri bagi mendapatkan senarai syarikat atau agensi pelancongan yang sah.
"Syarikat atau agensi pelancongan yang sah akan sentiasa mempamerkan nombor lesen pada setiap iklan yang dibuat dan menampal salinan lesen di setiap premis mereka," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, daripada 114 syarikat pelancongan berlesen di negara ini hanya 10 syarikat layak dan sah menawarkan pakej haji, umrah dan ziarah.


Skandal pakej umrah


PERMINTAAN tinggi terhadap pakej umrah sering diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


IMPIAN Siti Aida Mohd. Salleh untuk mengerjakan umrah buat kali pertama bersama keluarga- nya musnah kerana ditipu sebuah agensi pelancongan.
Ketika ditemui baru- baru ini, Siti Aida memberitahu, sepatutnya dia bersama ibu dan abangnya mengerjakan umrah pada 16 Jun lalu.
Namun, agensi pelancongan terbabit sering menunda tarikh penerbangan.
Dia merupakan antara kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara yang tertipu dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM4.8 juta.
Apa yang lebih malang, wang mereka turut lesap.
Beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, syarikat itu gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah pada Jun tahun ini walau- pun bayaran penuh sebanyak RM3,999 dibuat oleh setiap bakal jemaah sejak 2012.
Menurut seorang perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul ‘Ain Hasman, dia dan 54 jemaah lain hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.
“Pada mulanya saya dimaklumkan wakil agensi, terdapat masalah berkaitan dana tidak mencukupi yang seharusnya dibiayai syarikat korporat bagi menanggung RM1,500 setiap jemaah daripada harga sebenar pakej umrah iaitu RM5,500,” katanya.
Cek tendang
Namun, sebaik sahaja ke pejabat agensi itu, ia ditutup dengan notis yang tertera ‘premis ditutup sementara’. Usaha menghubungi wakil agensi turut gagal.
Wanita ini mendakwa, kira-kira 1,200 bakal jemaah termasuk di Sabah dan Sarawak yang mengambil pakej umrah agensi itu turut gagal menunaikan umrah mereka.
Qurratul memberitahu, pada 7 Jun lalu, pegawai agensi itu menawarkan dua pilihan sama ada meneruskan penerbangan yang dijanjikan pada Ogos dan September lepas atau mengambil wang yang dibayar 45 hari selepas tarikh cek dikeluarkan.
“Tetapi cek itu cek tendang,” katanya.
Menurut konsultan Umrah-Haji.com, Hairul Azaman yang merupakan ejen penghubung bakal individu yang ingin menunaikan haji dan umrah, seseorang perlu berhati-hati memilih pakej haji atau umrah yang ditawarkan.
“Pilih syarikat yang berkemampuan dan kredibilitinya tidak dipertikaikan. Ada yang memilih pakej hanya kerana personaliti sese- orang individu.
Tipu
“Jika difikir secara logik, seorang individu hanya mampu menguruskan 40 orang maksimum dan sekiranya lebih itu tidak masuk akal,” katanya.
Jelasnya, bayaran yang dibuat lebih wajar sekiranya melalui akaun syarikat dan bukannya milik individu.
Tambahnya, mereka yang ingin mengerjakan umrah atau haji tidak seharusnya tertipu dengan agensi yang menawarkan pakej umrah dengan kadar harga rendah.
“Mengikut kadar sekarang, biasanya melebihi RM5,000 tetapi jika ada syarikat yang menawarkan hanya RM2,500, itu tidak masuk akal,” katanya.
Bagi seorang pengendali umrah dan haji, Ustaz Abdul Halim Abdullah, bagi mereka yang ingin menunaikan umrah sebaiknya mendapatkan nasihat daripada rakan- rakan atau saudara-mara mereka yang pernah menunaikannya.
“Jika mereka memberikan cadangan, lebih baik kerana ini menunjukkan agensi itu dikenali dan berjaya menganjurkan pakej umrah.
“Ini bagi memastikan kita tidak tertipu kerana banyak pihak yang mengambil kesempatan menipu pada zaman moden ini walaupun berkisar soal agama,” ujarnya.
Jelasnya lagi, taraf hidup rakyat negara ini semakin meningkat selain lebih 70,000 orang menunaikan umrah setiap tahun.
“Namun, bukan itu alasan untuk menipu orang lain,” tegasnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pula meminta kesemua mangsa memfailkan aduan rasmi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT- PM).
Pendengaran kes tersebut akan berlangsung dalam tempoh 40 hari selepas kes tersebut difailkan.
Beliau berkata, pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh TTPM, boleh didenda tidak mele- bihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali.
“Oleh itu, saya menasihatkan mangsa pakej umrah berkenaan supaya segera memfailkan kes kerana kita yakin kes tersebut dapat diselesaikan kurang 60 hari selepas ia difailkan. Wang mereka akan di- kembalikan,” katanya.

Tuesday, October 29, 2013

JUTAWAN AKHIRAT


Madrasah Tahfiz At-Taqwa 
Taman Sri Langat
Off Jalan Reko
43000 Kajang,
Selangor.

PAKEJ KE HONG KONG + DISNEYLAND + MACAU BERSAMA IZZUE ISLAM

Salam semua...

Dengan in kami menutup pakej ke Hong Kong + Disneyland + Macau bersama Izzue Islam pada 16 Disember 2013.

Buat peserta yang sudah mendaftar mohon untuk membuat pembayaran terakhir minggu ini.

Terima kasih.


Tuesday, July 9, 2013

QATAR IN JUST 36 HOURS AND GREECE IN 6 DAYS 2013.......

.....kali pertama menjejak kaki ke Doha,Qatar sewaktu saya menjadi pelajar di bumi Syam @ Syria, kota Damascus atau Damsyik antara kota kesukaan saya sekitar 90an...di kala itu kota Doha belum lagi pesat membangun seperti sekarang. Apabila saya menceburkan diri dalam bidang pelancongan, kota Doha menjadi salah satu persinggahan untuk group kami dalam perjalanan ke Syria, Jordan dan Lubnan. Singgah sebentar - 5-7 jam on transit sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang berikutnya. Dalam masa 5-7 jam tersebut kami dijamu sarapan pagi dan dibawa bersiar-siar mengelilingi kota Doha, namun tempat-tempat yang menarik pada masa itu tidaklah sebanyak sekarang!!  Doha sedang bersaing sengit dengan Dubai ..percaya atau tidak?  Hamad International Airport sedang rancak dibangunkan dan kini berada di fasa terakhir pembinaannya. 

Dulu dikenali sebagai New Doha International Airport(NDIA), dijadualkan dibuka pada pertengahan 2013. Lapangan terbang yang berkeluasan 8,640 ekar ini,  dibina 5 kilometer ke arah timur lapangan terbang Doha sekarang. Apabila siap,  Hamad International Airport, sejurusah sahaja ia dibuka,  boleh menampung 29 juta penumpang setahun 3 kali ganda dari keupayaannya sekarang. Dibandingkan dengan lain-lain lapangan terbang utama dunia, Hamad International Airport akan menjadi salah satu lapangan terbang terbesar di dunia. Selepas seluruh pembinaannya tamat, ia mampu mengendalikan 50 juta penumpang setahun walaupun setengah pihak menganggarkan Hamad International Airport masih mampu menerima 93 juta penumpang setahun! Ini menjadikan ia sebagai lapangan terbang kedua terbesar di Timur Tengah selepas Dubai dan ketiga di Dunia selepas Dubai dan Heathrow London. 

Hamad International Airport merangkumi dua pertiga dari keluasan Doha!!! 

Hamad International Airport juga dijangkakan mengendalikan 320,000 penerbangan dan 2 juta tan kargo setahun. Keluasan ruang lantai pendaftaran masuk penerbangan (check in) dan peruncitan adalah dua belas kali ganda dari keluasaan lapangan terbang sekarang, justeru menjadikan Hamad International Airport merangkumi dua pertiga dari keluasan Doha!!!  Lelantai bergerak (Moving Walkways) akan dipasang bagi kemudahan penguna. Dengan berkonsepkan oasis (Wadi); Hamad International Airport akan mempunyai bangunan-bangunan bermotifkan air dengan rekabentuk bumbung berombak dan tumbuh-tumbuhan gurun akan ditanam dan diairi oleh air yang dikitar semula.






PAKEJ KOMBINASI - DOHA  & GREECE 2 DESTINASI YANG KONTRAS!!!
berita baik untuk semua, tahun ini kami melancarkan pakej kombinasi Doha dan Greece, dua destinasi yang agak kontras antara satu sama lain - Doha yang kaya dengan hasil petrol adalah bandar serba moden yang pesat membangun - dengan mercutanda-mercutanda yang menggambarkan ketinggian teknoloji pembinaannya, manakala Greece kaya dengan peninggalan sejarah silam - puing-puing kota yang pernah mencapai puncak kegemilangan di zaman lampau pastinya turut mencabar minda untuk berfikir betapa tingginya teknoloji yang dipakai pada masa tersebut untuk membina monumen-monumen gagah dan indah, yang masih wujud hingga ke hari ini - walaupun tidak kesemuanya. 

Kedua-dua destinasti ini pasti memberikan pengalaman berharga kepada anda yang menyertai pakej kembara ini. Pengalaman dan ilmu yang berharga menjadi bekalan meneruskan perjalanan dalam sebuah kehidupan sementara, yang kemudiannya akan dicurahkan kepada generasi-generasi berikutnya agar mereka turut sama mengambil iktibar tentang kejayaan dan kegagalan manusia, kemuliaan dan kehinaan mereka, kekayaan dan kemiskinan kehidupan mereka, antara ketaatan yang dihormati dan pengkhianatan yang dibenci! Raja yang adil raja disembah dan raja yang zalim raja disanggah, rakyat yang sanggup berkorban dan rakyat yang terkorban, Setiap kota yang dikunjungi pasti ada cerita tersendiri bagi setiap orang yang memerhati!  Jadi jadikanlah perjalanan anda, adalah kembara minda dan emosi yang dipandu dan dipimpin oleh kewarasan dan kebijaksanaan akal berpaksikan ajaran agama Islam yang mulia. 





Monday, July 8, 2013

BERITA BAIK UNTUK EJEN-EJEN UMRAH SAFIRGOTRAVEL.COM

Salam semua....

Kami tahu ejen-ejen kami yang menjual pakej umrah Safirgotravel.com telah bekerja keras
dan kami berterima kasih untuk itu.

Tahun-tahun yang sebelum ini,
kami hanya memberi komisyen RM 250 per pax kepada ejen-ejen kami,
tetapi untuk pakej umrah tahun 2013/2014,
kami mempunyai insentif tambahan untuk ejen-ejen umrah kami...

PERCUTIAN PERCUMA KE DESTINASI TERPILIH !!!

Ini bermakna, selain mendapat komisyen anda juga dapat bercuti secara percuma..

Antara percutian yang kami tawarkan adalah London & Paris, Beijing, South Korea, Jordan & Al-Aqsa, dan Uzbekistan..



JUMLAH JUALAN UMRAH
PAKEJ PERCUTIAN PERCUMA SEORANG
RM 870,000.00
LONDON & PARIS
RM 250,000.00
BEIJING
RM 330,000.00
SOUTH KOREA
RM 570,000.00
JORDAN & AL-AQSA
RM 420,000.00
UZBEKISTAN


Hubungi kami jika anda berminat menjadi ejen umrah safirgotravel.com ...

Pejabat - 03-89204090
Muhamad - 019-310 7308