Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Saturday, September 18, 2010

MAKAN DI SYRIA

Antara juadah yang dihidangkan ketika makan tengahari di Syria.


Thursday, September 16, 2010

CERITA JAJAH TENTANG SYRIA - PART 3

Assalamualaikum semua.
Jajah ucapkan Selamat Hari Raya, 
semoga berbahagia di samping keluarga.

Hari ini Jajah ingin menyambung semula cerita Jajah tentang Syria.
Klik di bawah untuk cerita Jajah tentang Syria Part 1 dan Part 2.
Dari Muzium Kebangsaan,
kami menuju ke Damascus Citadel.
Di sini kami makan tengahari dan terus solat di Masjid Umawi.
Babah kata masjid Umawi adalah
“architectural wonder” yang dibina oleh 
Al-Walid ibn Abd Malek 705-715M.

Di sini Jajah dan group turut menziarahi makam Nabi Yahya AS,  
Menara Isa (lokasi turunnya Nabi Isa AS di akhir zaman), 
mimbar empat mazhab, baitulmal, mashad Imam Husin radhiallahu anhu.

Sementara menunggu ummi solat,
Jajah sempat berkenalan dengan seorang kanak-kanak perempuan Syria.


Bermain permainan yang baru dibeli babah
ketika kami dalam perjalanan menuju ke masjid.
Setelah menziarahi makam, 
Jajah dan group bergambar di sekitar kawasan masjid.
Cuaca agak sejuk sedikit.

Ada sekumpulan kakak-kakak Syria yang mahu bergambar dengan Jajah.
Pada mulanya ummi tolong ambilkan gambar menggunakan kamera mereka, 
kemudian ummi pun tumpang sekaki mengambil gambar kami menggunakan kamera ummi.


.
Cantik kan?

Jajah duduk di stroller sebab babah kata mahu ke Bazaar Hamidiah.
Masa untuk makan ais krim! Yay!


Jajah makan aiskrim kosong saja sebab Jajah tak suka kacang pistachio.
Aiskrimnya sangat sedap.
Ummi suka aiskrim ini dan ummi kata teksturnya lembut sekali sebab tu ummi boleh habiskan dua mangkuk.


Oklah sampai di sini dulu.
Jajah sambung kemudian ye.
Take care.
Wasalaam.

Tuesday, September 14, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431 HIJRAH

salam
saya ucapkan aidul fitri al mubarak
moga memperolehi rahmat, keampunan & kebebasan
dari api neraka 
dari ibadat puasa yang dilaksanakan
lalu menambahkan ketakwaan
pada Allah swt 
sebagai bekalan dalam perjalanan menemuiNya
syukran
ihklas dari saya
ahmad jazree jazran

Saturday, August 28, 2010

CERITA JAJAH TENTANG SYRIA - PART 2

Assalamualaikum semua.
Hari ni Jajah nak sambung cerita Jajah,
kali ini Cerita Jajah Tentang Syria - Part 2.
Kepada yang belum baca Part 1, klik sini ye. Terima kasih.

Dari Gunung Qosiyun, Jajah ke Damsyik "New Town".
Oh maaf, lupa. Jajah belum cerita tentang Gunung Qosiyun.
Menurut babah,
di sinilah dipercayai menjadi lokasi peristiwa pembunuhan Habil.
Jajah dan group turut ke makam Habil
(putera Nabi Adam as yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil
lalu menjadi kes pembunuhan pertama di dunia).

Cuaca agak sejuk di sini sehinggakan Jajah
terpaksa pakai baju berlapis-lapis.
Di sini juga ada gerai-gerai menjual barangan tempatan.
Jajah sempat membeli beg kecil.

Maaf tiada gambar di Gunung Qosiyun sebab kamera tertinggal dalam bas.


Kemudian Jajah ke Damsyik "New Town" untuk melawat
Muzium Kebangsaan, Tuqqaiyeh Suleimanieh
Babah kata,
ia adalah contoh senibina Usmaniah
yang dibina oleh Sultan Suleiman Al-Qanouni 1554M,
arkitek Sinan yg turut mereka Istanbul Blue Mosque.
 
 Jajah bergambar berhampiran pintu luar muzium.


 Jajah sedang tunggu babah.


 Jajah bergambar berhampiran pintu masuk muzium.


 Inilah pintu masuknya. Cantik tak?




 Kakak-kakak dan abang-abang sedang beratur menunggu cikgu masing-masing memanggil untuk masuk ke muzium.
Ada 3 orang kakak bergambar dengan Jajah tapi bukan guna kamera Jajah.


 Sekitar kawasan muzium tersebut. Sejuk mata memandang.
Tambahan pula dengan cuaca yang agak sejuk.


 Masih menunggu babah.


 Bergambar di luar dengan ummi sambil menunggu babah yang berada di dalam muzium bersama group.




 Jajah terlelap sebab lama menunggu babah.

Dari sini, kami kemudian ke Masjid Umawi.
Jajah sambung kemudian ye, sebab Jajah mahu tidur.
Selamat malam semua.
Wasalaam.

BEIJING WITH US!

 Have you been to Beijing?
Do you want to explore Beijing?

Please visit OUR WEBSITE.






Tuesday, August 24, 2010

UMAT ISLAM DIGESA ZIARAH BAITULMAQDIS

KUALA LUMPUR, 22 Jan - Umat Islam di seluruh dunia digesa menziarah Baitulmaqdis di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa sebagai tanda sokongan moral terhadap penduduk Palestin yang menetap di situ dan kini ditindas rejim Israel.
Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Ahmad Hussein berkata, aktiviti penindasan yang bertujuan menghalau penduduk Palestin dari situ dilakukan dengan pelbagai cara termasuk meroboh rumah dan menghalang mereka mendapatkan makanan untuk keluarga.
“Saya merayu supaya Baitulmaqdis tidak diketepikan. Kalau boleh lakukan aktiviti ziarah secara terus menerus kerana ia tempat bersejarah sebagai kiblat pertama umat Islam.
“Umat Islam juga perlu membuang tanggapan bahawa dengan menziarah Baitulmaqdis kita seolah-olah mengiktiraf Israel yang telah menjajahnya sejak 1967,” katanya pada sidang akhbar melawat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan Duta Palestin ke Malaysia, Abdul Elaziz Abu Ghoush.
Sebelum itu, Muhammad membacakan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM.
Kerajaan Malaysia membenarkan rakyat negara ini melawat Baitulmaqdis atau juga dikenali dengan nama Al-Quds atau Jerusalem selama dua minggu sejak termeterai rundingan damai antara Palestin dan Israel pada 1994.
Israel sejak 1967 telah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya. Langkah ini tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa yang terus mengganggap Tel Aviv sebagai ibu negara yang sah.
Menurut Muhammad, penduduk Palestin akan terus bersabar dan kekal menetap di Baitulmaqdis bagi memastikan rejim Israel tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk memusnahkan tempat suci Islam di situ.
“Keadaan kini agak genting berikutan terdapat cubaan rejim untuk meruntuhkan tempat suci Islam termasuk Masjid Al-Aqsa bagi membolehkan rumah ibadat Yahhudi dibina,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhammad berterima kasih kepada rakyat dan kerajaan Malaysia yang dianggapnya sebagai saudara kerana terus membantu penduduk Palestin.
“Rakyat dan kerajaan Malaysia selalunya akan memberi bantuan tanpa perlu kita meminta. Inilah semangat yang saya lihat wujud dari dahulu hingga sekarang,” katanya.
Beliau berkata, sokongan dari segi pendidikan turut terbukti apabila terdapat kira-kira 750 pelajar Palestin yang menuntut di universiti seluruh Malaysia termasuk lebih 50 orang di UIAM.
“Kita juga berterima kasih kepada UIAM kerana membenarkan pelajar Palestin membayar yuran pada kadar yang rendah sama seperti yang dibayar pelajar Malaysia,” ujarnya.




Sumber : Utusan Malaysia, Januari 2010