Bismillaahi ‘alaa diinii wanafsii wawaladii wa-ahlii wamaalii


Dengan nama Allah, (aku memohon perlindungan) mengenai agamaku, hidupku, anak-anakku, keluargaku



WOW!

Wednesday, October 20, 2010

LAGI GAMBAR MAWI DI BUMI ANBIYA'

Gambar diambil dari website An Najwa Production.
Bersama Harmony Vacation.

Ketika penggambaran di Mesir


Di Mesir

Saturday, October 16, 2010

STAF SERBA BOLEH

Melekatkan setem pada sampul surat untuk dipos kepada pelanggan kami.

STEP 1 : Letak air.


STEP 2 : "Yang gambar flower kat atas"


STEP 3 : Tumbuk-tumbuk


Taaaaddaaa....


Jadi 'Makcik Cleaner' pula.
Semua benda nak join buat.








PICTURES

Gambar-gambar ketika beraya di salah sebuah rumah kenalan yang melancong bersama kami.
Jajah kata, "Ni rumah atok yang bagi Jajah coklat banyak tu"
Jajah masih ingat lagi kerana ikut bersama-sama kami
melawat Syria, Jordan, Jerusalem dan menunaikan umrah.
Ketika itu, Atok Taqi suka berikan biskut coklat pada Jajah.

 Jajah diriba nenek (isteri tuan rumah @ chef pada malam tu).
Sedap nasi dan lauk-lauknya.
Rumah juga sangat cantik,
luas, lapang dan bercirikan Islamik.
 

 Jajah bersama Nenek Aisyah (isteri Dr Bahari), 
Nenek Fatimah (isteri Datuk Khairuddin)
dan Nenek Safura.


Jajah suka tangkap gambar Abang Mahathir, her favorite abang.


Keesokan paginya di ofis,

 makan coklat yang Atok Taqi & Nenek Safura bagi sambil tengok cartoon.

CERITA JAJAH TENTANG SYRIA - PART 4 (TERAKHIR)

Assalamualaikum semua.
Apa khabar? 
Kali ini Jajah akan sambung cerita Jajah tentang Syria 
dan ini adalah bahagian yang terakhir.

Untuk cerita-cerita yang sebelumnya, 
boleh klik link di bawah :


Keesokan paginya, selepas sarapan di hotel
Jajah dan group menziarahi makam-makam sebelum kami ke Hama.





 Kami kemudian meneruskan perjalanan ke
Hama untuk melihat kincir air yang terkenal di situ.
Menurut babah, Hama adalah bandar keempat terbesar di Syria.










 Jajah tak pasti kenapa ummi ambil gambar Atok Arab tu.


Kami juga ada melawat Masjid Khalid Al-Walid,
makam beliau, makam anaknya Abdul Rahman 
dan sahabat Nabi Ubaidullah bin Umar bin Al-Khattab ranhum.


Jom ke Crack Des Chavelier Castle (kota dalam kota) pula.
Babah kata,
Crusaders/Tentera Salib Castle pada kurun ke 12,
yang terakhir di bumi Arab 
ditawan Sultan Mamluk Zaher Al-Byber 1271M 
lalu bumi Anbiya ini menjadi hakmilik mutlak umat Islam.
Ianya 750 meter dari paras laut,
mengungguli pemandangan Lembah Homs yang subur 
dan pada cuaca cerah pelabuhan Tripoli (Lubnan) boleh dilihat dari atas kota ini.


 Bergambar selepas makan tengahari di restoran yang berdekatan.
 Sangat sejuk ditambah pula dengan angin yang agak kuat.





 Jajah tak ikut babah dan group sebab tak tahan sejuk dan tak larat.
Castle ini sangat besar.












 Bergambar di pintu masuk Castle.

 Jajah menahan rambut sebab angin tiup rambut Jajah.



Bergambar di bawah sementara menunggu babah dan group.


Semua gambar di atas diambil menggunakan kamera handphone sebab
ummi terlupa lagi untuk charge bateri kamera.



Dari Syria kami bertolak ke Jordan dan melawat Baitulmaqdis pula.
Akhirnya baru kami bertolak ke Jeddah untuk menunaikan umrah.

Jajah akan sambung cerita Jajah.
Tapi lain kali, tentang Jordan dan Al-Aqsa pula.
Wasalaam.